Sunday, November 15, 2009

Bangkok


Gua dapat sms panjang bejela dari budak budak Utusan subuh semalam:

*********************

PUTRAJAYA 13 Nov. - Jurusan sains robotik mampu dikembangkan ke peringkat lebih tinggi di negara ini apabila ia semakin mendapat tempat di kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini dapat dibuktikan apabila pelajar Malaysia muncul juara keseluruhan pada kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2009 di Pohang, Korea Selatan baru-baru ini.

''Saya bersyukur serta bangga kejayaan itu telah berjaya meletakkan nama Malaysia di persada dunia.

''Ini bermakna pelajar Malaysia mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam bidang fizik dan robotik malah lebih baik daripada negara maju," katanya.

..... ............................

......................

Kejohanan itu disertai oleh 217 pasukan dari 24 negara.

Enam pasukan negara adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Francais, Melaka dan SMK, Methodist, Tanjung Malim, Perak.

**************************************

Gua baca lapan kali.Lapan kali!. haram takde langsung nama Manov.Padahal Manov la yang bawak budak budak tu naik bus buruk Optimus Prime beliau masa nak pegi bertanding peringkat kelompok awal awal dulu.

Esok gua ingat nak pegi kompelen dekat pengetua.Patutnya Manov jadi ketua jurulatih, dia lagi berkebolehan dalam selok belok robot ni.Gua saspek mee kari percuma pun Manov tak dapat nak merasa.

Nasib lu la Manov..

Ok,

Esok gua pegi Bangkok, ada bisnes ayam sikit. Budak budak ladang kelapa sawit kawasan Hulu langat lu orang jaga line elok elok.Kontena ayam gua mendarat sana dalam minggu depan.

Lagi satu, lu orang doakanlah gua supaya tak tersesat jalan semasa menikmati pemandangan siam disekitar PatPong. Gua dengar Aquarium kat sana ada ikan besar manusia.Harapnya budak budak ni tak kelentong gua.

Dan pada sapa nak kirim barang, kirim lah bersama duit, setakat kirim guna air liur, gua boleh tolong kirimkan air liur juga la pada peniaga PatPong.Hehehe

Chow..

Sawadikhaap!!!

***************

UPDATED:8.00 am

Gua di KLIA ni, baru gua tahu Kapalterbang gua akan lewat selama 4 jam..

Gua ada 3 pilihan sekarang:

1. Bertafakur di sini selama 4 jam

2. Balik Tanjong Malim pekena tido.

Atau...

3. Masuk pintu sebelah, naik penerbangan pergi Copenhagen yang nak jalan lagi 30 minit.


Gua nampak..pilihan nombor 3 ni paling bijaksana..

17 Nasihat Ikhlas:

Mimie.Candy Cane said...

dah bisnes ayam pulaaakk...hahahaha...

Mimie.Candy Cane said...

aih..first!

okedkama said...

jgn lupe ajak botak..mesti beliau gembira

luca tak penah tengok tarian rimau! said...

pidomat,

aku dengar tarian rimau dorang pun lain macam?

betui ka? aku dengar la..

oranglidi said...

ayam menda weh?

pOr said...

Sawadikap - Masuk kot pintu , terjun ikut tingkap..

Kehkehkeh..aquarium ikan besar manusia.. gua tahu ape tu.. awek siam la tu.. wakakaka.. awek pulut beb.. mulus gitu..

Anonymous said...

ayam mana lak nie!! aduih tak sangka bro!! insaf la..! :))

ekeleh jeles lak hati!! selamat bercuti lah bro kecang!!

hans said...

manov yang bawa bas buruk tu ke?
hahaha

Anonymous said...

tarian naga dan rimau,
ayam dalam aquarium,
table ping pong,
pergh ...

YatieJay said...

Pidaos....bawak2 beringat. Lu nak kena libasan tali pinggang ajaib ke?!?!!

Anonymous said...

Jadi penternak ayam pulak... Eksport ke siam pulak tu. Tabik spring la!

Ikan besar org je yg gua suspicious skrg ni..

ezzati said...

aku bru nk soh ko pilih no 3..nmpaknye ko lg bijaksana dr aku...

jo said...

celah mana hulu langat yang lu nak me'landing' tu?

ceh...

noorafzan.blogspot.com said...

pilihan bijak bro..
x pe la bro..
kirim salam je la..
tgh bulan duit dah kering..

Mie Master^G said...

kesian manov....
dan selamat menikmati pemandangan siam yg fresh...hahha..

Zack Azrin said...

hahahahahha...
bro, siyes gua ckp...
lu pnyer cter...
bikin gua pnyer usus same urat kentut hampir2 putus...
lu pandai mnulis beb...
org yg bce entry lu...
klu xclever mbezakan realiti dgn fantasi...
memang diorang xkan faham...
silap2 bleh giler...
mengadaptasikan citer fantasi lu dalam kehidupan realiti diorang...
wakakakakakakka...lu mmg bagos tahap dewa...

Guru said...

assalammualaikum

kat bangkok nanti... banyak2kan berzikir