Tuesday, April 19, 2011

Macam kenal

Masa di Hospital Slim River hari Jumaat minggu lepas, gua duduk di bahagian kerusi yang tersedia oleh pihak icu hospital.

Ada beberapa saudara jauh yang gua tak berapa kenal sangat duduk dibaris kerusi yang sama. Gua cuma tersengih sengih tanda bertegur cara orang tak berapa kenal.

Tiba tiba, makcik yang duduk selang 2 kerusi menyapa gua.

"Ehhh...muka kau ni macam pernah nampak la!"

Beberapa orang disebelah makcik tersebut turut memandang gua ibarat orang tengah buat kawat cam.

Gua jadi kucar kacir tak semena mena. Pernah nampak?, nampak di mana?, nampak di stesen bas ke?, atau nampak di gym?, nampak di mana ni?,

Ahhh sudaahhhh. Hati gua berdebar debar bukan kepalang. Ya.. Memang gua ada pergi karaoke tahun 2005 dulu. Tapi masa tu memang takde stock makcik.


"Muka kau ni ada macam sorang ni..ada ni...alaahhhh...siapa tu?, ada..ada..sebijik..memang sebijik!"

Makcik tadi masih berusaha gigih nak ingat balik siapa kutu yang dimaksudkan sama dengan gua tu.

Gua pula 'play along' kata orang putih, betulkan muka dalam default position untuk meringankan beban makcik berkenaan buat pengecaman ke atas diri gua. Kalau budak budak remaja buat gua macam ni memang lama kena lempang dah rasanya.

*****

"Aaaa..dah ingaaaatttt..!!"


Gua telan air liur dalam dalam. Beberapa orang disebelah turut diam memberi laluan pada makcik tersebut menyambung kata.


Makcik yang tadinya bermuka rumit sekarang dah nampak lega sikit.


"Muka kau ni macam....." - dia berenti mengambil napas..


Gua cuba fokus. Macam siapa?, macam siapa?, bentak gua dalam hati.


"Muka kau ni....macam sorang Ustaz kat tivi tu.."



Peeeeeeerrrggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!


Balik rumah gua terus pakai kopiah sambil berdiri depan cermin.

31 Nasihat Ikhlas:

Fee said...

Hahahahahha celaka. Macam ustaz tuuu.

Asmoham said...

ustaz mana lak ni bro.. harap2 bukan ustaz kemaluan panjang la.. kahkahkahkahkah

bact. said...

kesian makcik tu..
dah teruk gamaknya rabun dia
hahahhaa

habsahharun said...

ustaz asyraf ke?
ke ustaz amirul?

:p

Tisha said...

bahahahhah ustad firdaus! sila beri tunjuk ajar

anakcikbob said...

baiklah. sila daftar imam muda 18. hahahaa..

mizan said...

haha,apa ni,sbb aku tego ko ustaz trus ko wat entry.

Kelingking said...

perghhh...gila kentang lar lu..~

LS said...

lepas ni lu dah boleh buat ceramah bebas kat tjg malim!

oranglidi said...

ustaz amirul barangkali.

ke ustaz2 di utp? hahahaha

afrohead said...

makcik tu lupa pakai spek tu.

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

muahahahaaaa rase mcm nak belikan spek mate utk makcik tu :D ~ustaz dlm tivi plak tu... kui3

GuaHulubalang said...

banyak2 ....ustaz yer....hebat2...

intan.maisarah said...

pergh~

Anonymous said...

drpd komen, baik aku pegi berak dulu. muka lu ni macam ustaz yg suke skendel tu kot.

hentakbelipat said...

perghhhhhhhh makcik tu mgkin baru lepas makan ubat jadi dia sedikit lalok

Anonymous said...

macam ustaz zamri dlm rancangan mari mengaji tv9 kotttt....


-cika-

Abdul Munir Sanusi said...

Gua nampak muka lu brader penuh cahaya iman. Peh! Tabik.

shahrin yusof said...

boleh apply imam muda pasni...

Hazwan said...

hahaha...lain kali bg la salam kat makcik tu

meo sepul said...

Blajo kat KIK pon x abis, ade hati nak jadi ustat...

Nazirul said...

hai ustaz harunsani.hahah

Amak Kongsi said...

ustaz zamri yg rancangan adik di tv9 tu kot. yg ajar ngaji.. mmg ade iras sikit..

Nursyuhaida said...

betul dah tu Imam Muda Firdaus.
sila bebbakti kepada masjid sekarang.

cikpia said...

makcik tu dah tua sangat ka....??? ape ke terok bebenor rabun nye yeop???

panjiAlam said...

ustaz ravi yang slalu kuar hal ehwal islam tu ke bro??

Anonymous said...

maksudnya, lepaih nie rajin2 gi solat kat surau atau masjid

-ikhqoi-

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku kesian kat makcik tu

sarip dol said...

semua orang salah.

ustaz takafulism namanya ni.

keh keh keh.

Ibu Ammar said...

la, ingatkan dapat tengok gambar bro pakai kopiah. :p

sha83@kaizer said...

heheh lawak meh ...
nk kene gune kanta dlu tgk2 iras muke sapa ustaz ni hahha