Dalam kepala ada juga rancangan lain,menonton wayang di MINES umpamanya.Tetapi keutamaan gua tertumpu pada urusan bisnes dahulu,dan potensi potensi kerjasama yang pelbagai bersama Luca.Kalau perbincangan tak berapa rumit,barulah ke tempat lain.Perlu diingat,Luca adalah bisnesman..takdak harapanla kalau gua setakat jumpa dia hari Selasa nak sembang kung kang kung kang cerita hal Gondol saja.Jiwa gua cepat cepat tune hala ke bisnes bila dah dekat nak sampai Balakong.Entah apa jenis bisnes gua belum pasti,yang gua tahu setiap tutur kata mesti disaluti unsur unsur bisnes atau dalam bahasa glokalnya-perniagaan-.Baru ada wawasan.
Sampai diopis beliau,gua panjat tangga pelan pelan.Opis beliau bersifat metropolitan dilengkapi mesin pembancuh kopi dan sedikit hiasan dari Bandung.Beliau menggaji dua orang kuli, seorang gadis sunti dan seorang lagi brader sasa bernama Ali.Gua malas nak tanya Luca kenapa dia memberi kerja kepada Ali?,Ali pada gua..ahhh..tak perlu lah gua luahkan pendapat kontroversi dalam jiwa gua ni.Biarkan dulu..
Gadis sunti yang kerjanya sibuk,memang sesuai dengan citarasa Luca.Gua paham.Patutlah Ayan dan Gondol selalu sangat melepak di opis beliau.Gua paham itu.Gua pun pandang pandang juga,tapi sepintas lalu sajalah.Nanti malu pula si gadis sunti dipandang pandang si abang hensem.Baru gua memulakan borak,masuk pula seorang brader.Luca kata nama brader tu Sabri.Kami bersalaman.Sabri rupanya ejen tunggal Luca bagi Wilayah Persekutuan.Orangnya bersahaja,tak berapa nampak karisma,separa kemas,semestinya tidak hensem,umur dalam likungan lewat dua puluh'an.Sabri menujukkan gua botol Sambal Belacan.Projek baru katanya.Rupanya Sabri mengusahakan pembuatan sambal belacan secara runcit.Jenis jual pada jiran jiran.Gua beli sebotol.Jaga hati Sabri.Seterusnya..Gua,Luca dan Sabri berborak..kami mengabaikan Ali.
Sabri banyak bercerita visi beliau untuk projek Sambal Belacan.Bisnes bisnes lain pun ada beliau ceburi,tapi semuanya kecil kecil.Nampak kesungguhan."Lu boleh berjaya!"-doa gua dalam hati.
Empat puluh lima minit berlalu.
"Jom berThaqwa".Luca bersuara mantap, kedengaran bunyinya macam nak belanja makan kari kepala ikan.Tapi gua memang tak berharap sampai ke situ.Segelas teh panas percuma sudah memadai.
Kami sambung perbualan di Thaqwa.Luca seperti biasa,gaya Marlboro..dua tin KokaKola.Sabri pula gaya ahli sukan,setin hundred plus..dan gua,tidak mahu menjatuhkan imej Thaqwa sikedai mamak,teh panas gelas besar.Gua ada pesan makanan,juga ber imej mamak,meggi goreng.
Perbualan bersambung..tapi gua rasai kelainan.Luca dan Sabri lebih banyak bercakap hal filem filem kontemporari Malaysia.Apa hal pulak ni?,.Filem Congkak lah,Filem Jangan Pandang Belakang,Jangan Pandang Belakang Congkak pun ada.Paling gua terperanjat..cerita cinta mengarut Syurga Cinta pun mendapat perhatian.Apakah gerangan semua ini?.Gua fokus makan meggi..sedikit sedikit tersenyum,sedikit sedikit menyampuk.Gua bukan 'deep' sangat dengan arena filem melayu,setakat tahu sikit sikit tu boleh lah.Hajat nak jadi bintang filem tu pun ada lintas juga masa remaja dulu.
Mula mula cerita tajuk tajuk filem,melarat pula cerita hal hal set pengambaran,kesan pencahayaan,karenah pelakon pelakon,studio studio penerbitan,pengarah pengarah popular,hal politik dalam industri filem,politik dengan stesen Tivi,Bajet buat filem,bajet promosi.semua tentang Filem dan lakon Layar.
Wahh!!!,kejadah apa ni Luca?,Gila apa lu layan filem filem melayu sampai ke situ?,gampang apa lu yang kadang kadang berkarektor Arel dan kadang kadang berkarektor Ahmad Dhani,boleh terjebak secara seriuss dalam perbualan filem anak wayang Malaysia?.Dan yang lagi gampang..gua punya perancangan bisnes pulak apa crita?.Ini sudah kira cilakak!
Gua hanya bersabar.Bertenang.Buat buat bersahaja.Rileks.Pura pura menyumbang sekali dalam perbualan.Tapi secara licik gua nak potong perbualan,dan ingin cepat cepat berambus.Bagaimana?,mudah saja.
"Mamak..datang kira sini!" -Gua bayar takpa.
