Sunday, November 22, 2009

Fikir masak masak dulu


Semenjak gua kecik, ayah gua selalu pesan..

"kalau nak buat apa apa dalam hidup..fikir dulu dia punya baik buruk, fikir masak masak."

Perlahan lahan konsep berfikir masak masak tentang sesuatu perkara sebelum bertindak meresap kemas dalam sanubari gua.Masa gua sekolah rendah, aktiviti berfikir ni gua tak faham sangat. Tapi bila gua dah sekolah menengah dan berkenalan dengan ramai kawan, konsep berfikir masak masak yang ayah gua terapkan mula menampakkan faedah.

Berfikir soal pemilihan aliran kelas tingkatan empat umpanya, atau berfikir samada konteks akedemik di Kolej Islam Klang sesuai dengan jiwa gua atau tidak, semuanya gua lakukan penuh hati hati dan berfikir masak masak. Penampilan diri, pembentukan imej, cara berpakaian, cara bercakap dan bertindak semuanya gua susun setelah gua fikir dengan jelas dan masak masak.

Kalau gua berkenan satu benda, gua akan fikir strategi nak dapatkan benda tersebut. Gua fikir dari pelbagai aspek, implikasi, perlaksanaan, reaksi persekitaran, back up plan, kesan jangka panjang, objektif dan penilaian.Semuanya gua laksanakan atas satu pedoman, Fikir masak masak dulu.

Contoh senang yang gua boleh beri adalah soal makwe dan perkahwinan.
Macam gua, dari awal awal gua dah rancang nak cari makwe orang Tg Malim dan duduk di Tg Malim. Sebabnya senang, Bila mak bapak gua nak merisik,bertunang, hantar pengantin..tak payah jauh jauh sampai ke Arau, atau Johor Bharu, atau Kota Bharu.Buat penat..Naik kereta masuk gear tiga dah sampai rumah bini gua.Cuba tengok dari aspek kos, berapa banyak kos gua dah selamatkan?, tengok pula dari aspek balik kampung masa hari raya, takde nak susah hati kan?, ok..tengok pulak dari segi persepsi orang tua..hari hari sakit demam orang tua gua dan bini gua boleh tengok tengok.Macam tu jugak sebaliknya, kalau gua atau bini gua sakit, ada orang tua nak jaga.Semua perkara ini tidak berlaku dengan sengaja..tapi muncul hasil dari konsep fikir masak masak sebelum bertindak yang gua amalkan.

****

Namun sesuatu yang buat gua hairan...

Sejak kebelakangan ini, gua dapati konsep fikir masak masak yang ujud dalam diri gua dah terpesong jauh dari falsafah yang sepatutnya.

Setiap kali gua sampai rumah dari kerja gua kena fikir masak masak dulu.Tak pernah terlepas.
Apa hal sampai macam tu?

****

"Yeaa ayah dah balik..jom main masak masak?,hari ni ayah masak kat Ateem ayam goreng". - Kata Fateem di depan muka pintu.

Gua geleng kepala.

Yaa..sekarang, sebelum gua buat apa apa di rumah, gua kena fikirkan hal masak masak dulu.

25 Nasihat Ikhlas:

Siti Nur Aminah said...

mesti hangus kn ayam tu

Mimie.Candy Cane said...

hahahaha...padan muke bro.

lel said...

alaa sementara adik dia nak besaq
nanti rindu pulak tak masak dengan dia
haha

noorafzan.blogspot.com said...

aik, bini kamu x masak ke?

chentaMAYA said...

ahaha~
kne masakmasak ayam untuk fatem!
hee~

nmz said...

wah, lama xdgr cerita fateem haha
ni mesti dia nak rasa masakan ayah dia selalu ni
hehe

azie said...

ha3x. ak suka post ko yang macam ni..

j4l4k said...

Gua dah agak dah...!!!

lumut said...

gua nak main masak2 ngan fateem leh?hehe

ezzati said...

bgs tu..pk masak masak sambil main masak masak...

meo sepul said...

dulu gua dgn sorg mmbr gua nih penah la dpt offer msk K.I.K...tp gua x gi,sbb gua nk msk sek bainun...mmbr gua yg sorg tu g la...tp x lme,semnggu je...die dh fkr msk2 la tuh nk kua K.I.K tu...

.::WaNiE::. said...

hahahahaha hari2 memasak la gini hahaha

NenetPenne (NP) said...

ramai orang sekarang ni tak penah nak fikir sesuatu menda tu masak2...
dah jadi baru nak menyesal....

Anonymous said...

bapak mithali bro .. jgn metallica

jo said...

poning gak pala layan anak...

okedkama said...

bagus fateem ni..kecik2 da rajin nk mmasak

naz said...

fikir masak2 tapi kadang2 tak masak gak..huhu.

Guru said...

assalammualaikum

fateem sudah menampakkan bakat sebagai tukang masak terkenal nanti, insyaAllah

YatieJay said...

So cute! Bila fateem dah besor nanti, kau akan rindukan saat masak2 ni.

Anak aku lelaki, asyik nak ajak "bergasak" je...penat kekadang tu nak melayan.

Mie Master^G said...

layan kan aje la anak anak tu....
masak masak pun masak la...adesss

Rubah Terbang said...

seronok je ek layan kerenah anak.. terus rasa nk kawen :0

Anonymous said...

Pisangemas81

Salam...setelah wife bro ader FB..ramai plak yg "add" nak kenal dgn wife Firdaus nie...

pastu...berlaku reno kt blognie...jadi "gelap"
pastu keluar posting mengaji....
disusuli...posting masak-masak dgn ayat "Macam gua, dari awal awal gua dah rancang nak cari makwe orang Tg Malim dan duduk di Tg Malim. Sebabnya senang, Bila mak bapak gua nak merisik,bertunang, hantar pengantin..tak payah jauh jauh sampai ke Arau, atau Johor Bharu, atau Kota Bharu.Buat penat..Naik kereta masuk gear tiga dah sampai rumah bini gua."

membuatkan aku semakin "faham"... :)ko kena atur stategi cantek2 beb...

Selamat

azzaliena suziantie said...

masak masak..
huhuhu

Adila Ady said...

haha.lawak la fateem tu.

Anonymous said...

hahahaha...masak jgn x masak!