Wednesday, November 24, 2010

Blog Review!


Mulai beberapa hari lagi, gua akan mewujudkan satu ruangan khas yang dinamakan blog review. Ruangan blow review berfungsi untuk gua mereview blog blog orang lain yang gua terjumpa di sepanjang perjalanan karier gua sebagai penulis blog dan juga membolehkan gua meneruskan legasi blog review yang diasaskan oleh sahabat gua, BraderDiego suatu ketika dahulu.

Braderdiego juga bakal menempuh alam berumahtangga tidak lama lagi, jadi menulis blog review bukan lagi pilihan yang tepat, tidak seperti awek Pavilion yang memilih KLCC pada mulanya sebelum menukar fikiran memilih brader muka out yang tak tahan dengan nikmat comolot!.

Blog review seperti yang kita ketahui, akan mereview segala jenis blog, tidak kira ianya blog gadis gadis, balak balak, blog akak senduk, blog cupcakes dan resipi resipi, blog agama agama, blog hal hal baby, blog golongan ibu, blog shawl dan tudung, blog program belia, blog bikin kereta, blog kesihatan tubuh badan atau blog cerita porno.

Projek blog review ini juga akan dijalankan bersama Luca Dk dan Pipiyapong sekiranya mereka sudi. Tapi rasanya sukar untuk mereka sudi kerana menjalankan projek sebegini risikonya sangatlah besar. Tapi pada gua, peduli apa gua risikonya besar ke tidak?,

Demi memberi keadilan pada diri gua sendiri, beberapa syarat telah gua tetapkan dalam merealisasikan perkara ini;

1. Tiada review untuk blog kutu kutu yang gua kenal secara peribadi, apatah lagi kutu kutu yang selalu pekenah teh bersama.

2. Tak payah mintak permit nak review blog orang lain.

3. Blog review boleh berlaku dalam 2 situasi:
a) Gua jumpa sendiri blog berkenaan
b) Orang yang mahu blognya direview atau mahukan blog entah siapa siapa direview, meng-emelkan link blog berkenaan kepada gua di fird_ahmad@yahoo.com

4) Tiada masa yang tetap, ada masa gua buat.

Sekarang, siapa yang berani untuk jadi "1st!" macam yang lu orang selalu berebut di ruangan komen..sila maju ke depan!!

Disclaimer:
Blog makwe mungkin gua lembut hati sikit. kahkahkah!!

48 Nasihat Ikhlas:

- koroe - said...

nak review blog saye tak ?

kahkahkah !!

Neyra Shazeyra said...

blog aku! ahaha

chentaMAYA said...

gua sudi! kah kah!

Khairi Mohd said...

?? biar betik??

review masakan lg baik bro!

asip محمد said...

takyah laa review2.. buat hape review2??

Jef Hadi said...

ai pun nak la.

nak jugak jadi pop ni.

hahaha.

Ninja Padang Kota said...

Asyraf Abdul Rahim likes this.

durrah said...

review blog aku yang buruk dan macam sampah tu

sid sienna said...

ai pn sudi.. :D

Cik Yaya said...

cik yaya like dis!
hehe kalau free review la blog saya yang pink tuh! thanks

Unknown said...

der. blog gua jgn lupa. haha. kasi review sket. keh keh keh.

miza ismail said...

belog saye

shahirahkhairudin said...

jangan review blog aku.. jangan.. jangan..

aini said...

blog saye..erm X PAYAH la...tapi kalo nk up ok gak...now tgh hangat cari peserta ni...KONTES SAY NO TO NASI...sape beran ..jom join!!!

Aslina said...

hoh. malas ah. apahal review2 ni... baik lu blanje makan. dekat 2 minggu da tak jumpe nasik ni... hahaha...

Iwan Shah Zainal said...

gwa x nk lobi!!!

Latifah said...

review blog???
wahhh... suka2...

Ibu Ammar said...

pasti menarik!

sokong je blog review dr sembang kencang nih.. yeeha!

Nurul Huda Rahim said...

ehem. bang. sy bukan nak ungkit. tp ingat tak dulu abg pernah komen kt blog sy skali. so, kalau abg nak review blog sy plak kali ni, sy terima dgn hati terbuka ja. keh keh keh.

Shahrul Yusof said...

Review le blog teman sekali yer.

Hehe

- koroe - said...

wowww..tak sangke ramai yang nak blog dia direview..

dan..

tak sangke saye dapat first !!

hehe..

hOtMaMa said...

hagak2 blog mak layak kena review tak???hihihihi

aku-alam said...

Biar bulan bicara sendiri,
Pungguk merajuk membawa lara,
Andai ada kesudian dihati,
Silalah singgah ke "dunia" saya..

hehe.. boleh la kalau sudi..

Pala Maldini said...

tentu menarik.. Tertarik.. Kau memang daboom!

Bozu said...

jangan lu berani-berani review blog gua..

jo said...

jangan review blog gua. banyak sangat perkara tak elok..

Abdul Munir Sanusi said...

blog gua takde champion mana. tapi, bolehlah. kah kah.

azwniesd said...

tak kesah jeaa.
rela di review nyahhh.
haha ;D

Abir Abhar said...

blog review yang paling jujur atau ikhlas?
haha

Luca DK said...

untuk review caci maki, serah ke gua.

MOFASAD said...

ehem~

hai saya budak manu, sila review blog saya ok.

ieda Qema said...

koroe, lepas ko, ak eh? ko p cakap cepattt~ ak sabar nihh.. hahaha

Murah Gerek said...

No thanks y'all...kakakakak

Jarr said...

kau review secara live je lah kat pelita esok??amacam?

The Self Center said...

gua rasa lu peh review untuk blog gua is "hampeh! sik kena bukak tutop kamus"

Anonymous said...

sila review belog hacik sekarang jugak! haha!

Anonymous said...

review la blog che det.

Ariffin Janal said...

blog aku takyah la, takde ape ponnn~

Anonymous said...

" bang,
review la belog I.
nanti I kasi award kat U bang..

mmuah! "

~gaya makwe yang gile publisiti. haha~

chop! bukan gua bhai! kita satu spesies. kahkahkah

Cik Lily Putih said...

nak jugak kena review, boleh tak?

shazlea shayla @ maria said...

saya mahu saya mahu.,.hehehe..tak payah emel tapi tulis kt sini je boleh x?ngeee

http://shazleashayla.blogspot.com

Chah said...

silalah kalu bran! :)

Unknown said...

saya nak..tapi saya malu....macam mana ni?xperkla...blog sy xcantek la, camtaek jerk...*giler gedik!!!wakakakaaaa


p/s :: xsabar plak nk tgu saper yg bakal di rebiu kn tuh, nak2 yg 1st kan ^,^

ececeeceee...mcm tgu pmenang tok mari menari plak XP

Admin said...

Salam .. nak kena rajin la jenjalan tgk blog orang lain sambil baca entri2 .. jenuh tu.

http://hasrulhassan.blogspot.com

BTW .. tahniah sbb dicalonkan ...

YUSRI said...

salam kenal...kalau review tu yang ikhlas ikhlas pun kluar ker?

lalink7 said...

cayalahh...up traffic niee..heeheh

Anonymous said...

BLOG TERHEBAT ABAD INI:
http://uncleseekers.blogspot.com

Mommy Lyna said...

review blog aku

bukan permintaan tp arahan