Thursday, March 11, 2010

Industry Blog


Berdasarkan pengalaman hidup gua yang pernah tulis dua mukasurat diari masa darjah 5, gua dapati aktiviti menulis diari sebenarnya tak sama langsung dengan aktiviti menulis blog macam era sekarang.

Kalau ikut sejarah, penulisan diari di Malaysia banyak dipopularkan oleh drama swasta sekitar tahun 80 an dan awal 90 an, di mana watak watak pelakon yang memiliki diari selalunya menyimpan rahsia hidup yang besar seperti menyintai sahabat baik sendiri tetapi terpaksa memendam perasaan sebab sahabat baik berkenaan pula menyintai orang lain. Sahabat yang menyintai orang lain ini hanya berjaya mengkantoikan niat sahabat baik beliau ketika terjumpa diari yang terjatuh dari dalam beg. Konflik tercetus bila rahsia diari terbongkar, dan sambungan seterusnya pada siri drama swasta minggu hadapan. Jalan cerita sebegini memberi inspirasi pada budak budak sekolah di zaman dahulu untuk turut serta menulis diari dan berharap mereka mampu mengubah takdir dan mendapat cinta yang diimpikan.

Akibatnya, penulis penulis diari berkenaan mengakhiri zaman persekolahan di kilang elektronik Prai, atau menjadi casher di minimarket Ah Fong untuk tahun tahun mendatang.

Bila fenomena internet tercetus kira kira pada tahun 1997, aspek menulis ala ala diari sudah mula nampak sikit sikit. Masa ni, rakyat malaysia yang ada website atau nama hypenya homepage tak ramai, ada dalam 400 orang termasuk Sabah sarawak.Yang ramai budak budak cetting dekat #Mamak dan #Kampung. Makwe makwe IPTA dan pelajar sekolah di kawasan bandar lebih cenderung ber a/s/l sampai pukul 5 pagi daripada menyiapkan latihan kimia atau baca buku Biologi. Akibatnya, negara Malaysia pada tahun 2010 masih kekurangan doktor doktor sakit kencing manis dan juga ketandusan ahli kimia yang boleh mencipta ubat kanser.

Kesan dari perkembangan intenet yang tidak berlandaskan syariat ekonomi, pada tahun 2000, syarikat syarikat intenet mula menghadapi masalah yang diberi nama jolokan dot com bubble. Apabila bubble bubble sudah menggelembong di merata rata dan tidak terkawal, ia akhirnya meletop lalu menjahanamkan beratus ratus syarikat Intenet di Amerika termasuk Geocities, Hotmail, Anglefire dan beberapa syarikat dot com (Amazon dengan ebay nyaris boleh hidup segan mati tak mahu) . Namun isu kejatuhan syarikat syarikat intenet ini tidak langsung memberi kesan saikologi pada pengguna MiRc di Malaysia. Peningkatan pengguna MiRc semakin bertambah dan tidak kurang juga bertambahnya kecerdikan masyarakat melayari laman laman porno yang juga turut bertambah tanpa belas kasihan.

Namun jika kita lihat dari perspektif ekonomi di Malaysia, kenaikan pengguna intenet (err..maksud gua pengguna laman sembang, pemain counter strike, pemain Dota) telah membuka ruang ekonomi yang bagus pada pengusaha saiberkafe. Saiberkafe tumbuh laju, sama laju dengan pertumbuhan syarikat MLM. Saiberkafe pada waktu itu bukan sahaja di usahakan di lembah Kelang atau bandar bandar besar seperti Tg Malim, tapi turut menyerang kampung Parit Jawa, Kampung Ulu Cenor dan felda Ijok fasa tiga.

