Tuesday, May 31, 2011

Housewife

Aku jumpa sorang kawan lama yang sekarang dah hidup senang.

Aku tahu dia sudah beristeri dan memiliki dua orang anak.

Kami berborak pung pang pung pang sampaila aku tanya dia macam ni:


"Ehh bini ko housewife la kiranya?"


Mendengar soalan macam tu, aku nampak dia macam berfikir.

"Cilake!, takkan soalan macam tu pun dia kena berfikir?" - getus aku dalam hati.

Aku risau juga takut tertanya soalan soalan menyentuh keperibadian.

Aku pura pura garu hidung demi menunjukkan sikap selamba.

Selepas beberapa detik, kawan aku membuka mulut dan memberi jawapan pada aku macam ni:

"Ya..bini aku housewife..."

"Tapi...."

Dia berenti di "Tapi.."

Aku jadi sedikit dup dap dup dap. Apa hal pula ni.

"Tapi apa?" - aku menerjah supaya penceritaan aku di sini tak membuang banyak masa.

Kawan aku cuma senyum:


"Tapi..dia cuma jadi housewife bila shopping complex tak buat Sales" - balas kawan aku, padu.


Aku hanya mampu beristighfar panjang dalam hati sambil minta diri nak ke surau.

16 Nasihat Ikhlas:

Kepala Mancis said...

fes.

hentakbelipat said...

mesti kau nak minta doa supaya dijauhkan benda2 mcm itu kan haha

LS said...

skrg ni lu cerita pun duk ringkas2 sampai gua dok pahe!

Hazwan said...

kalo cmtu kena cari isteri yg bekerja..aku nekad

no_answer said...

cis , pompuan ramai yang bila ada dwet terus lupa dunia yah ? haiishh
-.-"

Qmal said...

hehehe pernah ke shoping complex xbuat sale?

kudaputih said...

hehehe..sya rasa kebykan pompuan gitu bah,,,,termasuk aku jgk....tp kena beringat2 lah kn...

Anonymous said...

out of topic.

harini kali kedua aku nampak brader sembangkencang kat tower 1

Unknown said...

meneran jugak dia nak bagi alasan tu. haha..

Orang Akaun said...

kalau dah namanya pompuan..pantang sale

Anonymous said...

lelaki pon klo shopping mmg la jarang p sekali shopping kalah org pompuan. -__-'

vampire's lovex said...

bini dia kaki shopping eh..orait la tu,laki gi cari keja memang nak bagi anak bini kan kan.. haha..

KinosKoko said...

mendalam ye maksudnya..haha

mizan said...

bila bergaji lebat memang camneh..hehe

Anonymous said...

wakaka !

intan.maisarah said...

bestnya dapat laki cop duit