Ramadhan 1994
"Nama malam tu,kita panggil LailatulQadar"
"Kalau buat ibadat masa LailatulQadar,hah ibadat kamu tak stop dia punya pahala sampai seribu bulan..bukan kecik kecik amal Tuhan bagi nikmat" - Ustaz Samsuni punya cerita pasal LailatulQadar makin mencapai klimaks.
"Masa malam LailatulQadar,Pokok kelapa boleh sujud, air parit jadi beku,angin berenti tiup..langit jadi cerah macam waktu petang,binatang binatang berzikir..Tak ramai orang dapat tengok malam Lailatulqadar,orang orang terpilih saja yang dapat.Kalau sapa sapa dapat jumpa macam yang ustaz bagitau, cepat cepat la doa..mintak apa saja Tuhan mesti bagi".
Saat ini hampir semua budak kelas enam merah muka macam menikmati orgasm. Hebat gila malam lailatulQadar.
Mungkinkah Kerol Faezi yang perangai tak matured boleh dapat?, atau Tuhan pilih Azli Adnan?,peluang juga terbuka kepada Jali the thesmartboy, begitu juga dengan gua,gua pun ada chance nih!.
Dalam hati...
Gua pasang azam..gua mesti nak tengok Malam LailatulQadar.Ya Allah..pilih la gua.Begitulah lebih kurang doa yang gua sematkan dalam hati.Gua sangat berharap.
****
Dua atau tiga hari lepas mempelajari kehebatan LailatulQadar,batch budak darjah enam mengalami kegemparan.Kegemparan yang dashat,kalau masa sekarang macam tu punya gempar konfem masuk Utusan. Kegemparan itu menular ke peringkat kelas darjah bawah bawah,juga merebak ke bilik guru dan bilik guru besar,makcik kantin juga merasai kegemparan,turut serta para tukang kebun dan peon sekolah.Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu Gempar!!
Kegemparan itu datangnya dari kelas gua.Kegemparan itu milik Jali the smartboy.
Beliau sudah menemui malam LailatulQadar!!,
Malam yang sepatutnya gua yang dapat jumpa,atau Azli Adnan, atau Kerol Faezi.Tapi Jali the smartboy yang bertuah.
"Aku bangun nak kencing dalam pukul tiga pagi,aku tengok air kolah jadi beku!!,aku nampak pokok kelapa bengkok sampai ketanah,angin pun tak rasa..kat luar cerahh macam siang!..betol tak tipu!".
"hang mintak doa apa?" - Mazniati juga sibuk nak tanya.
"Aku mintak doa nak jadi alim ulama" - Kemas betol jawapan beliau.
Begitulah pengkisahan Jali the smartboy pada seluruh warga Matang Gerdu.Gua dalam hati simpan kecewa.Kenapa bukan gua yang nak terkencing malam tu?,Kenapa mesti Jali the smartboy?,Arghhh...
Kenangan Jali the smartboy dapat jumpa lailatulQadar terjahit kukuh dalam hati gua selama bertahun tahun sampai gua besar.Gua yakin gua mesti dapat jumpa lailatulqadar satu hari nanti,walaupun tak tahu bila.Bila tiba Ramadhan,atau mendengar kisah LailatulQadar muka Jali the smartboy akan muncul dalam kepala otak gua.Rasa jeles dalam hati tetap menebal.Jali the smartboy dapat pahala seribu bulan,siap beliau dapat jadi alim ulama'...Ohhh indahnya!
Sekitar tahun 2005
Setelah sebelas tahun,gua terserempak dengan Jali the smartboy dekat William Kelana Jaya.Tak banyak yang kami berbual.Jali the smart boy makin smart gua tengok.Lepas ni gua akan panggil dia Jali the smarterBoy pulak.
"Best la lu, pahala lailatulQadar dok berjalan tak habis habis..siap gua tengok ni dressing dah macam Ulama" - Gua ungkit sikit cerita legend beliau.
"Babi lu !" - Tegas jawapan Jali the smarterboy sambil sengih.
Gua pun sengih sama.
NotaKaki:
Terasa nak dye rambut kaler maroon macam Jali thesmarterBoy pun ada.Begitu smarter!!
Cuma part tindik telinga tu gua tak berapa nak ikut lah.Nampak tak semenggah.
Lepas pada perjumpaan bersejarah itu, Jali the smarterBoy tidak lagi ujud dalam mana mana kisah lailatulQadar yang gua dengar.
Cukupla sebelas (11) tahun gua kena kencing..nak banyak mana lagi?
25 Nasihat Ikhlas:
kemas gila story...
wajib jali malu babeng bila lu cakap gitu kat dia..
aku pun hampir di kencing.
ceh
huhuhu..
kaku sbentar klu tdengar kmu yg ley nmpk sgale2nye..
hahahahaha
:P
ulama' rokes tu barangkali~
tak pasal2 dapat babi..haha!
tu bkan alim ulama tu,
da setan nk kena samak ade r.....
hahahaha...
paling hampeh time dia jawab nak jd alim ulama. yakin benor. aku pun tertipu. cis~
hahaha!
tu kira dah jumpak lailatulqadar tu
kalau belum cemana la agaknya?!
buat hal betul budak jali ni.
oh. teringin nak jumpa alim ulama' macam jali. nk no fon?
naaahh.. alim ulama menghidangkan babi sedas! aahahha..
makbul lambat sikit kot.. gua fikir baik je beb..
jali tuh...smarter than budak darjah nam ka?
kuikuikui 11 tahun adalah satu jangka yang amat lama yep hahaha
next time
gua jumpa jali, gua akan pastikan itu ramadhan terakhir dia.
barua betul, kencing tak beragak si jali nie!.
p/s : lu nak jamu gua pun,tunggu raya nanti bang. hehehhe
jadi ulamak btol si smart boy tu! sampai tindik telinga. hahaha
saya hrap saya tidak akan tertidur pada malam lailatulqadar... kerana byk menda yang ingin saya mohon...
pilihan Allah tu tidak mengenal sesiapa... kalau itu rezeki sikutu berahak, maka rezeki dialah... kan kkan...
gile rock habis jali..lu kalu tindik kalu...naNTI bini lu tarik tindik tu sampi darah..amcam....thrill x
hehe. i faham.
cube lu try jumpe jali taun depan lak, mane tau kot2 Allah nak turunkan hidayah pada dia taun depan ke.
lu ni jenis lurus bendul la yek sebab kena tipu sampai 11 tahun?
ala jo pon ape kurangnya senang kena tipu hehe
ini boleh menyebabkan budak budak darjah 1 takut untuk menjumpai malam itu.
rasa macam nak curi cerita lu ni, hantar kat majalah TUNAS CIPTA, hahahahahahahaha
cm2 pn 11 taon gak kna tipu..
hahaha..
tp cite lu mmg sempoi bang...
Post a Comment