Monday, May 17, 2010

Common sense


16/05/2010 - Hari Guru

Gua bawak cikgu kuala kubu, Fateem dan Faseeh pergi makan tengahari di luar. Hari Guru ni gua ingat nak raikan sikit cikgu kita dengan membawa dia makan di kedai. Jadi cikgu kuala kubu tak payahla penat penat nak masak makan tengahari.

Setelah bersiap siap macam nak pergi kenduri, kami anak beranak pun cari kedai makan yang beroperasi dengan menaiki Alza.

Alza gua pecut kemas. Aircond gua pulas kasi level 3.

Disebabkan semalam hari Ahad, banyak kedai makan di Tanjong Malim tutup. Mungkin pekedai makan taknak melepaskan rancangan melodi yang serba hype, atau mereka nak tengok badminton final China menentang Indonesia, gua tak berapa pasti.

Setelah berpusing pusing dan mendapat kedai makan 'usual suspects' semuanya on leave, maka gua terpaksa berpatah balik ke kawasan perumahan Taman Bernam sebab masa awal tadi gua perasan satu kedai nasi campur sebelah restoran Jarir tu macam ada orang beratur pegang pinggan. Gua tak pernah makan di kedai ni, jadi gua ambil keputusan untuk try sekali.

Kami ber 4 makan semeja. Lauk kat sini boleh tahan sedap, fikir gua dalam hati. Selesai makan, gua panggil brader pakai topi duduk di kaunter datang kira.

"Adik tolong kira!"


********

"Lu rasa budak dua orang yang umur 3 tahun dengan 10 bulan ni siapa?" - gua tanya pada brader tu lembut sambil tuding jari pada fateem dan faseeh.

"err..anak abang kot?" - brader pakai topi balas balik muka dah pucat.

"Ok..jawapan lu tu betul..makwe depan gua ni pulak siapa?" - gua desak lagi kasi satu soalan,sambil tunjuk pada cikgu kuala kubu.

Brader pakai topi terkial kial.

"err...err...isteri abang la kot" - balas beliau suara makin mengecil.

Gua hanguk sekali tanda bersetuju dengan jawapan brader berkenaan.

"Ok.,itu pun betul...hah berapa ringgit ni tadi?" - suara gua maintain lembut dan berhemah.

Brader pakai topi yang gua syak baru habis tingkatan enam terkebil kebil.

"Bayar sepuluh ringgit dah la bang".

******

Kami ber 4 makan semeja. Lauk kat sini boleh tahan sedap, fikir gua dalam hati. Selesai makan, gua panggil brader pakai topi duduk di kaunter datang kira.

"Adik tolong kira!"

Brader pakai topi datang berdiri dibucu meja dengan pen dan kertas putih besar tapak tangan.

Brader berkenaan mengeluarkan pertanyaan pada gua dengan penuh keyakinan di dada.

"Bayar sekali ke asing asing bang?"

30 Nasihat Ikhlas:

~fakta dan auta c setan~ said...

hahahahh cuak sgt ke smp makan 4orang seploh hengget je?? hish nmpk sgt muka lu muka berkira sbb tu brader tu tanye awal2 bai..

zan said...

Cam siye budak tu tanya nak kira sekali ke asing2. Nanti kalau Fateem hulur duit dia terkejut pulak..

gadis sebelah pintu said...

"Bayar sekali ke asing asing bang?"---> result dari cuak terus dapat makan murah ke? haha

Ika Razak said...

hahahahahahhahahahhaha...

Yot | is | Yati said...

bukan sebab berkira lah. baca bebetul. ade ke budak tu bole lak tanya soalan nak bayar asing ke sekali. kalau aku gamaknye hempuk da ngan kusi. da terang2 bawak anak bini. hahahahah. bingai sungguh pelayan tuh.

AjuA said...

dia neves la tu baru start keje.

ayobkelubi said...

perghh..nasib baik awe kat kedai cupak tu tak tanya mcm tu hari tu...kalau takkkk..hahahahhahaa

Anonymous said...

Macam gampang!!

sakit perutt gelak woiiii!!!!

.shin. said...

HAHAHHAHAHAHAHAHAHA.bapak kelakar lah siot.HHAHHAHAHAHAHA

sebelas said...

ekeke..bio benor nie..nerbes bukan main lagi budak tue nampaknya..lu ade hulur pisau kat tengkuk dia ke masa suruh dia kire tu..ekeke

IZZARD said...

hahhahah...good one.same mcm time aku nak amik borang nikah dulu.minah kt kaunter tu tanye "tahu nak buat ape kan?" aku jwp blk "kak, saya tak tahu nak buat ape.inilah first time saya kawen,sebelum ni tak pernah lagi"

nursarah said...

bengapnya.. tak kena sekeh dah untung kowt. wakakaka!

Nur Syaza Azrudin said...

aduhhhhhhhhhhhhhhh.
blaja skolah mana oi.
xblaja kt skolah pn aku rasa blh tau.mmg common sense.aduhh.

cHeQgu sQema said...

ahaha.. tukan soklan bese tuk pekedai2 yg jual makan kat tjg malim... tapi khas untuk student upc jer kot..

Did said...

aduh...cilake,
kahkahkah!

Anonymous said...

len kali suh fateem kasi kaki je.hha

NenekPenne said...

bayar asing2? apa punya soklan...
ha ha ha..gua tak leh bayangkan kalau faseh yang kena bayar sendiri...

-aPi- said...

dah bleh pkul bdak tu laju...
hahahahahaha

jo said...

ok. pendekatan lembut yang macam gini gua memang suka..

ninaneno said...

tu la lu femes sangat.

dia nebes kot nak berdepan ngan selebriti macam lu. heh.

Nadya ©™ said...

HAHAHAHA..mula² macam tak faham..tapi bila baca tulisan yg kecik kat bawah tu baru la faham =]

maria said...

really makes my day =)

.::WaNiE::. said...

hahahah apahal laaa...hahahah

siggplus said...

muka lu babyface sgt kot, sebab tu dia ingat lu bawak awek. fateem n faseeh dia ingat adik awek lu.

biasa la ikut style dulu, nak dating kena bawak adik-adik sekali

Anonymous said...

koi...koi...koi... kena-kena...

Nina Nurziana said...

haha... sengal tol.. haha

niena said...

haha..lawak2..mesti hafal dialog tiap kali nk kire bil.skali terkeluar "nk kire skali ke asing2?"..

LANN said...

Gampang sial! HAHAHAHAHAH!!!

Apit said...

hamjadah pny lawak..hehe...awat hg x jawab kira asing2 ja..tgk dia nk buat apa..haha...ak rasa lg best klaw crita hg suh kira asing2...hahahah...dia budak praktikal kut baru 1st week..

suamihanyisterizuki said...

budusnye soklan..hahha