Sunday, March 28, 2010

Buku phD

Gua ingat nak perlahankan sedikit hal hal menulis blog ni. Gua kena siapkan buku yang gua cakap hari tu. Kalau buku nak buat, blog pun sama naik kepala gua nak kena tulis, campur dengan mengadap fesbuk, itu belum kira gua punya tanggungjawab bancuh susu dengan basuh berak anak, naik bas hari hari lagi pekena sampai 4 jam, hah memang gua melingkup!.

Buat buku ni gua plan nak masuk entry entry yang gua tak pernah publish dalam blog.Tapi masalahnya sekarang, entry entry yang tak pernah publish ni belum ada lagi, gua kena tulis pulak barang tujuh lapan ketol simpan kat mana mana celah.

Gua juga kena fikir sendiri konsep buku gua, muka depan macam mana, nak letak gambar apa, berapa mukasurat, harga berapa ratus ringgit gua nak katok, nak translate pegi berapa bahasa?. Tapi rasanya perkara ni tak berat sangat, kalau gua buat sembahyang hajat dan berdoa betul betul InsyaAllah boleh selesai.

Sekarang ni (sekarang ni..maksud gua masa gua tengah menaip ni la), gua sedang ligat nak cari tajuk. Orang kata nak buat buku ni kena cari tajuk dulu, baru ada panduan bubuh isi kandungan. Macam buat karangan SPM la, kalau tak ada tajuk dulu, nak tulis apa benda?. Hal macam ni pun gua nak kena hurai.

Lu orang ada tajuk sedap?

27 Nasihat Ikhlas:

Guru said...

"Meniti Kekunci dan Tetikus"
-menelusuri ruang maya dari Tanjung Malim


*boleh?

Pett Suhaimi said...

Wa rasa lu taruk la tajuk apapun,isi kandungan lu punya buku tetap akan power bai.lu kena timbangkan jgk suvinier nk kasik kt pembeli buku lu nanti.baru meletup.hehe.

Mati Bah!!! said...

lu nak bagi sakit lu punya srebrum apahal mat? lu bubuh tajuk "sembang kencang" dah betul..

imran ataupunthor said...

sembang LEBIH kencang.
amacam?

.::WaNiE::. said...

yeahh setuju..buh sembang kencang jek

hahaha

LANN said...

Liku-liku Bahan Masyarakat

gua main taruh aja.

noorafzan.blogspot.com said...

nak buat blook..
saya nak tempah dulu bro..
k, deal=)

Luca DK said...

"Meniti Kekunci dan Tetikus"
-menelusuri ruang maya dari Tanjung Malim

kuat sangat bau cekgu ni pidomat. kalo lu nak taruk tajuk ni, lu pegi print ngan orang lain..

cilakak! nape gua rasa nak tergelak?

-aPi- said...

lu buat je tajuk
"di hujung telunjuk...."

ok???

sampah said...

Sembang Kencang, The Unplugged Version

gambar muka depan letak je gambor lu, bini dan anak-anak sambil kamera ada kat belakang sedang berjalan atas bendang sawah.. kat kaver belakang tu baru pandangan lu sekeluarga depan-depan. pastu tulih summary sikit sebanyak.

habis kurang pun letak la quote dari penulis lain.

sampah said...

yang penting aku mau ada cerita si Fateem, adiknya dan ibunya sekali dalam tu. benda tu x leh dipisahkan cos tu trademark blog ni.

MatNazip said...

letak jer tajuk apa pown...

asalkan best sudah...

Boneka Tak Sakit said...

wooooooo~ sembang kencang siut!! haha.. lama aku cari blog nie.
lepas aku deleted account aku kerana frust berpusing 2,3 formasi! xsangka jumpa juga hehe..

suka sbnr yer blog nie tuan blog dia poyo gagag ;)

eDdY said...

bro...lu letak jer name aper2...
konpem gua beli..haha

Syuqri Talhah Mustaqim said...

malam tadi ada melintas kat kepala gua...lepas bangun tidur gua lupa dah...mimpi baekkk la punya pasal ni...

seingat2 lupa gua...tajuk dia lu buh macam ni...

"Siri Bersembang Dengan Koala"
Pastu cover lu cari la mana2 koala...lu cekik sampai terkeluar lidah dia paras dada...pastu snap!...catchy dohh! kalau diperagakan kat kedai mamak...

Mista Blogga said...

pakai jer "sembang kencang"..

jo said...

sembang kencang tu trademark lu brader..

Anonymous said...

"daus: antara setan dan malaikat..." haha

StingRay said...

'From Tanjung Malim With Love'.


bahahahahaa....



Letak 'sembang kencang' ja beb.Sempena nama blog.buku sulung niii.

Baru simbolik.

Anonymous said...

letak je sembang kencang..

-silent reader-
land below the wind

Ahmad Belia said...

kencangNE...cam nee idea gua?

ayobkelubi said...

Selamat Tinggal Dunia Sembang

macam azwan sikit. baru hype. keh keh keh..

AjuA said...

gua kasi tips sket.
1. lu tulis kat cover. "telah terjual lebih 10 ribu naskah di singapura"
2. cover gambar peha amoi.
3. tajuk "lorong gelap di tanjung malim"

kompom bebudak blog ni je yang beli. kecuali lu buat iklan sket kat metro.

-C.Gad!s- said...

" buku mu buku ku juga"



hahahaha

Anonymous said...

gua rase bagi tajuk

AKU DAN CIKGU KKB

aBah said...

Assalamualaikum. Tajuk SEMBANG KENCANG tu dah power pun bai.

To make more sensational just add Unpublished Sembang KENCANG. Wokey maa..Wa booking 1.

Unknown said...

lu memang rock la bro ;)