Tuesday, September 14, 2010

Realiti Konspirasi


Kata pakngah:

"Kita melayu ni jangan bagi muka ke cina..jangan bagi muka!, kalau diberi naik kepala. Melayu ni kena bersatu. Bantu membantu. Tolong menolong. Kalau ada urusan, urus dengan melayu. Kalau ada peluang kerja, bagi ke melayu. Kalau ada peluang naik pangkat, bagi ke melayu. Kerajaan pun kena tambah biasiswa melayu, peluas kuota, buka peluang ekonomi, penaik banyak lagi tanah rancangan, kampung tersusun, buka tanah baru..."

Tiba tiba makngah muncul dari dapur membawa balang kuih raya beserta teh o panas:

Puji gua kepada makngah:

"Cantik plaster siling ni makngah!, kemas betul cat nye, ukir bunga pun haa..punya la lawa.."

Balas Makngah:

"Ahh..Chan kontraktor pekan tu yang buat...kalau harap ke tukang kita?, jadi macam tile dapur tu haa..murah punya pasal, sudahnya bengkak bengkok macam ulor, sia sia jahanam tiga ribu!"

Pakngah hisap rokok buat tak tahu.

Gua hirup teh o panas...
Memang sedap dan padu!

23 Nasihat Ikhlas:

Mcjust said...

orang melayu memang mcm tu.

chentaMAYA said...

hahaha! biase la. melayu nak senang. tapi nak duit banyak. cina dy keje elok. tapi dy gak yg bjaye.

kamarul arifin said...

Haa,terkena Pakngah dengan makngah.Haha..

Aerosmith said...

Pak ngah lu mmg melayu sejati.

Unknown said...

ehehe..sepanas secangkir teh o,panas lagi ati pak ngah tu agaknye ye,heheh

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hahahahaha. Mak bapak gua selalu jugak sembang macam ni.

Lisa said...

Lu punya entry makan dalam habis ni brader...tak agak agak punya.

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Ni cam kes baju raya aku ler..
Masa nak tempah.. konon2 nak tolong bangsa sndr..

Last2 aku beraya tanpa baju raya :(

Kap said...

keras.
tepat.

Anonymous said...

seryes tembakan padu dr mak ngah lu!! Saspek ah makngah!

-thethinker- said...

kan bagus kalau malaya kita nii bertambah melayu macam pak ngah hang , senang kita di pecah dan diperintah. tak bayar keluaq peluh pun

mimizuzuhaha said...

Haha smash tepat.

eiman said...

memang best!

jo said...

terkena dia.
kuang. kuang. kuang..

. said...

hehe.

melah said...

cool.hehe

LS said...

Nice la makngah!

Hamizah said...

entah la bila kita nak berubah..ngata org diri sendiri juga melayu yang layu..

kumbang said...

tak di nafikan ada Melayu bersikap camtu.tapi tak semua macam ni bro..budaya malas ada dalam semua bangsa.tak mengira bangsa.

LUMUT said...

dulu mase dulu2 gua lepak blog ni xde lagi iklan nuffnag,..skrg dah maju ek bro..hehe...

mak ngah...
itulah org mlayu kita makngah oi...

cikpia said...

aku melayu tapi aku nak sokong mak ngah!!!!!

Asmoham said...

salam commentors/bloggers/dan tuan tanah pidomat

haha.. gua adik beradik nak tolong melayu la beli one drop perfume skali kedai/agent melayu tu cam cibai.. dia la jenis juak2 yg menjahanamkan n mentypicalkan bisnesman/kontraktor melayu...

barang x hantar, kedai x bukak tp still accept order n payment..

smpai hari ni dah dkt stgh tahun gua tunggu delivery perfume tuh..

cani la typical nya bila bisnes ngn melayu.. melayu cume sungguh2 bile bisnes MLM je kowt ( typical)

byk lagi contoh lain tp wat sakit ati je klu ckp balik

k

chow...

Anonymous said...

Salam,

Terbaca entri ni ada baiknya aku kongsi pasal perjalanan aku ke tempat kerja kat Sarawak. Ni first time aku keje gov, first time naik flight, first time gi Sarawak. Nak diringkaskan macam ni la.

Yang tolong aku, sediakan duit belanja, yang sedekahkan duit belanja, duit tiket flight ke sini, yang tolong tumpangkan aku kat rumah sehari sebelum berangkat ke Sarawak, yang bagi nasihat, motivasi, tunjuk ajar --- mak abah sepupu, mak sdara, pak sdara, tok sdara, jiran, qariah surau - semua orang Melayu

bila sampai kat sarawak, yang tolong aku uruskan lapor diri, yang tolong bagitau kat mana hotel, kat mana tempat makan org Islam, yang tolong bawak dan recommend rumah sewa (1st day sampai tempat kerja dah duk umah sewa), yang tolong bagi tips macam2 pasal cara nak survive kat sini -- orang Cina, orang bumi kat sini yang bukan Islam, dan beberapa orang Islam yang tolong kat sini.

Pertama sekali semua ni atas kehendak Allah yang banyak bagi maunah pada aku. Dizahirkan melalui pertolongan keluarga dan orang asing yang tak kenal langsung ngan aku.

Jadi, hidup ni -- pertama kena taat perintah Allah, kemudian berbaik-baiklah sesama manusia, tak kira siapa pun dorang - Melayu ke, Cina ke, India ke... Itulah pengajaran setakat ni yang aku dapat.