Sunday, September 27, 2009

Hari Ini Di Sebuah Hospital

27th september 2006

**************
Hari Itu,
Gua bangun tido awal,
Tapi bukan dari tilam TOTO rumah gua
Gua bangun dari tilam hospital,
Dada gua berdebar debar keghairahan..

Hari Itu,
Gua mandi cincai,
Fikiran kucar kacir,
Ada naluri kerisauan,
Hati gua gundah gulana tidak ketahuan..

Hari itu,
Gua cakap dekat bini gua,
hampir seribu kali..
"Rilek beb..rilek"
Walau gua sendiri, sebenarnya tak berapa nak rilek..

Hari itu,
Gua prektis baca baca selawat mana yang gua tahu,
Gua tulis sms siap siap bubuh dalam draft
Jiwa gua ada cakap:
'Lu kena doa banyak banyak brader'

Hari itu ( masa ni dah tengahari)
Gua Azan
Gua Selawat
Gua cakap Alhamdulillah banyak kali
Debaran gua lebur,
Hati gua tenang
Jiwa gua aman,
Gua hantar sms..
"Geng,bini gua dah selamat beranak..anak perempuan,anak dan ibu sihat..lu orang datang sini nanti jangan lupa bawak hadiah"

Hari itu,
Gua memeluk jawatan baru,
Menjadi Bapak!

*Amacam sajak gua?, ada bunyik sajak tak?
*************

27th September 2009
Selamat hari jadi yang nombor tiga unutk FATEEM FARHIYYAH.Dah umur tiga tahun ye anak ayah ni.Semoga menjadi anak yang baik baik.
Ayah nak pesan,
Kurangkan isap susu Dugro, kurangkan Tom Tom Bak, kurangkan Hagemaru, kurangkan Putera Shazlan, kurangkan Kepten Bolehh..dan kurangkan main masak masak.
Banyakkanlah berzikir dan membaca buku..baru boleh jadi cerdikk,paham?

Ok,
Mai kita nyanyi ramai ramai:
"Selamat hari jadi...Selamat hari jadi..Selamat hari jadi Fateem Farhiyyah..selamat haaaarrriii..jaaadiiii!!"

p/s:Besday parti??, tak payah la..makan kuih raya je pun cukup, banyak lagi tak habis ni

20 Nasihat Ikhlas:

pari pari syurga said...

heppy besday fateem!
aunty doakan fateem besar nanti jadi gegurl yg cun... hahahahaha.

nak hadiah ape ckap jer....
semua tu mintak kat ayah fateem yer sayang.....
duit raya ayah dh bg ke belum? klau belum mintak kat ayah jugak.. mintak lebih sket.


sekali lagi...
heppy besday fateem!


ehh.. lupe. mmmuuaahhh... muuuaaahhhhhh...


*lu tlg smpaikan peluk cium gua utk fateem yer.. hahaha.

[ o k e d ] said...

fateem,

bykkan minum susu enfagrow.. banyakkan sin chan, bykkan ninja boy, bykkan afi dan abah, bykkan geng bas skolah,

api said...

pergh....
da bleh hantar kat utusan sajak2 ko tu...
huhuhu...

ank ko da besar,
mst makin berat tnggongjawab lu,
lu jngan amik dwet raye ank lu wat open house tau.....
hahahaha

anyway,
happy besday tu fateem yg sngat2 comei2....

bungacahaya said...

Selamat hari jadi fateemmmm

Cepat besar cepat boley baca blog abahmu

shakinah said...

hepi besday fateem!
belajar rajin2.
smayang jangan tinggal.
jgn contohi ayahmu.
haha

langkasuke said...

gua doakan hidup anak lu diredhai Allah termasuk lu sekeluarga..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

ingatkan dapat baby lagi.tak prasan ada tarikh yang berbeza.hehe..

Selamat Membesar FATEEM FARHIYYAH~

al-mankaraqi said...

heppy besday fateem!

semoga besor nanti ko jadi MB Perak

cHeRyNa PiReS said...

Aunty Sha pesan:

Kuatkan minum susu dugro. Sebab Aunty Sha dulu keje kat tpt Dugro tuh. Member2 sume kat situ...so, lagi banyak Fateem minum, lagi banyak keje kawan2 Aunty Sha. Hehehe.

And Fateem,
Jangan lupa sokong Liverpool ye...!
(habis ayah dia marah...tp itulah tujuannye:p)

iYda Juhar said...

hepi besday to u..
hepi besday to u..
hepi besday to fateem..
hepi besday to u..

semuga panjang umo dan murah rezeki. sentiase jadi anak yang solehah sentiase.

nota : soh la bapak wat party ye...heheh

Luca De Ketiak said...

nak duit raya bukan?
dtg opis gua.

Bainun Waheeda said...

Selamat Hari Jadi dak Fatem Farhiyyah..


Hagemaru memang bes walaupun budus..hahahaha

Metamorphosis Boy said...

Selamat Hari Jadi Fateem..semoga jadi anak yg solehah..dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..

Schalfyzcha said...

Wah. Befdei anak ko lewat dua hari je dari aku. Takpe, pesan kat Fateem, tak yah kurangkan isap susu Dugro, xyah kurangkan Tom Tom Bak, xyah kurangkan Hagemaru, bla bla bla sebab insyaallah bebudak yang lahir bulan 9 ni mmg dah semulajadi bijak, kreatif dan insyaallah mulut jenis tak reti nak diam pun ada juga.

ps: Lu dah boleh start didik anak lu jadi Perdana Menteri.

Schalfyzcha said...

eh lupa. Hepi befdei fateem! Bila besar nanti budak baik okeh?

nmz_7890 said...

wah2
happy birthday fateem farhiyyah!
semoga panjang umur..:)
dah tiga tahun dah.laju dah cakap ni..layann je fateem.hehe

abdullahjones said...

tahniah! ini bukan sajak. ini belagak dapat anak.harkhh! ptui!

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

abuyusof said...

kalau lu kata itu sajak.. tiada orang yang layak kata itu bukan sajak.. tidak juga aku.. tidak juga abdullah jones.. tak perlu sumpah seranah itu..

lepat said...

happy befday fateemm...kang besar nnti jgn jd cm ayah fateemm....keja memblog je kejenyaa