Monday, March 8, 2010

Kerja Sampingan


Mingu lepas gua tak ingat pukul berapa, gua menerima kunjungan maya dari wakil bolggers ibu ibu peringkat JKKK. Kunjungan maya berkenaan lebih bersifat kunjungan bisnes dan bukan perkara perkara lain yang gua kena keluar duit beli tudung atau kerongsang.

Rupanya wakil bloggers ibu ibu berkenaan nak suruh gua jadi penulis tamu di blog yang penuh ibu ibu dari pelbagai peringkat umur dan kerjaya. Penulis jantan dan pengkomen jantan gua tak jumpa langsung. Akak senduk gua tak dapat cam.


Soalan pertama gua:

"Lu nak gua tulis apa?"

Pihak perwakilan jawab pendek:

"Ikut suka..apa apa pun takpa".

Perghh!!!

-------

Cilakak!, apa benda yang gua nak tulis?

Demi tidak menghampakan permintaan ibu yang ditapak kaki mereka ada syurga gua, gua ingat nak bersetuju saja. Berapa ibu ibu nak bayar tak berapa penting, tolong bayar ALZA cikgu kuala kubu bulan bulan pun gua akan terima dengan rasa tak malu.

Setelah gua fikir masak masak,
Gua rasa, gua nak tulis topik ekstrem maskulin yang cool, hype dan menepati konsep keibuan.

Errr...alaahai..apa nama dia tu?...beras..breeze..brespudin...apa benda tu?,

15 Nasihat Ikhlas:

aBoi said...

cehh !

GT said...

sengeL

noorafzan.blogspot.com said...

aaa..?
sap tuh..?

Anonymous said...

"Demi tidak menghampakan permintaan ibu yang ditapak kaki mereka ada syurga gua"

hahaha..'syurga gua', mujur gua perasan..

kelass!!

10tonmind said...

e'eleh...

TerraKota said...

BreastFeeding...kot?

eDdY said...

haha...
aper kena maskulin ngan brespudin tu...wakaka...

p/s: gua pon rase breast feeding...(^^)

MatNazip said...

breast feeding kowt...

sapa yg breast feeding?


nge nge...

Anonymous said...

lu nk bg kesedaran kt dorg soh dorg breastfeeding anak memasing ke? jgn dok bg susu lembu je...camtuu??
ke apee...
gua blurr2 lg nie

jo said...

kena teow je la lu karang mat..haha...

FdausAmad said...

Gua ingat nak tarik diri.

tengah siap beg nak lari pegi negara Jepun.

Mista Blogga said...

tulis cara2 canggih nak buang bayi...

Orang Kulai said...

Selama ni aku sangat respect kau melalui penulisan2 kau. Wlpn adakala sekadar utk hiburan, ada gak entry kau buat aku berfikir. Entry yg "ilmiah", especially entry2 terawal kau (read : aku dah follow kau sejak followers kau baru 30++) menujukkan kau seorg yang kritis dan banyak ilmu (not to mention your English is very good).

Mendapat jemputan dari 1superkids bagi aku adalah satu lagi stepping stone utk kau lebih dikenali di kalangan ibu2 pulak. Why not use your great writing skills utk beri ilmu kepada "ibu2" pulak.

Aku tau, otak kau takkan sempit utk fikirkan yg ibu2 bukan sekadar berminat dengan isu2 breastfeeding, cloth diaper dsbg....tapi ibu2 ini (seperti cikgu kuala kubu) adalah terdiri dari golongan yg terpelajar jugak.

Tulislah apa saja. Idea2 penulisan kau akan dihargai jugak kat situ. Believe me!

Sudah, pergi simpan semula beg kau tu. Takyah lari jauh2....


Your greatest fan,
Aku Ibu,Isteri,Pekerja dan Penyumbang Ekonomi Negara

Anonymous said...

Salam..bro....

aku sokong ko....tulis ar....
aper tu...beraspuding..wakakakaka...
bedal jer lah.....

tapi jgn lupa tampal kt sini skali....aku nak baca pandangan ko plak

pisangemas81

MAKCIK REHAN said...

Lepas tulis kat sana, copy balik dan post kat sini.
Gua tak mau baca kat sana.
Nak baca kat sini jugak.