Monday, June 15, 2009

Pemadam Superman yang Gua Sayang


Barang gua yang paling 'rare' masa mula mula gua masuk darjah satu ialah pemadam superman yang gua dapat hasil 'menikam' kat kedai O'ie.Gua rasa amat 'cool' sebab sekali 'tikam' je gua dah dapat pemadam superman tue.Gua amat sayang pemadam superman tu.

Masa dalam kelas,ada budak nama Rahim.Dia ni duduk belakang gua je.Gua memang dah perasan dari kelmarin dia asyik jeling jeling ke pemadam gua.Cikgu Saejah sibuk ajar mengeja kat depan,dia pulak sibuk nak belek belek pemadam superman gua.

Gua tak berapa kenal Rahim ni sangat sebenarnya.Dia ni bukan 'klan' tadika sama gua.Mungkin dia dari 'klan' tadika Matang Gerdu.Gua tengok muka dia ganas semacam,Kasut dia pulak gua perasan dah naik kaler Turquois,baru seminggu masuk sekolah tu. Gua saspek Rahim ni jenis yang suke pukul kawan tadika dia dulu.Gua syak lagi dia ni mesti tak takut makan sambal.Walaupun gua hero,tapi gua tak sampai tahap berani makan sambal beb..ibu gua kata sambal tu pedas sakit mulut, dah besar sket baru la boleh makan

"Bagi kat gua pemadam lu tu".Rahim 'sound' gua macam nada nak ajak bergaduh.Gua rasa tercabar.Perangai buas gua masa kat Tadika dulu dah mula serap masuk kepala balik.Ada jugak yang kene conteng baju ni karang..masa kat Tadika, hari hari gua conteng baju Saleh.Tak berani langsung Saleh nak melawan gua.Mujurla ayah gua pesan jangan conteng conteng baju orang dah bila masuk darjah satu.Gua pegang pesanan ayah gua.

"Tak boleh" - Gua jawab 'firm'.Gua genggam pensel HB merah.Dalam kepala susun strategi,tak dapat baju,gua conteng kasut pun takpa.Biar kaler turqois tu jadi kaler hitam terus.

Tiba tiba Rahim rebut pemadam superman dari pensel 'box' gua.Tangan kanan gua yang dah ready dengan pensel men-'scratch' belakang baju Rahim.Demi menyelamatkan pemadan superman, gua sanggup buat apa saja.

"Lu kalau nak pemadam superman macam gua, pegi 'tikam' sendiri la.Mintak duit kat Ayah lu.Dua posen je modal".

Rahim duduk tempat dia.Gua 'konsentret' balik belajar eja BASIKAL.Rahim tekup muka ke meja.Gua buat tak pedulik.

Cikgu Saejah panggil Rahim 2-3 kali suruh ikut mengeja dia buat tak heran.Muka tekup lagi ke meja.Ada pulak sorang makwe mengadu kata Rahim nangis sebab gua conteng baju dia.

Cikgu Saejah suruh gua cerita balik dari awal.Gua cerita balik.Rahim dok menangis sedu sedu muka tekup ke meja lagi.Sampai habis waktu sekolah cikgu Saejah pujuk si Rahim tak jalan jugak.

Habis waktu,ayah gua dah ada depan kelas.Cikgu Saejah cakap cakap dengan ayah gua.Ayah gua suruh bagi je pemadam superman tu kat Rahim.Gua terpaksa bagi dengan berat hati.Gua pulak macam nak menagis.Tapi gua kontrol.Malula kalo hero menangis.Rahim dapat je pemadam gua terus diam menangis.Harap muka je samseng,baru conteng baju sket dah longlai.Cehh!!

***
Masa balik ayah gua bukak cerita,Rahim ni orang miskin takdak duit.Baju,suar,kasut..semua bekas abang dia punya.Ayah gua suruh gua 'go slow' sket dengan Rahim.Gua tak berapa paham sangat nasihat ayah gua. Mungkin perangai kesian tu tak berapa nak meresap dalam jiwa lagi.Perangai buli orang saja yang ada.

***
Esok masuk kelas gua tanya Rahim;Betul ke lu orang susah?
Rahim tak jawab.Dia tekup muka lagi kat meja sampai waktu balik.Kali ni set kaler LUNA gua pulak melayang.Nak pujuk Rahim punya pasal.

Lusa.Pensel Box gua jadi mangsa.

Tulat.Dia bekenan ke kasut gua pulak..siap beg gua pun dia ada hajat nak pau.

Dengan menggunakan akal budak darjah satu..Gua dengan sendiri buat 'decision'.
Gua rampas balik pensel box gua,kaler LUNA gua,dan pemadam superman yang gua sayang.Rahim tekup muka ke meja macam biasa.Cikgu Saejah pun dah tak larat nak kesah.

Gua rasa tindakan gua amat betul dan matang.

19 Nasihat Ikhlas:

Ejump said...

xbaik lu membuli beliau..
hahaha...

Cap Api said...

oleh sebab itu, gua tag lu.. jawab yerk..

Khairul said...

Haha. Cara kau bercakap umpama blogger yang aku kenal je. Cara dia bercakap agak kencang juga.

And u are good at that.

lORiNCE LH SYAh said...

Hohohoho~ Bila cakap pasal 'menikam' ni~ Rindu gak time kecik2~ Masa tu dpt duit sikit larik kat kedai survey benda nk 'tikam'~ LOL

[ Have you met zuLL? ] said...

Lu ni buli sejak dari kecik lagi

piNky LuCiA said...

haha. kisah yang menarik. :)

UnNamed said...

kamon bote.. membace kesah ko yg kencang ni, nape ko xleh bleh blah masa kat utp ?? asik ko je kena sengal dgn bdak2 ni. jgn la perasan otai bro mhehehehehe

iyllienaz said...

haha..unnamed dah bongkarkan rahsia..

Taz Jaafar said...

superman mane main pemadam.

lucky said...

heheh.. cm lwak pon ade cite ni..
n budak yg slalu tekup muka tu cm plek jek..

Luca DK said...

gua ada story pasal mamat ni kat tempat gua.

Ejump said...

bro..lu tny gua ade tiket match ape??aiseh bro..shoutbox 1...

Unknown said...

hak hak hak........ala ala brutal gitu tp betul tindakan tuh coz fight 4 ur right...

haruan tasek said...

budak lagi masa tu. cuba sekarang apa lah sangat setakat pemadam dan yang lain tu. kita perlu merasa duduk di tempat dia supaya kita boleh faham masalahnya. apapun sebagai budak tindakan tu memang patut sekali....

hilman.fikry said...

gua dah pot dengan ulam2 anda.

sedap2.pot gule2 gua jgk ok.

Anonymous said...

aku stuju dgn tindakan yg kau amik tu..jgn bg chance kat beliau..

Anonymous said...

melawan ye..

The Self Center said...

gua sokong tindakan lu! tapikan beb, entah-entah dia nak mintak PINJAM je!

Cik Puan Ninie said...

hahahahaha kali ketiga membaca sambil tergelak2.