Saturday, December 26, 2009

Papago


Adik gua baru rembat seketol Papago dua hari lepas di Ipoh. Entah apa jenis binatang gua tak pernah tahu sampai la dia balik rumah tunjuk depan muka gua. Rupanya Papago ni budak gps. Berlagak betol dia dengan Papago tu.

Selain Papago, beliau juga membawa pulang beberapa berkas pampers jenama bukan bukan yang di packing secara bukan bukan juga. Bab pampers ni gua tak berapa nak peduli sebab adik gua dalam diam dah masuk sindiket Pampers tiga liter tajaan seorang kawan gua,Ismail. Menurut cerita adik gua, pampers yang dibawah jagaan Ismail setiap satunya boleh menampung air kencing sampai tiga liter. Gua dengar pun goyah beb, kalau pampers Ismail boleh sorok air kencing sampai tiga liter, macam mana pula Mamy Poko nak cari rezeki?.
Selain menjadi brader Pampers, Ismail juga bekerja sebagai cikgu tetap di sekolah Cina di Ipoh. 5 tahun lepas dia cuma kerja salesman jam tangan area medan selera sekitar Kajang. Tup tup sekarang dah jadi cikgu dan menjadi hero Pampers indie peringkat Ipoh. Kagum juga gua dengan keazaman Ismail.
Tak pasal pasal juga adik gua dapat jawatan runner Pampers indie kawasan Tanjung Malim. Perghh lepas ni anak gua yang Faseeh tu bolehla buat part time jual pampers dekat kawan kawan rumah pengasuh dia sambil hisap susu jenama mahal sikit.

Gua doakan Ismail dan adik gua boleh beli BMW 5 siri sebelum gua masuk campur.

Kembali pada cerita Papago,
Gua belek dan kerobek sikit sikit, mana lah tahu kalau Papago adik gua ni boleh bertukar jadi home theather jenama Pioneer.Sedap juga dapat letak di ruang tamu.

Nak test punya hal, kelmarin gua sambar dia punya Papago sorok dalam poket seluar. Dimulai dengan bacaan Bismillah,cepat cepat gua start enjin kereta lalu gua pecut kereta ke Kampung Ulu Slim secara Initial D.Papago gua kasi setting menuju destinasi.Gua kasi on dan taip Kampung Ulu Slim. Saja gua pilih Kampung Ulu Slim supaya Papago dapat mencabar dirinya sendiri dengan mengesan tempat tempat jurassic dipedalaman bajaran Titiwangsa. Masa kereta mula bergerak, Papago eksyen tunjuk gua jalan hala ke ulu slim, Gua tahu jalan yang Papago tunjuk tu sebenarnya jalan budak luar. Unutk permulaan, gua pura pura ikut arahan Papago. Nampaknya Papago tak kenal siapa gua, dia ingat gua budak KL.

Tengah sedap Papago menunjuk arah, sampai di persimpangan Behrang Ulu, gua lencong kereta ikut jalan lama pegi ulu slim yang dah kena block. Gua tahu jalan lama ni memang tak masuk peta Tanjong Malim sejak edisi 2005. Sengaja gua nak uji jatidiri Papago. Baru lima puluh meter bergerak ikut jalan rare,Papago dah jadi huru hara mencari jalan kebenaran. Sekejap dia suruh gua ke kanan, sekejap dia 'recalculate'. Peta belagak yang dia tunjuk sebentar tadi dah jadi tak tentu hala dan berunsur khurafat. Arahan arahan yang Papago beri pada gua pula semuanya berbunyi merepek dan menjurus pada pelanggaran pokok getah yang boleh menyebabkan cedera di kepala.

Semakin jauh gua memandu ikut jalan lama, semakin sesat ajaran yang Papago berikan pada gua. Papago masih ingat dirinya betol dan menyalahkan gua.Kehkehkeh...licik juga gua memperdayakan Papago. Sampai di kawasan berhampiran Sungai Bil, gua pusing balik kereta. Tak sampai hati pula gua nak menganjing Papago lama lama.

Sikap Papago sedikit sebanyak memberi pelajaran dari aspek hubungan sosial. Antaranya ialah janganlah memandai kalau tak berapa tahu, respek pada pemandu senier, dan akhir sekali hidup jangan selalu bergantung pada kesenangan teknologi kerana ianya boleh menjerumuskan kita ke jalan kesesatan dan memunah minyak kereta.Sebaiknya, gunakan petunjuk arah angin atau talipon saja kawan lu orang suruh tunggu kat mana mana stesen minyak.

Sambil memandu pegang stereng dua jari, gua hantar pesanan ringkas pada adik gua:

"berapa lu beli Papago ni?"

Adik gua reply:

"Lima rat.."

Gua sengih tajam sepanjang perjalanan pulang.Papago gagal ujian memandu peringkat Tanjong Malim.

+++

"Papago...Papago..area Kolumpo boleh la lu kerek bai".

23 Nasihat Ikhlas:

Anonymous said...

hahahah serius la makin lama makin best la entry dari bro! hai dah jadi FAV blogger aku nie hahah :)

ayat mcm bangkai je ~ weeee huhuh..

ringo said...

sumpah aku benci menatang tu.penah bawak aku melencong sampai nilai.haha

Unknown said...

apa barang gps.. aku ikut naluri je..

. said...

Tak caya dah aku binatang gps ni! Aku pakai gugel map, lebih menjamin!

Manja Fezzah said...

haha!btul 2 fatul,slma ni jln aku ikut naluri je..:)

azmy shafiq said...

bahahahhaha yg nie bes

Dr. Bentara said...

kat Malaya, GPS system tak systematic. Kat sini (ostolia), mapping memang excellence.

Unknown said...

GPS guna pasti sesat ni

zizie ali said...

haha. tak baik dera papago diluar kemampuannya.

Anonymous said...

haha..tanjung malim ada tempat jurassic lg ka..panggil steven spielberg mai wat penggambaran..haha..

ashraf sahdan said...

kehkehkeh..

CikMinahSayang said...

Weh , tom tom pun hebat jugak :D

Sitie BUm BUm said...

=p

Unknown said...

aku guna garmin pun giler gak..

maya amir said...

pakai google map, sambung2 peta lagik bagus daa...

Siti Nur Aminah said...

beli peta manual je..kt kedai buku,,

phish said...

papago lu suara laki ke pompuan...kalo pompuan lu cmpk buang je laa...bingitt

jo said...

kalau sesat di jalan Allah boleh pakai gps tak? erkkk....

Adam Ruslan said...

Papago balas dalam hati je, lu sorang je customer yang pegi Kg Ulu Slim bawak dia. Dia terharu.

Khairi Mohd said...

haha. kesian si papago, kau wat masuk semak mmg kong la dia weh haha.

kucai said...

hauhauhau..lawak tahap bangang gila..lu jgan la buli papago tue..dia bru ja nk merasa idop d dunia nie...nti lu try search org asli australia pnya tmpat..dia bleh pi dak..hahahaha

ciktembun said...

turn left..and enter the roundabout.
hahaha..

boleh laki aku bergaduh dgn GARMIN dia sebab rimas dengar suara awek tu..."kalo aku takmo cmna?"..."ei, boleh tak ko diam"

adakah patut?

Latifah said...

hahha.... aku penah ada pengalaman sesat ngan gps ni. kat terengganu, nk g kenduri kawen umah member, tp x igt kat mana, yg aku igt, gps tu bwk kitaorg g kebun dragon fruit... haru tul time tu la... hohoho