Saturday, October 17, 2009

Brader Kebel

1)Kepada brader brader sumber manusia, dan brader brader penemuduga di Kementerian Pelajaran Malas-sia, gua dah ampunkan dosa lu orang.

2)Duit tol, duit minyak, masa, tenaga, cuti rehat dan duit belanja rumah tumpangan yang gua sembelih buat korban beberapa bulan yang lampau, gua halalkan. Gua kira kira guna kalkulator henset ..modal nak mengusung bini gua pegi interview di Putrajaya, di Melaka dan di Ipoh semua sekali kawteam rm2140. Di mana duit sebanyak itu kalau gua guna buat beli beras, cukup nak bagi zakat pada asnab asnab di masjid Zahir Aloq Setaq selama tiga tahun berturut turut.

3)Perangai malas angkat talipon,perangai "encik kena tanya bahagian pengurusan porno..saya bagi nombor ye", perangai pegawai takde pegi mesyuarat (padahal gua tahu dia pegi pekena roti canai), perangai tak reti balas email, perangai cakap biadab mak bapak tak ajar dan segala jenis perangai yang boleh menyebabkan gaji yang halal menjadi haram,yang dianiayakan kepada gua dan bini gua..Gua maafkan.

4)Antara semua semua..paling gua rasa nak penerajang ialah bila gua talipon kementerian, haram jadah sapa pun tak angkat. Sehari gua talipon tiga puluh dua kali, cuba kira kalau hari hari gua talipon dengan kadar macam tu selama lapan bulan?,tak apa..gua maafkan juga.

5)Bila semua saluran halal yang gua usahakan tak mendatangkan inzal, gua mula cuba cuba jalan yang sesat. Gua amalkan pula prinsip Kebel. Sayang kebel yang gua guna jahanam di tengah jalan.Mujur gua belum belikan lagi kereta Mercedez untuk Kebel Kebel berkenaan. Jadi sapa yang rasa diri dia brader Kebel, gua dah redhokan perbuatan lu orang pada gua.Gua nak pesan,Penuhkan konektion di dada dulu, baru la klem diri tu brader kebel.

6)Dan hari ni, setelah setahun gua dan bini gua menjadi pemintak sedekah dan penyembah kaki di kementerian pelajaran, akhirnya bini gua dapat juga sedekah yang dia nak sangat sangat..Sedekah yang boleh bagi nama dia ada tajuk CIKGU kat depan. Terima kasih brader kementerian kerana membangsatkan kami selama satu tahun.

NOTAKAKI
Gaji cikgu sebulan dua ribu, bini gua dah rugi sepuluh bulan...gua kira balik guna kalkulator henset, bini gua dah rugi dua puluh ribu.Beritahu gua dengan pihak mana gua boleh klem hal hal macam ni?

29 Nasihat Ikhlas:

lel said...

lamanya sampai sepuluh bulan
patut pi bakar ja kementerian tu

kunang kunang said...

ini semua pasal perhimpunan agong ke?? huhu

Mel said...

benda yg gua cukup pelik bila talipon mane2 bdn kerajaan adalah : 1) pemalas nak mati nk angkat phone, baik campak je talipon tu dari tingkat 21, kasi xpayah gune. 2)kalau angkat pun, die main pass2, kejap org ni, kejap org sane, padahal hal kecik, gua nak tanya result foundation gua je pon, last2 ape haram x dpt, bil jalan. 3)macam last month, mmber gua talipon satu bdn kerajaan ni, gua malas nk cakap badan mane, akak yang angkat phone suruh member gua tunggu sebab dia naik smbng dgn bhgian lain, last2 bila dah smbng, gua dengar mak cik2 dok bercerita mengumpat, kawan gua cakap hello banyak kali die boleh buat dono je, selamber die je, last, dgn talipon, dgn kakak tu member gua maki..

ps : macam mana la rkyt nak yakin sepenuhnye dgn kerajaan? servis hancur

j4l4k said...

Mmg BERUKrasi yg tak sudah2 tapi smpai bila??? sampai kiamat gamaknya KAHKAHKAH!!!

Hanggokan said...

kahkahkah...
brader, koneksyen kerajaan mmg slow. diorang lambat update. sebabtu seplo bulan baru dpt kaba berita. kau mmg pemaaf orangnya...aku bangge!

cheryna zamrinor said...

bila cakap pasal org dowang nieh,mmg slow. bro, kena paham la...arituh rumah terbuka raya (diorg nieh bagus...raya mesti sebulan!) skang nieh mesti open house deepavali plak...

* payment keje contract sha tak masuk lagi
* document ngan perumahan dah tak setel2...brape bulan dah nieh.

department mane pon same je!!!

Adila Ady said...

sian bini lu bro..

Lia3003 said...

badan kerajaan mmg mcm 2.. saya kerja kat sek pn (guru ganti)..k*****i wat hal plak..so, hope u wife x dapat k*****i macam tmpt saya keje..hasilnya..saya x dapat gaji smpi sekrang..sila tepuk tangan untuk badan kerajaan..

azie said...

ko jangan lupa tuntut kat akhirat. biar derang rasakan. ak pun nanti nak dakwa perpustakaan ump dan staffnya skali kat akhirat nanti. panas2..

Sepupu Gondol said...

lu punye kabel nak masuk upsi ada lagi tak?

Anonymous said...

cakap memang senang x suma bahagian mcm tur..wa kejer gomen kejer separuh mati nak beri terbaik utk rakyat tapi rakyat x dapat apa dia nak tau nak marah maki hamun x bersyukur langsung nak senang jer suma nak golek sampai depan mata barulah nak ok....

