Monday, August 31, 2009

Penipuan Kecil dibulan Ramadhan

Kelmarin,gua mendapat satu sms dari Salman Khair.

Salman Khair adalah kawan gua semasa di sekolah agama dahulu.Beliau amat handal berbahasa Inggeris.Bukan setakat beliau,adik adik beliau,emak ayah, saudara mara semuanya handal berbahasa Inggeris.Tak pernah duduk England, tapi Salman punya handal boleh menangis rakyat England kalau dengar.

Gua masih ingat masa periksa akhir tahun tingkatan dua kertas Bahasa Inggeris,satu soalan tanya macam ni:

It's time to _____. Arif packs his stuff before leaving the hotel.

a) going out c) move out
b) check out d) run away

Gua yang klem diri sendiri sama taraf dengan Salman menjawab c).
Lepas keluar dewan gua tanya Salman,apa jawapan beliau.Salman kata dia jawab b)

Kahkahkah...gua gelak gila bila tahu Salman jawab 'check out'.Gua terang pada Salman dalam nada menyoal..

"Woii check out ini guna masa dekat Bank la..apa kaitan check dengan hotel pulak?,kena guna check ka masa bayar duit hotel?,kahkahkah..gua sambung ketawa.Puas hati gua dapat kantoikan Salman dalam arena Bahasa Inggeris.
Siap masa tu ada tiga empat kutu lagi backing gua dari belakang.

Salman balas pada gua dengan penuh ketenangan:
"Jom kita tanya teacher Muazzah". "Jom!!"-gua balas pantas.

Nak expect apa?,teacher Muazzah sekolah orang putihkan gua secukup rasa.
Lepas pada hari tu,gua berenti baca komik HongKong,gua lebih beradab membaca Reader Digest.Kalau baca majalah hiburan pulak gua pilih GALAXY.Dengar radio cenel HitzFM,tengok TV semua cerita orang putih,gua kurangkan nasik lebihkan burger,lamb chop dan KFC.
****

Ok bebalik pada sms Salman Khair.Salman ajak gua datang kenduri kawen dia dekat Ipoh pada 8 syawal, sambil sms jemput kenduri sambil mintak nombor telepon kutu kutu lain. Ahh..bab ni gua lemas sket..blackberry bold 9000 gua mana boleh send bisnes kad woiihh!!,kena salin nombor telepon balik tekan satu satu menyusahkan macam jahanam.Gua tengah ber-sai'e di pasar ramadhan masa tu,jadi gua kata dalam hati.."nanti nanti lah..tengah sempit sempit ni,payah!".

Sedang gua meninjau jualan jualan sambil mengusha makwe makwe UPSI yang berhimpit himpit di pasar ramadhan,henpon blackberry bold 9000 gua sibuk bebunyi.."Salman".Gua tak angkat..gua tau dia nak suruh gua hantar nombor budak budak yang dia mintak tadi.Jenis taknak bersabar.Gua melangkah berhati hati mengelakkan pergeselan bukan muhrim.

Tak lama lepas tu blackberry bold 9000 gua berbunyik lagi.Masih juga Salman.Gua tetap tak angkat..Kalau cakap pun bukannya boleh dengar.Gua di pasar ramadhan bukannya dalam opis tulis blog.Dia tak tahu ke pasar ramadhan punya sesak sama saja macam berdiri dalam LRT masa balik kerja,pernah lu orang nampak sapa sapa cakap henpon sambil pipi dia melekat kat tingkap LRT?,sesak macam tu lah.

Baru lima enam tapak gua melangkah,poket kanan seluar gua begegar macam tadi jugak."Salman lagi!"..Bloody Hell!! Gua dah pissed-off tapi gua tenangkan hati. Tak boleh jadi ni.

Gua keluarkan diri sendiri dari kesempitan hidup lalu berdiri tepi gerai kebab,ramai makwe di situ.Gua tekan tekan butang henpon,sms khas untuk Salman yang handal berbahasa Inggeris.

"Bro, i'm Driving now, i cannot pick up call while driving..call me back after 1 hour".

Gua sambung berhimpit himpit di pasar ramadhan dengan tenang sambil bersiul lagu Hari Raya.Peace Upon Me..

****
Notakaki:
1.Salman tak call gua dah lepas tu.Lu orang rasa rasa Salman kecik hati tak gua tipu dia dalam bahasa Inggeris macam tu?
2.Ohh lagi satu..Sekarang gua dah tahu bezakan check dengan cheque.Bahasa Inggeris gua tak koman dah.heh.

44 Nasihat Ikhlas:

chentaMAYA said...

myb salman terlupa nak call lu balik!
hee~

sharamli said...

rajin plk taip sms pjg2..

Anonymous said...

bro kecik2 dah pandai berurusan dgn bank dgn megunakan cek Fuyoo! dasyat! hehe..

Mimie.Candy Cane said...

aku pun baru tau bezakan check dengan cheque lepas bace entry ni..

.:fifi:. said...

hhahaa..
ape la..
salman terlupa or de kgum mlihat anda mereply dlm bhasa inggrs..
hihi

Luca said...

bro,
gua tak penah jumpe salman kat mane2 kenduri. so, lu tau la apa jawapan gua kan?

mazhad said...

lawak gla...

Kaseh said...

entah2 dia nampak lu kat PARAM tu kot..pastu lu kelentong kata lu tgh drive.. haha sebab tu dia tak callback

Luca DK said...

