Friday, June 19, 2009

Hero Mesti Menang Jugak Akhirnya

Periksa akhir tahun lagi satu minggu.Gua masih sibuk main guli.Sekarang musim main guli.Gua punya gila main guli, pegi sekolah pun bawak guli penuh poket kiri kanan.

Masa gua dan Kerol Faeizi tengah rancang nak lawan guli dengan budak kelas sebelah,cikgu Saejah tiba tiba masuk kelas.Bersama beliau seorang budak lelaki pakai baju seragam sekolah,tapi lencana kat poket baju dia tu gua nampak lain macam,bukan macam lencana sekolah gua. Penampilan dia jugak bergaya.Baju masuk dalam kemas,rambut sikat elok elok,muka hensem,kasut sekolah dia pun jenis yang mahal,beg sekolah pulak style galas ada 'span' tebal,gua syak mesti mahal jugak beg dia nie.

"Dengar sini murid murid.Kita ada kawan baru,dia akan belajar dalam kelas kita" - Cikgu Saejah buat pengumuman.Dia suruh budak baru tu kenalkan diri.

"Nama saya ALIF AIZECK, saya dari Kolumpo,dulu saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Damansara.

Budak kolumpo wooo...dengar nama dia pun gua perati makwe makwe sudah tak keruan.Nama sekolah dia pun bunyik Kolumpo abis,tak macam nama sekolah gua, Sekolah kebangsaan Matang Gerdu saja.Bunyik pun tak berapa nak konfident.

Penampilan ALIZ AIZECK memang menawan hati makwe makwe budak kelas gua,kelas lima merah.Hanya Cek Intan yang comel tuh saja gua perasan masih tak goyah. Gua agak suka jugakla dekat cek Intan.Cuma gua malas nak berusaha lebih.

Cikgu Saejah suruh ALIF AIZECK duduk tepi barisan cek Intan.Baru masuk kelas tak sampai 3 minit ALIF AIZECK ni dah mula nak jeling jeling Cek Intan.

Gua masih bertenang...Rilek.

"Baiklah..disebabkan kamu budak baru,cikgu nak tanya sikit soalan pasal pelajaran.Cikgu nak tengok banyak mana dah kamu belajar kat sekolah lama". Gua tau cikgu Saejah saja nak 'test'.

"Baiklah cikgu" - ALIF AIZECK jawab gentlement.

Sape yang cipta kereta?

Henry Ford.

Apa nama benda yang buat daun jadi warna hijau?

Klorofil.

Sembilan kali lapan, tolak dua, tambah lapan berapa?

Tujuh puluh lapan.

"Wahh..hebatnya awak!,soalan darjah enam pun awak boleh jawab!"-cikgu saejah kagum.Gua perasan budak budak lain pun turut kagum dengan kepandaian ALIF AIZEK. Kerol Faeizi pun terpesona.

Gua masih lagi bertenang dan 'menten'.Soalan soalan tadi tu gua jawab betol jugak, tapi dalam hati.

"Awak dulu kat sekolah lama periksa dapat nombor berapa?"-cikgu saejah tanya lagi.

ALIF AIZECK jawab pantas - "Nombor satu cikgu".

Sambil jeling ke arah gua,cikgu saejah sambung bakar:
"Periksa dah dekat.sapa yang dapat nombor satu dalam kelas kita dulu cikgu harap dia rajin rajin blajar.Jangan asyik main guli saja.Tempat nombor satu boleh jatuh ke tangan orang lain".

Tak lama lepas tu cikgu Saejah keluar kelas pegi mesyorat semula.Enam tujuh orang budak budak dah 'eksaited' nak berkenalan dengan ALIF AIZECK.Berkerumun semua.

Masa tu gua rasa gua kena buat sesuatu untuk betulkan keadaan kelas yang dah hilang fokus.Gua ajak Kerol Faeizi pegi jugak ke meja ALIF AIZECK.Gua ada hal sket nak urus.

"Brader ALIF AIZECK,nama gua Fdaus,bunyik nama gua tak berapa nak kolumpo sangat,gua datang nak tanya lu satu soalan saja,boleh tak?" - Gua buat 'statement' bersahaja.Budak budak lain diam peratikan gua.

"Boleh.Tanyala".ALIF AIZECK jawab lagi secara 'gentlement'.

Gua tarik napas..gua lepaskan soalan dengan nada suara paling seimbang dan konsisten:

"Lu penah hapal lagu Soldier Of Fortune tak?"

"Lagu apa tu?,tak pernah dengar tajuk pun?"

That's it.ALIF AIZECK dah bagi jawapan salah.Jawapan sebegitu amat 'damaging' kepada reputasi beliau.