Sedang budak budak sekolah sibuk ponteng sekolah sebab nak main game dan mengorat makwe yang entah sapa sapa di intenet saiberkafe, datang pula era lain dari negara Amerika yang di beri nama era bersosial secara online. Friendster dengan MySpace menjadi siulan anak anak muda tidak kira apa jenis bangsa atau paras rupa. Masa ni gua ingat dalam tahun 2003 - 2004 setengah. Perghh!!, dia punya penangan memang gila. Kalau sapa sapa takde akaun friendster atau Myspace boleh jadi loser, biar SPM lingkup tak apa, asal maruah terjaga.

Dalam tempoh sama, akhbar akhbar dan majalah tabloid turut terkena tempias. Penjualan menjadi sangat mantap dengan berita seperti 'Dirogol teman saiber' dan 'pertubuhan kumpulan gay di lama saiber' menjadi kegilaan pembaca suratkhabar tabloid. Jadi premis yang mengatakan intenet menjana ekonomi negara sudah gua buktikan dengan memberi contoh contoh seperti kat atas.

Berbalik pada hal industry penulisan yang gua tulis pada perenggan awal, blogspot diperkenalkan secara global pada tahun 2003. sebenarnya blog ni dah ada dari tahun 1999, tapi tak berapa terkenal sangat sebab takda bekap besar. Bekap besar datang bila google beli Pyra Labs (kompeni yang cipta blogger). Masa tu baru la main blogger nampak ada kelas sikit. Walaupun masih tak berapa terkenal, 200 orang juga rakyat Malaysia mendaftar jadi blogger pada masa itu.

Dalam tahun 2005, satu lagi kegilaan internet muncul. Kali ni bukan laman sembang, bukan laman sosial, bukan laman menulis, tapi...laman meng-upload video sendiri secara bebas dan diluar batasan norma.Youtube mengepalai misi baru ini. Macam mana dia punya penangan, lu orang tak payah tanya gua. Manusia bersuara katak pun boleh menjadi tontonan umum ke seluruh dunia. Kehidupan dah tak jadi rahsia. Sapa kantoi ringan ringan atau buat blowjob tepi air terjun, memang cari nahas. Hari ni on stage tepi semak batu hampar, esok malam budak budak Norway yang tak reti cakap melayu dah boleh tengok. Pembangunan applikasi youtube sekali lagi memberi kesan ekonomi pada sektor penerbitan akhbar dan majalah tabloid. Modus Operandi juga sama macam yang gua cakap kat atas.

Bila masa beredar, sedikit sedikit Blog mendapat perhatian masyarakat. Aktivis politik lebih terdahulu menggunakan medium blog untuk mengaut keuntungan moral. Blog dilihat sebagai satu medium yang padu untuk mempengaruhi corak fikir rakyat Malaysia. Dari sini, penggunaan blog berkembang ke beberapa cabang yang lebih dinamik dan berstruktur. Orang agama agama buat blog untuk berperang sesama mereka, yang Syiah lawan Wahabi, yang Wahabi lawan pulak Sunni. Orang orang meniaga pula buat blog untuk meniaga.Ada yang meniaga kuih, meniaga tudung, jual laksa, jual kasut bundle dan meniaga beg tangan Louis Vuitton siam. Dari sekala yang lebih kecil, wujud juga beberapa geng geng dalam blog, seperti geng ibu ibu, geng fotographer, geng artis artis, geng ahli seni, geng pondan, geng pelajar kolej, geng blog cakap orang putih dan ada juga geng tulis blog sebab terpengaruh dengan rakan sebaya.

Pada gua, sekarang ni, blog sudah berada ditahap tertinggi. Gua tak tahu tinggi mana lagi dia boleh pergi. Kalau ada umur panjang, kita tengok sama sama.

Gua rasa, cukup setakat ini gua tulis. Kalau panjang lagi, nanti jadi cerpen pulak. Ini pun ejaan rasanya barai sebab gua malas check satu satu apa gua tulis.