"Tak lama lepas tu blackberry bold 9000 gua berbunyik lagi."

ayat lu ni macam ayat novel ahadiat akashah ja gua baca.

lu crite la, lu pakai baju brand apa, suar brang apa, kasut brand apa. sapu tangan jangan lupa.

baru ahadiat akashah sejati beb!

lel said...

memang kecik ati
call tak boleh angkat
mesej boleh taip
tak patut tak patut

Anonymous said...

call xleh jwb tp leh lak taip msg pjg2... mau x kecik ati si salman tuh??

Guru said...

hati semua orang kecik
baca citer ni
gi pasar ramadhan
tak ajak...

salman tu
mesti berdiri belakang awak
masa
awak sms tu..

syahidahariff said...

kalo kecik ati masa kenduri nti lu dtg la mintak maap.haha

fizzahyahiya said...

Mungkin salman tengah selak kamus untuk reply sms lu yang berbaur london tuh.

nota: terer dulu tak semestinya terer sekarang. Dunia berubah, BI Salman pun mungkin sudah mengalami era gerhana. So berilah beliau sedikit masa lagi untuk menyusun ayat paling kemas untuk lu.

oranglidi said...

celaka. cek dengan cek pun boleh tukar. ape kena lah lu kat skolah agama dulu. sibuk berwirid agaknya. hahaha!

xpe2, lu membohong sunat kat beliau.

bohong sunat dapat pahala kan?

oranglidi said...

ni apehal word verification wa kena tulis 'parit' ni??

lu bukan duduk tanjung malim ke?

zf_zamir said...

bro, gua selalu ada situasi mcm lu..

kwn ni nama je kawan, kdg2 xfaham bahasa gak..

kdg2 celake gak..

mcm lu buat celake kt salman, hahahahahah

word verification lu susah la bro..bukan boleh bagi tambah pandai english pun..

celake, hahahaha

am_am_am said...

aku rasa, si salman tu nampak ko kat pasar ramadhan tu kot. pastu ko tipu sunat dia ckp ko tgh driving. kalo aku, terasa ati la weh. kecik ati. sampai ati. macam2 ati lg. huh.

jo said...

dah la semalam ponteng..ni hari tipu member pulak...bila lu nak dapat puasa yg barakah ni??

hahhaha...

okedkama said...

luca: lu bace novel?gua impressed!!!

langkasuke said...

dah berapa hari lu tak puase ni?..

kahkahkah..

balqissy said...

aku rase salman dapat kesan grammar ko ada sket slack. cuba check, ok? heh~

Nadzirah Idris said...

Aku nak telan kepsi je lepas ni.
baru boleh eksen spiking inglish.

Chenta said...

Hehee..

penuh bergaya speking. kann kann...

intan.maisarah said...

sian salman..

sure dye pastu hentak hentak phobe dye sampai rosak

.::WaNiE::. said...

mestila salman tak call balik..ko kata driving xleh angkat call..yg ko pi sms tu buat apa.. driving bleh sms?? logik tak logik tak? sengalllll

faizah said...

haah la, sms mase drive lagi bahaya. x logik la penipuan tersebut. hihi;p

ohmiena said...

aku rase pon die ade kt bazar tu.. kau ckap kau ngah driving je terus tawar hati die nk layan kau.

Ivy Metaga said...

hahaha..nampak sgt kantoi, tak leh angkat call tapi bole pula sms hahahahaa...

Family Memoirs said...

Salam,
Hahaha, lucu adik ni. Check ada beberapa makna. Satunya keluar dari hotel lah. Satu lagi ejaan untuk cek bank dalam American English. Cheque tu ejaan dalam British English. Check jugak makna semak (menyemak kertas soalan contohnya). itulah indahnya hidup, kita belajar sepanjang masa sampai mati. Berbalik kepada soal Salman, mesti dia kecik hati, dah call dia semula ke?

RinnAzrinah said...

lu x patut laa bro...... mana tau salman ada hal penting nak bgtau lu....

Unknown said...

check lain, cheque lain. jadi salman khair dengan salman khan sama ke lain? huahua.. xD

bungacahaya said...

PEACE bro!

a little less conversation said...
This comment has been removed by the author.
a little less conversation said...

wa xtau la ati salman kecik ke x..kne suh die operate dlu r tgk bp saiz ati die..haha

mgkn salman da dpt smua no2 die nk..tu psl r die da kol lu..lu pn msg la die blk nk no lg x pkai lu punye pe brand tepon lu tu tnye..haha

Rozanna binti Rahayud-din said...

tak kecik hati
cuma dah malas nak layan
nampak sangat tamau tolong
:p

baek gua mintak tolong member laen je.

kunang kunang said...

huhu nice blog anyway
thanx for inviting me over!

iLa SindaReLa said...

ok..
dah lepak..
hehe..
menarik gak..

azie said...

thanks 4 invitation. macam mana ek boleh ketemu blog ak yg x seberapa?

dah lepak da ni...bidang kita sama bro, chem eng. bezanya ak x grad lagi..kirim salam kat anak isteri k.

BULLET said...

salam bro.nak jadi follower. tahnx hari tu singgah blog saye.

nuyuljana said...

haha.

tibe2 teringat member sy eja chilli sauce jd chilli source!

:))

lalink7 said...

haha..ku gelak guling2..

FACELESS said...

muhrim tu orang berihram kat mekah tu la..mahram la mahram..mahram baru la yang haram berkahwin..bukan mahram yang halal berkahwin.

jgn pandai bezakan check dgn cheque je..muhrim ngan mahram pun kene pandai jugak..

Anonymous said...

sdsdsd