Tuesday, September 15, 2009

Gua mana ada buat salah

Gua dekat opis ni, baik pulak CEO bagi kompiter gua menerjah masuk blogspot.Alhamdulillah.

Sebelum internet konektion diputuskan tanpa belas kasihan, gua nak amek kesempatan membuat sedikit ucapan hari raya pada lu orang:

Keluarga Gua
Adik gua yang menetap di Otago, balik la tengok kami yang sangap di Malaysia ni.Tak kesian ke tengok ibu dan ayah yang semakin tua?,(Kalau balik bawak sekali jersey jersey Rugby yang melambak gua pesan, jangan buat buat lupa!) Adik gua yang belajar di Tronoh..rilek rilek sudaaahhh. Bini gua, Fateem,Faseeh - Tahun depan je la kita beli baju raya ye?,Kuih tart gua dah belikan dua balang.Jangan makan sampai habis!, tinggal untuk raya sama.

Kawan Sekolah Rendah Matang Gerdu
Kerol Faezi, Azli Adnan, azli Hisyam, mazniati, Alif Aizeck, Jali thesmartboy, siput belitong, Mizan, Shahrizan Haron, faezah, zawiyah, Chaon, egoi dan sapa sapa budak Matang Gerdu yang baca blog gua.
Ucapan: Jangan jadi macam Kerol Faezi, gua baru dapat nombor telepon dia dari cikgu Saejah minggu lepas.Lima belas tahun gua tak pernah jumpa Kerol faezi nih. gua sms dia tanya "Kerol Faezi, lama gila tak dengar cerita,lu buat apa sekarang?". Dia balas sms gua dengan pantas "Aku tengah makan pasembor,baru balik terawikh". Sumpah gua taknak sms dia dah sampai bila bila.Perangai menyakitkan hati.

Kawan Sekolah Agama (SMKASAS)
Ramai gila..gua tak larat nak petik nama sorang sorang.Semua baik baik dan beriman lagi menjawat jawatan Ulama' belaka.Pada kaum perempuan, ramai juga gua dengar jadi Ustazah.Alhamdulillah..berkat kepimpinan gua dulu, menjadi juga lu orang ye?.
Ucapan: Majlis Berbuka Puasa tahun ni tak jadi.Jangan salahkan gua, salahkan orang lain.Tour De Raya pulak macam mana?, sapa pulak nak buat tumpah air sirap dekat rumah makwe makwe?, Jenis pegi beraya macam nak pegi merompak.Patula ada kes kawan kita kunci pintu tahun lepas.

Kawan Sekolah Agama (KISAS)
Pargos, Tareng, Paknan Dalbasalbada Merican, Muhaimin, Roshaimi, Radhi, Bob, Gaban dan ramai lagi penjenayah penjenayah yang berjiwa besih, juga tidak lupa pada makwe makwe tudung labuh kelas Agama 9.
Ucapan:Gua tak dengar lagi budak budak KISAS batch gua ni yang jadi Mufti.Apa lu orang buat ni hah?, belajar Sijil Tinggi Agama bukan main semua yee..semua nak pulun 'Mumtaz'. Yang jadi ustaz dua tiga kerat saja,AstaghfirullahalAziem...

Kawan University Tronoh
Pun sama juga macam kes kat atas atas, gua tak larat nak petik nama.Nanti kalau ada tertinggal kecik hati pula.Sapa sapa duduk belah utara, tunggu gua datang sana raya nanti.Jangan buat buat sibuk bakar lemang pulak masa gua datang beraya..
Ucapan: Jono mana kad kawen lu gua tak dapat lagi?, macam taknak gua datang kenduri saja perilaku lu nih.Budak budak Liverpool, Arsenal atau Chelsea (mesti ada cendawan baru yang sokong Man City,), selamat berebut tempat ke dua.Alahh macam season season lepas jugak la.

Kawan Bloggers
Ini lagi ramai..pengsan gua kalau tulis nama sorang sorang. Sapa sapa yang lalu lalang Tg Malim, gua ada rumah hari raya ke tiga.Datang saja jangan nak segan segan.Gua jamu keropok.
Ucapan:Ahh..fateem kecik hati dengan lu orang.dah dekat seminggu satu haram kad raya pun tak sampai kat dia lagi.Haritu bukan main lagi ye lu orang, gua kira kira ada dekat empat puluh orang kata nak kirim kad raya, itu tak campur lagi kawan kawan orang putih gua.Ada tiga hari lagi posmen boleh kerja.Lu orang dengan Fateem ni nak kira macam mana sekarang?

Apa pun,secara Overall, gua nak kata:
SELAMAT HARI RAYA... gua mana ada buat salah kan?

35 Nasihat Ikhlas:

-aPi- said...

pergh,
awl lg kot lu wat ucapan....
huhuhu..

anyway SALAM AIDILFITRI gak wat lu and keluarga....

Siti Nur Aminah said...

eh..da tukar gmbr profil..(xda kait..).....slmat rye gak...tnjung malim ngn ipoh jauh..bek gi kl

Unknown said...

kata tak mo letak gambar sendiri...dekat2 raya publisiti lebey sket kot ami..hahaha
pidomat : ai tak termasuk antara y janji nak kasik kad kat fateem tau..

