Sunday, April 24, 2011

Kalau bukan sekarang....


Kalau bukan sekarang..
Akan sampai juga suatu masa..
Masa yang kalian mulai faham..
Masa yang kalian melihat kawan, atau mendengar cerita dari kawan..

Kalau bukan sekarang..
Akan sampai juga suatu masa..
Masa yang kalian makan sudah cukup lima kali sehari..
Masa yang kalian pergi kerja mencari rezeki untuk kereta dan rumah sendiri..

Kalau bukan sekarang..
Akan sampai juga suatu masa..
Masa kalian memiliki isteri atau suami, dan punya anak sendiri..
Masa yang hiruk pikuk dengan susu, pampers, taska dan orang gaji..

Kalau bukan sekarang..
Akan sampai juga suatu masa..
Masa yang kalian di uji Tuhan dengan sakit dan kehilangan..
Masa yang sering terjadi di saat kalian tidak memikirkan..

Kalau bukan sekarang..
Akan sampai juga suatu masa..
Masa yang kalian mula berfikir tentang hari hari mendepan..
Masa yang sangat merisaukan dek kerana kurangnya persediaan..

Dan...

Kalau..

Segalanya adalah sekarang...atau sebahagiannya adalah sekarang, atau secebisnya adalah sekarang...atau sebarisnya adalah sekarang..

Maka intailah kepada aku jangan ada seurat malu..

Dan tenunglah kepada aku agar bisa dapat aku bantu..

Nescaya aku tidak akan menjauhi kalian..

Walau aku sering dijauhi dan dicebek pada waktu yang terdahulu..

Kerana di sini, atau di luar sana..

Tiada lain, melainkan satu..

Aku adalah amanat pada semua!


****

Takafulman
24 April 2011

Tuesday, April 19, 2011

Macam kenal

Masa di Hospital Slim River hari Jumaat minggu lepas, gua duduk di bahagian kerusi yang tersedia oleh pihak icu hospital.

Ada beberapa saudara jauh yang gua tak berapa kenal sangat duduk dibaris kerusi yang sama. Gua cuma tersengih sengih tanda bertegur cara orang tak berapa kenal.

Tiba tiba, makcik yang duduk selang 2 kerusi menyapa gua.

"Ehhh...muka kau ni macam pernah nampak la!"

Beberapa orang disebelah makcik tersebut turut memandang gua ibarat orang tengah buat kawat cam.

Gua jadi kucar kacir tak semena mena. Pernah nampak?, nampak di mana?, nampak di stesen bas ke?, atau nampak di gym?, nampak di mana ni?,

Ahhh sudaahhhh. Hati gua berdebar debar bukan kepalang. Ya.. Memang gua ada pergi karaoke tahun 2005 dulu. Tapi masa tu memang takde stock makcik.


"Muka kau ni ada macam sorang ni..ada ni...alaahhhh...siapa tu?, ada..ada..sebijik..memang sebijik!"

Makcik tadi masih berusaha gigih nak ingat balik siapa kutu yang dimaksudkan sama dengan gua tu.

Gua pula 'play along' kata orang putih, betulkan muka dalam default position untuk meringankan beban makcik berkenaan buat pengecaman ke atas diri gua. Kalau budak budak remaja buat gua macam ni memang lama kena lempang dah rasanya.

*****

"Aaaa..dah ingaaaatttt..!!"


Gua telan air liur dalam dalam. Beberapa orang disebelah turut diam memberi laluan pada makcik tersebut menyambung kata.


Makcik yang tadinya bermuka rumit sekarang dah nampak lega sikit.


"Muka kau ni macam....." - dia berenti mengambil napas..


Gua cuba fokus. Macam siapa?, macam siapa?, bentak gua dalam hati.


"Muka kau ni....macam sorang Ustaz kat tivi tu.."



Peeeeeeerrrggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!


Balik rumah gua terus pakai kopiah sambil berdiri depan cermin.

Monday, April 11, 2011

Retro bergambar


Program merentas Amazon sekitar 2000-2001

Gambar ni tangkap tahun bila gua dah tak ingat. Kalau tengok pada pixel, memang jenis pixel Kodak 36 percuma Kodak 12 ni. Bila hantar pergi cuci, hati rasa berdebar tak sabar nak tengok gambar yang posing sorang sorang macam ni. Padahal kamera orang lain punya, filem pun orang lain punya.

Berat badan masa ni 58kg. Memang solid!

Friday, April 1, 2011

April Full


Jangan mengada ngada nak April Fool sana April Fool sini...

Respek sikit!, hari ni hari jadi gua..

29

kehkehkeh.