***
Gua 'sound' Kerol Faeizi, "jom sambung main guli". Sambil blah gua sempat kenyit mata kat Cek Intan.Dia senyum saja.Dalam hati gua tau..Hero mesti menang jugak akhirnya!.

p/s: Masa periksa akhir tahun, ALIF AIZECK hanya dapat nombor dua.

31 Nasihat Ikhlas:

Ruhul Hayat bin Ismail said...

hahaha

org kolumpo dgr lagu pop melayu je kot.

Juliana said...

hahaha...
citer betul ke ni...menarik la...
suka sgt2...

TisHa said...

tak betul pon aku rase best bace.

q i L L said...

bdk2 mmg cm2 kn
hehe

api said...

hahahahaha...
cm siot je kn...
sape yg dpt no 1 tu eh????

iyllienaz said...

mesti la no 1 bukan fdaus..haha

intel_Inside said...

aku pun xtau tu lgu ape bro. nsib baek aku x duk kolumpo. xde la rse trhina sgt.

Ivy Metaga said...

hehehhe...lucu nya..=)

clarabella said...

miahahahaha...sies musti biru muka si alip..n tepancar wajah riak si fdaus ituh..wahahahaha..

bang!nsik tak cukop neh..air mana???nih kat sinih xcukop laok neh...!


btw..trimass..:D

nasuha ahmad helmi said...

hahahahahaha...
saye sangat suka kOleksi karangan2 anda!
sangat menarik dan yang penting kelakar!
tak rugi datang kenduri sini...

~FaRiDzUl LaILy FuDzALi~ said...

erm
moral of d story?..hahaha
budk kolumpo tue bnuh diri x ble dpt tau die dpt no 2?

Bapak said...

sapa dapat no 1? lu ka? Alif Aizeck tue mamat skema kot, tue pasal tak tau lagu Soldier Of Fortune. kalu lagu kak ramlah, dia hafal la kot..hehhe

zeozir said...

wahahaa....tu sbnrnyer lagu ape dude??

ummi humaira said...

cerita kelakar yg bdk2 skrg banyak dah tak tahu

भगवान का शुक्र है said...

deep purple boh.bijok2. demo mmg power la. aha.

haruan tasek said...

budak kampung pun hero apa.... cayok-cayok

azizan4444 said...

gua datang nak mkn kndri ni.hahaha
biase la tu cte bdak2 kn.

A.N.D.I.Z.A.®™ said...

gua dtng kenduri..mana lauk pauk tak da pun...tak pa yg penting gua folow lu..so gua folow lu harap lu pun folow la kalau sudi...cerita lu ok la..gua dah baca

perempuandotdotdot said...

alif hanya tau info mengikut fakta-fakta yang disuap.

mungkin dia tak enjoy-ing life.

terima kasih jemput saya makan kenduri. *tadah tangan baca doa* :)

lalink7 said...

owhhhhhhh..ada kenduri ape neh?
kenduri kawen rupenye...
*tadah tangan baca doa jgk*..

i dah follow..follow gua balik..hehehhe..

nice story ek..hhehehe

[ Goodbye zuLL ] said...

kolumpo xrock beb!

pejuangkesan said...

Hahaha..cite ni bleh wat film melayu..msti KotakOpis punye...hahahah

shojijo said...

Alif Aizeck memang memalukan budak kolumpo.. soldier of fortune pun tatau.. kalau die tau.. kompem cek intan teruja.. demn..

Ejump said...

haha yg dpt no 1 mesti cek intan..
ko dok men guli je...hahaha...
kerol dpt no bape??

FdausAmad said...

Kerol layan belas belas la cam biasa..lama btol gua tak jumpa kerol..cari kat fesbuk pun gua tak jumpa..

Brader Diego said...

Brader,

Manusia normal tak boh guli dlm kocek brader. kantoi dgn pengawas kat gate sekolah. Biasanya taruk dlm bekas makanan, taruk kat part bawah. Baru stylo beb..

cuking yg bersuara.. said...

e..cm sedey jer pd sape2 yg xtu lgu deepurple tuh...

felicia said...

bukan ke tu video game, aku pun confuse..huhu.

noor afzan said...

main guli syok tuh bro..
zaman saya x main guli..
main pentup botol jer..
haha~

syababiljihad said...

wa bro lu punya story betoi2....
ada umphhh...
padan muka aliff aizeck....
bro.. lu tak geng ngan di ka.. kui
kui.
cek intan p mana la ni...
gua ingat mesti mau dua 3 anak skrg ni..
lu pun dah jadi kopral 2 calit....

Anonymous said...

dari tadi aku duk pikir intan mana nihh..nmpknya aku x abis kenal lagi intan drjh 6, yg aku tau budk klas aku intan farhana (hang drjh 6, aku drjh 5)

awin