Friday, August 24, 2012
Barai di KFC
Kelmarin gua dengan faseeh dan fateem melayan satu cerita melayu, entah apa tajuknya tak pula gua ambil tahu.
Salah satu scene dalam cerita tu adalah dua beradik perempuan miskin yang di bawa ke KFC oleh seorang dermawan. Dua beradik yang seumur hidup mereka tak pernah ke KFC berdialog sesama mereka.
Kata adik;
"Seronoknya kakak dapat makan KFC...kita tak pernah pergi KFC kan kakak, seronoknya!"
Gua pun mengambil iktibar lalu memberi sedikit nasihat pada faseeh dan fateem:
"tengok tu orang susah...pergi KFC pun tak pernah..korang ni selalu sangat makan KFC, kena bersyukur tau"
Terkesian dengan scene KFC, petang tadi gua pun bawak la faseeh dan fateem ke KFC Tanjong Malim.
Orang di KFC memang penuh kiri dan kanan. Suasananya riuh. Sedang gua beratur bersama faseeh dan fateem, dikelilingi pelanggan pelanggan lain dari pelbagai peringkat umur dan kerjaya, faseeh yang umurnya baru 3 tahun bersuara lantang;
"Seronoknya kakak dapat makan KFC...kita tak pernah pergi KFC kan kakak..seronoknya!!"
Serentak dengan itu, suasana sekeliling menjadi senyap, semua mata dalam KFC usha gua atas bawah tak puas hati.
Gua cuma mampu pandang muka faseeh meminta belas kasihan.
Tak patut betul rasanya dipandang serong macam ni.
27 Nasihat Ikhlas:
haha..memang silap la...pandai faseeh eh. terbaik ah.
haha.lepas ni kenalah melanggan di kentaki slim river pula.
Sebenarnya faseeh nak bagi lu watak degawan..err..dermawan tu.
bagus!
Haha comel je ade anak lurus bendul ni XD
eihh KFC tak elok banyak MSG
hahahaha.
Bikin berdebor jiwa jek taim tuh.
haha..lepas nie klu nak makan kfc ngan family,kena bawa kat drive thru yg kat stesen minyak jln besar t.malim
jatuh saham bapaknya.hehe
kah3..
fateem dan faseeh budak yg bijak. tahniah
Itula,kerap sangat tapau, kan dah kena pandang serrong
Itula,kerap sangat tapau, kan dah kena pandang serrong
Macam gitu je kena buli dengan anak?
haha.
hahaha..boleh tahan lasak jugak budak-budak zaman sekarang ni..
sedapnyer kalau dapat makan KFC..serononoknyer
Hello good girl there. Hello Faseeh! :-)
Habis ayah hang haaa. Hang tapau ayah hang macam tuu jee? Standing ovation tu you. lol!
kene troll ngn anak memang pedih brader
Apa dalam minda mereka? tertanya2*
bapak kena troll ng anak..hahaha
Memang epic! kah kah kah
aduh, x tahan aku gelak, >.<
lanjutan daripada perkara tersebut? hahaha..
Mmg terbaiklah citer ni. Haha!!
hahahaha ok ni lawak.. haha serious lawak >.<
Siot.... tgh minum air, tersembur.... Hahaha.... ;D
dia hanya budak kecil yang nak mempraktiskan skrip dari tv yg dia baru belajar..
tp bro, sian la lu..nk gelak jugak..wakakakaka
Post a Comment