Anonymous said...

kerajaan mmg bodoh dan lembap..org tepon duk pass2..igt bola ka nk pass..dh la pass cm sissoko..klaw pass cm cesc ok gk..hehe..bro, gua x maafkan mereka2 itu..

hilman.fikry said...

kerajaan pundek.

Munirah Yahya said...

gomen staf ramai kumpol lemak je kot.buat simapan tuk musim sejuk.nt kn musim tengkujuh da nk sampai.:p

Guru said...

assalammualaikum

quote "Terima kasih brader kementerian kerana membangsatkan kami selama satu tahun"....

baru nak masuk 'pintu ' dunia cikgu, dah terasa diri bangsat ya... belum lagi rasa bila dah duduk 18 tahun dalam dunia kami orang ni... ijazah cikgu ngan pegawai kat kementerian sama je, tapi bila duduk kementerian, pandang ngan kita kalau nak berurusan macam kan pandang peon je...

selamat menyabar untuk bini dan suami dalam kerenah birokrasi MOE...

kupaslaroren said...

lar lu cikgu ke bro..baru lagi??
bukan nak cakap apa lar selalunya cikgu ni diorg tak paham hal-hal pentadbiran. Serius cakap. mengajar je diorg reti.

tak pe bro..

lepas lu dah bosan mengajar..try mintak kerje opis lak ye. Jadi salah seorang pegawai di Kementerian. Masa tu lu tulis ntry pengalaman hari pertama sebagai pegawai di kementerian.

(wa berjiran dengan opis yg lu maki ni. kalo nak mintak tolong jgn segan2 ok) =)

kupaslaroren said...
This comment has been removed by the author.
kupaslaroren said...
This comment has been removed by the author.
Nur Wajdan said...

Salam.
nasib baik kak tak gheja bhgn customer service ni. kalau tak free ja kena maki dgn korang. Congratulations dekat ur wife. dah masuk 1 community dgn kak. keje mengajaq ni best giler. tapi tak best nya bila dapat student penyegan nak mampuih. org suruh buat latihan makmal, depa bantai pi YM la, MSN la, dan tah apa bala lagi tah... tensen... err.. jauhnya bayaq zakat. sampai masjid zahir tu? biaq betoi..

Sang Harima said...

kalau bini lu jadi ckgu? sapa nk jaga fateem ngan adik dia..? tak kesian kt mereka ke..?

mrs shaifull said...

ni lah yg gua malas ni, dek kerana nila 40 titik, rosak susu satu belanga, next time wa nak pesan kat kawan2 kat sini, kalau nak call mana2 kementerian, ni tips tau, sila mintak bercakap ngan pa pengarah bahagian yg berkenaan, sure pa tu x berani nak berlebih kurang, try pasni

Azrul Hisham said...

tahniah la sebab bini lu berjaya jadi cikgu....

Anonymous said...

tahniah jadi cikgu
kalau dah mengajar tu nanti kena banyak SABAR
budak2 zmn sekarang tak macam zaman dulu
ramai dah kurang HORMAT ngan cikgu
jumpa cikgu pandang cam cikgu tu budak2 je
cakap ngan cikgu pun langsung TAK PANDAI BERBUDI BAHASA
anyway, welcome to the club...

Anonymous said...

Pisangemas81

Salam....

Kepada semua yg kutuk2 org kerje kerajaan @ bakal berurusan:

Tips :

1. Bila call...pastikan tanya nama org tu, unit mana..

2. Bila nak maki@ komen@ ngadu kt blog@newspaper..pastikan sebut nama org tu...nama badan kerajaan tu...X yah selindung.

3. Pastikan anda hantar makian tu ke blog yg ramai pengunjung,kt surat kabar lagi bagus.

4. Kalau dapat cari laman badan kerajaan tersebut. Buat aduan kt situ. Lagi bagus hantar aduan kt Ketua Pengarah dia skali. Jangan kesian.

Semua nasihat kt atas dah saya amalkan dan kesannya amat menggalakkan.

Bukan aper..saya pun kerja badan berkanun..dibayar gaji dgn wang rakyat gak.....org2 sampah mcm tu mmg kena AJAR. jangan malu dan segan utk MENGAJAR mereka.

noorafzan.blogspot.com said...

malas nak pikir..

'lu pikir la sendiri'

ditujukan khas kepada pihak2 yang berkenaan..

Days said...

kes cenggini yg buat gua strt panik nak teruskan jadi cikgu nih..

puterajejawi said...

penulisan yang menarik..sedap dibaca sebab itulah realitinya kehidupan...terutama di kementerian pelajaran...pengalaman saya dapat guru cemerlang..lepas tu ada kawan cakap pi la telefon depa..sebab kawan i dulu dapat macam u la...masa dapat guru cemerlang dia dapat pulak timebase dg44 yang tarikhnya lebih awal...last2 kawan i tu dapat dg48..melopong pengetua dia..saya cuba dekat 10 kali call tak dapat2..sampai kata dalam hati...%$#@+ punya pegawai...mesyuarat la..mandikan kucing la..apa la..awat tok nek dia punya ke kementerian pelajaran tu...sabaq2

Anonymous said...

org yg terbaeeekkk je skali interview dh dpt...lu pikirlah sendiri bro!!!xperlu nk salahkan org lain!!!!

Anonymous said...

Korang...kutuk gomen..itu ini ituini .. tp bini hang tu jadi cikgu gak,bukan gomen ke?

aku harap bini hang jadi cikgu/org gomen yg terbaik sk

nohard feeling bro..