Projek balik Kampung atau brand singkatannya PBK adalah proses pembalikan gua ke kampung.Bermula dari stage mengemas baju ke dalam bag sambil terkial kial mencari butang baju melayu yang misplaced, sampailah gua memunggah semula bag yang sama untuk mencari ubat gigi..ahh gua nyanyi sepam lagu DEWA 'Ubat gigiku tertinggal di Tanjong Malim'..suara gua pun jammed tak boleh nak tune ke ahmad dhani..dia punya alunan berat hala ke Anuar Zain yang menyanyi nak mintak makan kerna perut kosong.Pantang dekat Hari raya, dengar la suara Anuar zain mintak makan,macam takdak hari lain dia nak mintak makan.
Perjalanan dari Tanjong Malim ke Sg Limau Yan bukan kerja ringan macam naik moto pergi pasar ramadhan.Dia punya tahap rumit macam gua interview nak kerja Google tahun 2004 dulu,bangsat punya susah!.Sedang gua berada di atas hiway SammyVelu, belum sempat gua khusyuk berzikir, gua dapati dah ada kereta MyVi berkelahi dengan kereta Viva di kiri jalan dekat exit Sungkai.Patah riuk juga gua tengok si Viva kena balun. Jenis perangai tak reti nak bermaaf maafan dihari raya.Atas jalan raya pun masih lagi nak bergaduh. Gua malas leraikan.
Perjalanan diteruskan lagi dalam cuaca panas rembang hampir memasuki waktu sembahyang jumaat. Radio di kereta adik gua tengah syok petik Rock kapak.Untuk rekod, kereta adik gua adalah gabungan teknologi Mivec dan Mitsubishi, lalu lahirlah Satria ber-ekon barai yang hanya menyakitkan hati penumpang macam gua dan anak bini. Panas rembang di luar langsung takde nak bagi kesian kesian.Kalau gua tahu macam ni punya hal, baik gua pandu moto ex5 saja, dapat juga gua merasa libasan angin luar.
Keadaan jalan Hiway yang tak sihat juga mendukacitakan rakyat marhein macam gua.Pembedahan Hiway berlaku di sana sini tanpa ada kawalan.Gua tak tahu lah apa sebab Hiway utara selatan ni kerap kena bedah.Gua nampak dia sihat saja.Lepas bedah tampal semula.Minggu depan bedah lagi,tampal balik.Takda rasa kesian ke?.Akibatnya, bermasam mukalah kawan kawan Satria adik gua seperti Toyota Alphard, BMW coupe, Mazda 6 dan Honda Transformer kerana terpaksa memandu macam kena Q roadblock di kelajuan 50km/j.Pakai kereta besar,gagah,kukuh,laju,ada DVD player,ada Triptonik segala jenis...tapi hebat mana pun kereta,dalam situasi balik beraya, tak boleh juga bertarung dengan moto Yamaha 125 yang merempit tak payah pandang belakang. Gua jadi insaf memikirkan hal demikian.
Walaubagaimana pun, dalam keadaan rumit macam tu, masih ramai bastard bastard berkeliaran. Gaya pemanduan mereka lebih bertemakan perjalanan ke neraka jahanam berbanding tema perjalanan balik ke kampung.Otak manusia ni, bila letak dalam usus besar, jadi macam tu lah..banyak tahik.Hasilnya, lahirlah pemandu bengap yang hanya ada kote atas jalan raya namun gagal bereksi di atas ranjang.
Untuk pemandu pemandu sebegini, gua ucapkan 'Selamat hari Raya, moga roh lu orang nanti dicucuri Rohmat'.
Hampai mencapai destinasi, gua berasa sedikit kecewa kerana makwe makwe tol di Sg Dua bukan lagi makwe makwe yang hendel.Ramai brader brader saja.Menangis juga gua dalam hati.Pakai smart smart dengan spec mata hitam haram takde makna.Cilakak!, buat penat beratur panjang terkial kial.balik nanti sumpah gua paksa adik gua beli kad sentuh dan berambus, senang cerita. Gua pun nak pergi laju juga.
kira dalam pukul empat petang, kami tiba di Sungai Petani.Gua singgah menginap di hotel mewah.Memang gua rancang malas nak tunjuk muka awal awal dekat orang kampung.Biar saspen sampai pagi raya sampai depan rumah naik lori eskrem.Iklan boring takde stamina..cehhh..
Selesai membereskan hutang tol di Tol sg Petani selatan,
Gua jengok jengok ke Pelita nasi kandar, macam tiada pelanggan..hah, ini peluang drive thru!
"Mamak kasi lauk ayam goreng sama kuah campur..bungkus dalam plastik hitam aaa.."
(Ketika entry ini ditulis, Projek Balik Kampung gua masih sekerat jalan..tesangkut di sg Petani)
18 Nasihat Ikhlas:
hadiah Allah pd org yang musafir.. selamat beraya bro..
Lu kat mana ni?, malaysia ka woii?
hoo..org kedah ek?
ok..selamat balik kg..
lu jumpa tak lailatulqadar lu?
selamat pulang..
enjoy ur ride..haha~
mai sg petani awat x singgah umah ak..haha..len kali singgah..
Kedah tu takdelah jauh sangat.. boleh lagi kot kalau nak pose..:) zaman nabi dulu berjihad dalam keadaan masih berpuasa. Alhamdulillah, menang.
ps: apa pun, hak masing-masing..:)
selamat balik kampung ye! waaa...best...pengalaman dah dijotkan di sini:)
yang penting anda bersabar semasa memandu ye:)
selamat pulang ke kampung
hati2 dijalan raya
salam aidilfitri
sekarang dah xde nye musafir2..
dulu boleh lah bro..
org balik kmpg naek unta~
skrg semua dah ade kete,bus~
xpenat mane pon~
=D
haha. samat balik kampung!
mamat ni pegi tupai2 aritu pun tak pose..
kalo fateem tau lu ske drive thrue,
ape katenye nnt kn....??
huhuhu
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.
p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
slamat ari raya..hehe..
singah Merbok dulu
kahkah..lucu cara lu menulis..gua terbahak2 sampai kuar seketul dua darah beku dari otak aku ni..timas2..terhibur gak..jarang nak cari blog yg suke menulis gunakan laras bahasa pelik ca ni..yg bnyk jenis serius..bereh..
owh ko ddk yan ke....
kalu tau bule la jemput fateem g umah. fateem ye,ko tlg anta. haha!
Post a Comment