Thursday, November 11, 2010

Cerita Piala Dunia, Tobacco dan Sekolah Agama Sultan Azlan Shah



Seperti yang semua dah tahu, blogger prolifik, saudara Lucius Maximus telah berjaya melahirkan buku sulung beliau Cerita Piala Dunia. Buku bertemakan sukan bolasepak ini adalah buku pertama seumpamanya di tampilkan untuk bacaan umum rakyat Malaysia. Ya..Ini pertama kali seorang insan mengupas kesemua 64 perlawanan piala dunia 2010 dengan persembahan unik dan menyegarkan. Lucius maximus tidak bercakap bolasepak itu sekadar bolasepak seperti yang kita ketahui, tetapi beliau dengan articulate-nya membawa perspektif perjalanan bolasepak sejajar dengan perkembangan sejarah, geografi, falsafah, politik, sosial dan ekonomi global yang mudah kita fahami dengan syarat google dan wikipedia mesti stand by di tepi.

Untuk yang tidak tahu, Cerita Piala Dunia (CPD) ini berdiri di atas platform sokernet.blogspot.com, iaitu laman web rasmi bolasepak dunia. Lucius merupakan pengarang berpangkat pengurus kanan di kompeni Sokernet tersebut dan secara tidak langsung, CPD turut dihiasi dengan selingan selingan artikel hasil sumbangan penulis lain di Sokernet. CPD di terbitkan oleh Dubook Press, syarikat perkongsian 2 orang bumiputra bernama Pipiyapong dan Luca Dk. Dubook Press sekarang dalam rangka berkolaborasi dengan beberapa syarikat ternama lain seperti Panda Cinta Studio, UYA! Disto, Sokernet, Dewan Bahasa dan Kinokuniya

Ok walaupun gua belum baca habis lagi CPD ni, tapi gua tahu ianya memang celaka punya best!. Gua baru baca suku, itu pun dulu punya yang draft kasar, belum tapis halus halus lagi. Sekarang dah jadi buku, dah tapis halus halus, rasanya dia punya best cecah 300 kilometer sejam!.

Sedikit mengenai Lucius, mamat ni pengendali blog tronohtranquility dan sekarang menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Penulisan dia cantik, tapi muka tak hensem. Ini gua tak boleh nak belit. Cerita banyak tak guna; siapa dah ketar nak beli, sila rujuk skill di bawah:


1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

Nombor akaun: 1621 0663 5004 (Maybank)
Pemegang akaun: Mohd. Saufy Nizar

2. Hantar e-mel bertajuk 'CPD' ke dubookpress@gmail.com dengan menyertakan sekali bukti pembayaran dan alamat.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul Dubook dan anda akan dilayan dengan baik oleh Abdul Dubook.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan, anda boleh membelinya di UYA Distro (kedai baju di SS15 Subang Jaya) segera kerana pihak penerbit buku ini masih belum cukup berani dan belum cukup kaya untuk menempatkan buku-buku mereka di kedai-kedai buku seluruh dunia.

Ok faham semua?,

Gambar paling atas tu lu orang kenal tak siapa?, nama dia Azhar Ahmad, nama pena dia Tembakau. Untuk pembaca blog gua yang diumur tingkatan tingkatan, Tembakau ni ialah pemilik karya agung Kartini (Ujang/APO) yang suatu ketika dahulu sangat mengetagihkan!. Lu orang boleh rujuk pada kakak abang atau saudara mara yang umur umur macam gua untuk mengkaji sejauh mana nilai Kartini dalam kehidupan diorang.

Tembakau pun dah beli, lu orang takkan la tak beli ye tak?,


Last sekali, gua nak bagi satu teka teki;

Apakah kaitan diri gua, Lucius Maximus dan Tembakau?

Takpe bagi gua sendiri jawab,

Kami berasal dari sekolah agama yang sama, dan berguru dari guru yang sama.

Sekian.

21 Nasihat Ikhlas:

Anonymous said...

dh lain ek tembakau...dlu msa dia dtg skolah lain....-aliyah

Datin Lulu said...

Baru aku tau Lucy pandai Bahasa Arab.
Esok aku order buku dia.
Suruh Abdul Dubook stenbai.

Raja Fiqri said...

Perh. kartini. dah lama aku tak dengo cite pasal brader2 kartunis tuh..

die tak de blog ke.?

Fikri Misti said...

Kira lu ada Kartini lu sendiri la ni bro? Hehehe...

Pala Maldini said...

Lama benar tak baca Apo? ni.. ada lagi ke ?

Unknown said...

anda memang seorang super junior yang kacak, bersopan santun, berakhlak tinggi dan mempunyai bakat yang sungguh hebat. sama macam seniornya.

LS said...

OKAY. dah sampai buku CPD. Thx :)

meo sepul said...

Pidomat + Lucy + Tembakau = Mone

Ahmad Belia said...

antara lu, pp sama najib gua rasa najib jatuh hensem sikit dari pp. gua jatuh hensem dari pp, lu sama najib.

lu kasi scan buku tu..

jo said...

gua jumpa komik kartini, terus gua sambar tak kata apa. dulu2 time sekolah mana ada duit sangat da beli ujang.

Anonymous said...

berasal dari sekolah agama yang sama,
justeru tahap keagamaan juga pasti sama!

:D

Unknown said...

lor.........nape abg Tembakau tuh muke mcm terpaksa bergambar??? kehkehkeh

Anonymous said...

ok

djambu puadovich said...

aku smpi skrg tunggu kartini episod dua...mati beragan la jwbnya...

Ziro said...

menarik buku tu..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. said...

gua tunggu kartini siri kedua dah lama sangat.. gua follow setiap episod dulu..

paiseh said...

misti hebat lu orang punya guru. harap satu hari nnt ada la entry merungkai misteri itu~

ana said...

kartini...perghhh mengimbau kenangan lama daaa...

Anonymous said...

gua pun ada kenangan dengan kartini. tapi gua tak tau ending dia.

Hambali ® said...

menggamit jiwa la itu kartini ... ehemm

Anonymous Devil said...

guru zahidan?