Unknown said...

ucapan pjg giler...kalo jadik PM tah camne la gaya nyer...

Anonymous said...

aku pun tak dapat kad raya lae... camne nak recycle kad raya tu kat fateem?

CosmicMalaysia said...

ni gua nak wat iklan. nak harap lu tempek iklan, memang haram. lu kena support iklan gua, kalo tak cmne mau byr duit lu?

Hello fellow joyriders! We have superb news for you! Cosmic will be joining the über cool Bijou Bazaar's Wednesday Berbuka Rendezvous this Wednesday, 16th September @ Capsquare.
Come, let's all have our iftar together! ... and of course last... minute raya shopping with us...we have great bargain too!
Check out http://bijoubazaar.blogspot.com/ for more information.

FdausAmad said...

Anak gua mintak royalti sebab guna gambar dia..mati la gua nak bayar, mana gua ada duit banyak banyak.

.:fifi:. said...

kekekeke yla xd wat slh...

. said...

aku ada usha kad raya kat ccy semalam.tapi takde yang cun.takde la aku beli.

iYda Juhar said...

ler. kad raye dah siap. aku nunggu ko pos kan setem ke sini. aku mane ade duit nak beli setem. huwarghhhhh.. sob.sobbb

Firdaus said...

on the way gua balik teluk intan nanti sempat gua singgah. kalau tak sempat tu maknanya gua singgah sungkai mandi air panas.

^!~ DuCk ~!^ said...

Perghh..Lu skOlah agaMa ke dLu..?
cmni ke produk skoLAh agama? HAhaha..

Mmg antara Ustaz2 yg berkebOlehan meNULis bLog ar Lu ni..
wa cayA saMA Lu..

sLamat ari rAYe beb..~!
tuLus ikHLas dari Hati..Ke KUih raYa.. HAhaa..

oranglidi said...

berani tunjuk muka skang lu ye?

azie said...

dah lama x bukak page ni..fateem nak kad raye ye, kalau yang recycle boleh tak? hehehe..

selamat hari raya kepada fateem, en. fdaus n wife tersayang.

jo said...

bagi ucapan raya macam nak bagi wasiat..

mdikhqoi said...

lu skol kisas ke dulu.
wa kisas gaks spm20000

lu atas gua ker?

balqissy said...

slamat raya ^.^

Unknown said...

dah siap, tinggal pos je lagi. tunggu fateem nangis dulu baru kad tu sampai~

Anonymous said...

akhirnya.....gua dpt jugak tgk muka fdausamad..fuh...baru la tras lega..hahaha..smart gak lu ni kan??patot la anak pon lawa..piiwwit..hehe

nmz said...

wah..cepat juga ucapan nya..hmm,tak lama lg pun kan

salam aidilfitri juga.smoga raya kali ini bermakna buat anda sekeluarga.

MAYisabeau said...

selamat beraya..kad raya ilek la..tade bajet..

.o r k e d. said...

sila amik kad raya di page orked (:

okedkama said...

gua da hanta..baru ptg tadik..kad 40sen stem 50sen..

gua nk troskan misi oked dimana mana..

kepada luca: gua mintak alamat lu tanak bg kan?padan muke lu

Anonymous said...

kalo jd PM...ayat trademark "Gua Tak de Salah Apa2 kan?" confirm byk parti pembangkang :p

lu mmg xde salah...tp gua maafkan salah2 yg bakal lu buat ahaksss....

langkasuke said...

lu insan paling banyak wat salah ngn gua.. ni nak kira mcm mana ni..

Jacques said...

Selamat Hari Raya, Bro. Gua suka tulisan lu. Dah jadi kipas-susah-mati pulak kat blog lu, bro.

Selamat Hari Raya jugak buat Fateem dan isteri lu.

ayobkelubi said...

"semat ali aye" - ucapan dari ain safiyyah (anak dara gua) untuk fatem farhiyyah.

kunang kunang said...

takpelah fateem. taun dpan je org bg kad raye
haha

Anonymous said...

Selamat Hari Raya dan hari-hari selainnya. Selamat Dunia dan Akhirat.

lalink7 said...

awal tul nak raye..
sabo jerla..
fateem pandai bace ke kalu hantar kad? huhu
slamat ari raye kembali..

azrie hafiz said...

Fulamak, lu daerah + sekolah kt klang tuh same wa la. selamat raya.

Guru said...

assalammualaikum

ya syeikh fdaus...

selamat hari raya ...
selamat panjang umur sekeluarga, murah rezeki, kuat iman, bahagia dunia dan akhirat.

kirim salam comel kat fateem n baby,
rasanya makcik ni tak pernah janji nak beri kad raya, so takda salah n silap lah ya...

lel said...

selamat hari raya~~

Anonymous said...

eh2..
gua ade anta la..
tp gua ase salah alamat sbb awek gua plak yg dpt kad raye utk fateem..
perang dunia ke-3 la gua dgn awek gua.
cehhhh....hampeehh...tobat gua xbg da kad raye kat fateem...

piNky LuCiA said...

selamat menyambut hari raya aidilfitri. maaf zahir batin..