Jadi, mari kita tutup majlis kita dengan Surah Al-Asr dan tasbih Kifaroh....yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Allah juga tapi melalui gua.(gua selalu dengar ceramah ending dia macam ni).
Err..tapi kalau ikut lojik, yang baik pun datang dari Allah melalui gua jugak kan?
Kehkehkeh..saja ja gua bergurau. Lu orang jangan marah gua pulak.

p/s: Cilake, gua lupa tulis pasal Facebook!!

30 Nasihat Ikhlas:

jo said...

hahaha..terbaik la brader..

jo said...

gua 1st siot!!

mrs shaifull said...

gua carik2 gak brader, mana lu sorok fb tu, sekali mmg lupa daa..

Ibu Ammar said...

industri blog memang sangat berkembang. setiap hari rasanya beribu-ribu blog baru yang terwujud. huhu

meo sepul said...

ade unsur perli-perlian d situ...

Anonymous said...

ingatkan lepas myspace tu nak ckp la facebook amek aleh plak tapi takde pun sekali telupa daa heheh

Khairi Mohd said...

sbb2 gua buleh taip pos blog 2000 pp seminit sebab dulu main #quiz kat mirc. semua jawapan gua hapal. taip laju mcm lipas hahaha.

bab asl tatahan. gua rupa buruk tapi nak jadi boya so cari market kat internet ja la bhai. kat luar, reject shop pun reject bhai. kesian. jadi internet sedikit sebanyak membantu gaya sosial gua.

gile best lu punya karangan hahaha. CS pun nostalgia muda2, lepas mati sembang sama2 mayat hahaha.

adesh. thanks bro. lu mmg da best!

Azrul Hisham said...

teringat zaman mIRC dulu..hehe

cBonKsuNaniE said...

ye..harus ade facebook..sile deraf semula ;p

bobo said...

1st gua baca macam seyes..bile bab2 geng2 blogger gua gelak! mcm cibai geng pondan..wakakakak

Kita dan Wang said...

ko mmg celaka siot.
sejarah ko mesti tip top kan

cHeQgu sQema said...

hahaha..
a/s/l mmg x bleh blah..
rindu plak nk men..

MAKCIK REHAN said...

Gua baru baca perenggan pertama, perenggan seterusnya gua sambung baca mlm ni kat rumah.

Lu jangan berani-berani nk edit entry tu pulak.

LANN said...

ini entry sangat menarik.

putera aftus said...

siap tutup majlis lagik, bukaknye entah mane.. haha

Maryam said...

dari mIRC pindah ke Y!M. tu ada zaman gak tu.

ACHONG VADER said...

hhahah...gua dulu igt a/s/l tu assalamualaikum.. macam cilake...

crazy_labelle said...

wahaha...
ulasan mmg TERBAIK!!!
tp x ckup saintifik...

Marrzie Anna said...

err.. siap bagi fakta jumlah rakyat malaysia yang ada hompage dengan blog..

rajin betul buat kajian..

aBah said...

caya ler Beb. Semakin mantap ceramah. Ni mesti banyak buat research.

MatNazip said...

entry yg bagozz...

keep it up bro...

jarang jugak jumpa blogger mcm bro nih...

MAKCIK REHAN said...

utk facebook lu simpan buat entry baru lah.

-aPi- said...

panjang siot kali ni...
tp bgos2...
aku setuju..

api72.blogspot.com

azuwa said...

kritikan sosial yang baik. keep it up!! :)


p/s: kalo camni cara bro nak tulis buku, memang saye pegi beli ^^

yushida03 said...

info sejarah yang berguna. terima kasih.

aBoi said...

pasal facebook lu buat pada entri lain je..

Anonymous said...

modus opreandi lu tulis entri ni, brader?

Qmal said...

btul ker sejarah ni??
siap tulis tahun tu...ke main tibai jer

entry menarik!!...tp facebook xder ler plak :)

brat2104 said...

best.. buleh guna dlm karangan spm adik aku.. haha..

yup! ko lupa facebook! bila nk tmbh? =p

kucai said...

lu bt cerpen la bro...terbaek ah...