Sunday, November 29, 2009

Pendidikan Kanak Kanak


Gua sedang melayan Inglourious Basterds dilaptop bila tiba tiba Fateem bersuara dari penjuru kanan sofa berdekatan tivi.

"Ayah nak susu".

Masih menumpukan perhatian pada Diane Kruger yang sedang kena cekik; gua menjawab yakin.

"Fateem pergi amek atas meja dapur.Ibu baru bancuh tadi".

(Meja dapur terletak beberapa meter dari penjuru kanan sofa berdekatan tivi.Tempat fateem lepak lepak).

"Taknak..nak ayah ambik!". - Fateem memberi jawapan macam nak minta didikan.Dia mula buat perangai nak menangis.

Gua pause kan aksi Diane Kruger kena cekik.Ini masa gua amalkan ilmu didikan anak anak yang gua belajar dari pembacaan Internet diselang seli dengan halwa telinga Bullet for Valentine suatu ketika dahulu.

"Fateem kan dah besar.Fateem boleh jalan ambik susu sendiri.Jangan asyik nak menangis.Kan ayah cakap jangan selalu suruh suruh orang.Fateem boleh pergi ambik kan?" - Gua memberi rasional supaya Fateem berfikir lojik disebalik argument yang gua lontarkan.

"Boleh!" - Jawab fateem bernada lemah.nampak gaya dia faham konsep yang gua sampaikan tadi.Gua perlu uji dia sikit lagi.

"Haa..kalau boleh kenapa suruh ayah pulak?"

Soalan susulan penting untuk gua kaji keupayaan fateem dalam pemprosesan situasi.Sejauh mana dia boleh memberi jawapan rasional berdasarkan situasi semasa.Itu kaedah Pedagogi yang Dr Freeman Weems III ajar gua.

"Ateem nak ayah ambik jugak!" - Fateem masih bertahan dengan kemahiran Metacognition yang sedia ujud dalam diri beliau (Budak budak kecik memang ada kemahiran metacognition yang tinggi- Boleh rujuk De Anemia karangan Aristotle).

Mendengar jawapan fateem,
Gua tak cepat melenting.Ilmu pembacaan gua pun bukan sikit sikit, gua cuba tektik "Law of the soggy potato chip" saranan Fitzhugh Dodson.Konsep mendidik dengan mengeluarkan rasional kanak kanak gua rasa amat sesuai dengan situasi yang gua hadapi sekarang.

"Fateem cuba bagitau sebab yang kukuh kenapa nak suruh ayah?,ayah nak tahu sebab, jangan jawab cara emosi.Cuba bagi jawapan secara lojik"

Gua sambung lagi.

"Bagitahu sebab,kalau sebab ok..ayah ambik, kalau sebab yang tak ok, ayah taknak ambik".

Gua tau Fateem paham cakap gua.Bukan sekali dua situasi macam ni berlaku, dah lebih lapan kali.

*********
*********
*********
*********

Penyudahnya,
Gua jugak pegi ambik susu atas meja.Beri pada Fateem.Gua tutup laptop.Gua pergi cari balik buku Tarbiyatul Aulad dekat rak yang dah berhabuk.

Cilaka punya teori orang putih.Haramjadah satu pun tak jalan!.Sia sia gua belajar.

*********
*********
*********
*********

Fateem jawab rilek dan bersahaja:
"Sebab Atem Malas".

Kalau besar sikit lagi bagi jawapan pandai macam tu memang sengaja mintak pelempang!

27 Nasihat Ikhlas:

Unknown said...

name pun teori.
ok la dah praktikkan.
dapat tau jugak jadi ker tak.

paraxixth said...

lu pernah diteorikan tak?

gua bangga dengan pencapaian fateem

Belly-Button said...

i like d answer!!!

noorafzan.blogspot.com said...

keh2..
pandai betul atem kan..