Sabri ucap terima kasih dan berambus.Gua tangkap Luca,mintak dia cerita sket apa potensi bisnes untuk gua mula.Marah pun ada sebab gua macam dipinggirkan tadi.Namun gua tetap bersabar.Gua start kereta bersedia masuk gear satu.Luca masih menyebut nyebut nama Sabri dan mengaitkan beliau dalam bisnes yang mendatang.
Dan cerita Luca kali ni buat gua senyum.Mujur.Sangat sangat mujur.Gua free kan gear lalu menarik napas penuh impian.
"Jadi pelakon MalayWood..hmm".
NOTAKAKI
1.Gua ada bagitau tak bini dan anak gua ikut sekali pegi Balakong dan melepak skali bersama Luca dan Sabri?
2.Gua rasa..hasil perbualan yang umpama dihasut setan masa minum di Thaqwa sebenarnya memiliki potensi besar.
3.Sabri??,ohh Sabri..gua lupa beritahu..masa gua nak start kereta,Luca inform gua..Sabri adalah adik kandung brader Ahmad Idham.
p/s: Sapa sapa nak terlibat dalam filem Syurga Cinta II sila bagi nama pada gua atau Luca.Watak watak sampingan banyak lagi yang kosong.Awal Ashaari dah tak jadi hero,ganti hero baru yang lebih tampan..siapa lagi yang lebih tampan??,dapat tak woihh?
31 Nasihat Ikhlas:
panjangnyaaaaaaaaaa!
esok2 baru masuk balik baca.
ape kte lu jd plakon 2....
mungkin bleh lpaskn cita2 lu mse zman remaje....
huhuhu..
tak pat jd awek awal ashaari dpt jd tokang pegang lampo pon oke bang! im in!
lu ke ganti awal tuh..
pergghh..x sabar nak tgk syurga cinta 2..
huh?
gua mau!
:p
bisnes sambal belacan tu mau ejen x?
gua nak nak kecah je selama. kadang2 gua lepak dgn steven spielberg gak.. dia kata dia mau wat jurassic park. itu mmg byk pelakon dia mau. jd dinoso. lu mau?
tp gua ada pikir da wtk utama utk film neraka cinta. gondol!
arazma, kalau lu mau jd ejen sambal belacan tu, lu ko P.A gua. 012-6050274. gua jamin, smbl dia mmg sedap gila!
ada lg.. ada satu production house mmg nak ide2 segar utk dia nak wat cerita ke talk show ka. nak konsep sume. ini utk astro warna. kalo idea lu org gempak, confirm dorang amik punye. so, any idea e-mel gua. lucadeketiak@gmailcom.
chow!
hehe...pelakon + tokey smbl blacan = macho jugak!!
idea byk... err... kalo bg idea, agak2 dpt nama jadik popular x? :D
gua tak cantik...cun pun tidak...so tak minat nak jadi pelakon... tapi kalau lu jadi pelakon boleh tak buat satu watak nama NenekPenne? :)
adik ahmad idham..?? joshua ke..??
usahkan tgk..berlakon pun aku tak nak...
baik aku tgk shin chan lagi bagus..
belakon la pulak..adoiiiyaiii
x suke x suke
muka lu mesti iras2 Ahmad Idham,kan??
Sabri tu tak kan takde sikit muka Ahmad Idham, bro??
uih..adik ahmad idham???
weh...
ALI ape cite?aku nak tau psl ali..
hahaha..
ko nih klo ali tau ko xcite psl die,kck buah pinggang die..
bro, lu mmg tak layan filem melayu
sibuk nonton hagemaru aje
hiks :p
hohoho...patut ar diam je..
walaupun baca tak habis.. aku gua tetap nak komen!
ahaha...
"NO KOMEN" is my comment!
Ni cite betul ke pasal adik ahmad idham ni?
lu memg gempak bro..
aku bru je berjinak2 dlm blog ni..
gud luck for u n me, bro...
walaweh.
adek ahmad idham.
wakaka.
nak nak!
*dasar tak tau malu*
okay joke.
blog kau best.
oh dan ya,selamat berkenalan.
:)
perrgghh!!! pnjg berjela2...
hehehe...
nk jd heroin blh...??
hik3
i da tuka address blog.plz update kayh
baguslah buat filem pulak...buatla citer macam transformer pulak..
asik citer hantu je..
welcome you paper, you plastic, you concrete, you wood, you brick and shine..
kalau nakkan watak hero, gua sedia membantu...huhu.
well kalo lu lepak lagi dengan mamat nama sabri tu lu kasi tau dia tak payah banga bangga abang beliau ahmad idham. kalo michael bay ke, khabir bhatia ke ok jugak nak bangga.
abang dia tu kalo takde idea baru nak buat cerita pun kurang kurang pikir la tajuk baru selain rempit,impak maksima, jgn pandang blakang, congkak kejadah semua.
tunggu la cerita baru arahan abang beliau pasni bertajuk; MAT REMPIT KALO MAIN CONGKAK JANGAN PANDANG BELAKANG
betul ke sabri tu adik ahmad idham??
hahaha..
Post a Comment