Guru said...

assalammualaikum fdaus

akak rasa fateem tengah guna ilmu psiko power ke atas ayahnya...
berhati2...

anak adalah ujian Allah ke atas kita .. :)

tak terlambat lagi rasanya nak ucap selamat menyambut aidil adha

nora said...

fateem sayang buat kat ayah je k..
buat kat rumah..
:P

jgn buat kat sekolah,nanti cikgu marah tau..

Anonymous said...

anak lu memang bijak bro

jo said...

terkenan bapaknye la tu..

kudabesi said...

power la bro segenap teori dah kuasai

tp ingat satu je kanak2 ibarat kain putih..ibu bapa la yg mencorakkanya

mungkin anak bro dah berjinak2 menunjukkan simptom2 loyar buruk..

pengaruh tom tom bak barangkali

Cik Lizi said...

kecik2 dh berjaya psiko bpk die...
terer la fateem ;)

lel said...

hahaha dia memang bijakk!

Ninaa. said...

gua tabik anak lu bro

Mat Not said...

Anak aku nak charge aku RM1.50 sekali main PS2 dia. Dia ingat dia bukak kedai video game ka kat ghumah ni? Aku kutip sewa tempat tidog dia baghu dia tau.

^!~ DuCk ~!^ said...

ni msti mse kcik2.. bapak fateem tu pemalas gak..tu yg terbawa2 ke anak tu.. hAaa..

Gi baLik musibah diri..bkn salah anak prangai cmtu.. bkn salah ibu yg mengandung..tp

salah bapak yg prangai pn malas mse kcik2 dLu.. ;D

hahha...

maya amir said...

sejibik mcm anak gua airell, ape ayat pun malas.. malas.. malas.. ni sape yg ajar ni??? jawab..hahah

Abe Long said...

nih teori aku lak...

nk tgk anak camne bile besor, tgk ayah nya skang...

nk tgk camne ayah nye mase kecik, tgk anak nye...

sah ang pon pemalaih gak mase kecik dl...

hahahhhaa

eL said...

Dia jwb "boleh" sbb dia takut kena marah. Dia jwb "malas" sbb dia tengok ayah dia tak marah. Dia nak perhatian tu agaknya. Tak pun, hang pernah jawab macam tu kat dia kot fdaus? :-)

cik helena said...

comel la ateem!

ayobkelubi said...

hahahahaha.

dari anak gua,

gua tanya kenapa kakak kencing atas tilam?.

dia jawap

tak tahu (sambil angkat bahu).

mmg menginsafkan.

..nOWa.. said...

bijak fateem..dia guna teori perbalikan yang mana apabila ayahnya malas maka perlu di lawan malas juga..

Anonymous said...

anak ko bnyk sgt tengok citer2 kt Astro .. so dia punya level lagi tinggi ...

Crystal Link said...

xsemua teori tu betoland related ngn kes dak zaman skg.. hukhuk... sadis btol.. hahaa

Anonymous said...

hahahah ini mengingatkan aku pada satu budak kecik sape tah nama die aku lupe. time tu aku kat rumah makcik aku, sedara suami makcik aku datang, ade anak kecik. budak kecik tu ade anak patung,tibe2 die masuk rumah, die kate, 'abah, patung masuk lumpur'

pastuh bapak die keluar, dan kate, 'camne leh jatuh?', anak die jawab, 'adik buang'. terus bapak die ngamuk gile2 pastuh tanya banyak kali 'kenapa buang? sape suruh buang? cepat cakap! sape suruh buang?'. tibe2 budak tu jawab,'Allah' sambil jari tunjuk atas. hahaha terdiam bapak die terus angkat anak patung tu. kami semua tengah cuak pun gelak.

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

FAtem malas hehe hebt jawapn nye laa

Alina said...

haha. comel.

LoveShak said...

hahahah..jawapan yang sungguh honest...

Deana April said...

hihihi...fatem fatem :D