Thursday, February 23, 2012

Pengalaman power mesti di kongsi


Gua nak bagitahu ni,
Dalam masa setahun ni, 3 klem kastemer gua Medikel kad Takaful kasi setel,

1. July 2011 - Saf demam, masuk ward di Hospital Pantai, Ampang, 3 hari 2 malam.
Bil hospital : RM2800++
Status : fully covered

2. November 2011 - Ibu gua pula masuk ward di Prince Court sebab sakit perut muntah, 3 hari 2 malam.
Bil hospital : RM1900++
Status : 90% covered ( sebab ibu gua punya medikel kad gua tak taruk elaun hospital)

3. February 2012 - Business partner gua, saufy@mutalib@luca masuk ward di Prince Court juga sebab sesak nafas dan batuk berdarah, 4 hari 4 malam.
Bil hospital : RM7000++
Status : fully covered

Apa yang paling menarik dan unik, terdapat satu persamaan antara ke tiga tiga kastemer gua ni. Ketiga tiganya, semasa membuat keputusan mengambil Takaful, keadaan mereka sangatlah sihat, cergas, cerdas dan tidak menunjukkan sebarang tanda tanda yang suatu hari nanti hospital mewah lagi eksklusif akan memanggil mereka jadi tetamu.

Ya. Orang sakit kena la masuk hospital mewah, baru la sedap, selesa, power dan boleh berperangai ibarat raja.

Kalau nak juga masuk hospital yang katilnya berbaris baris selang sedepa, dengan kipasnya satu di kongsi lima, dengan makanannya macam dewan makan asrama, dengan rawatannya hendak tak hendak mahunya, dengan nursenya seorang menjaga dua puluh lima..
Maka gua mohon tak payah lu orang berasa bangga mendabik dada.

Baik. Sekarang, kalau ada Takaful, apa hospital yang powernya?

Gua bagi contoh hospital Prince Court yang mak gua dan saufy dah masuk.

Tengok gambar.

Tepi katil ada wardrobe. Wardrobe belah bawah tu ada console mini peti ais. Katil dia punya sedap tak payah cerita la.

Atas ni gambar depan katil. Nampak tivi flat screen tu?, nampak?

Atas ni pula layout dari pintu masuk. Sofa biru tu namanya sofabed. Kalau siapa siapa nak teman tido malam buka sofabed tu, terus boleh tido. Ada juga kerusi tamu dan meja bulat buat letak laptop nak main fesbuk. View KLCC..pehhhh!!

Hallway. Senyap sunyi, tenang, damai, power.

Dijamunya orang sakit dengan ikan salmon.

Ewaahhh.. lasagna pun ada!!

Ya Tuhan..hospital bagi Lamb chop makan tengahari??

Sarapan English style!


Ok cukupla gambar sikit sikit ni dulu. Cerita banyak banyak pun, kalau lu orang masih tak ada kesedaran nak meningkatkan taraf rawatan keluarga tak guna juga, ye tak?,

Ini gua belum masuk lagi bab kepakaran doktor, alat rawatan canggih, ubatan moden ternow, internet wifi laju tak patut dan penjagaan rapi nurse yang kita boleh panggil pakai button remote kat tepi katil je. Sambil baring tengok tivi, tiba tiba ada rasa sakit sikit kat tempat yang sakit, terus klik button.

"Ye encik, kenapa?, apa yang saya boleh bantu?" - tanya nurse yang terus masuk kurang seminit lepas kita tekan button remote tu pada pukul 2.30 pagi.

Kita pun jawab balik:

"Ehh sori la..saya tertekan..kahkahkah"

++++++

Jadi, siapa siapa yang inginkan kehidupan mewah macam ni semasa datangnya sakit, mohon hubungi gua macam biasa di:

fird_ahmad@yahoo.com



Faseeh pun pelanggan Prince Court.

18 Nasihat Ikhlas:

mohd asraf said...

dahsyat...gambar nurse xde ke?hehe

~emiazsur~ said...

kalau student mampu ke ambik takaful ni?

careno said...

aduhh... sedikit teracun dgn takaful ni...

mdazlnshkni said...

hilang akal lu punya promote takaful. nice one bradah!

kert kobeng said...

errr....nurse die power tak?

Anonymous said...

hahhahahhaha..x tahan aku tgk ko pye entry and nk up kn takaful

Unknown said...

hospital jenis dah serupa hotel ni membangkitkan berahi betul lahh.

OrangAkaun said...

kalau pura-pura sakit dia kaver dak?
gua mengidam pulak bila tengok gambar tuh..

waiem said...

Peh promo yg power...

Sly Dz said...

Fuyoo...naisee prince court tuh!

Anonymous said...

xde button fb ke utk aku like? best promo takaful ko wat kan ni..hehehe
~ckfarhana~

Anonymous said...

kalau macam ni punya package. berapa bulan2 kena bayar?

Anonymous said...

satu hari nanti kita akan ke kubur juga. tiada nurse comel, tiada makan kambing golek, tiada tv lcd yang ada hanya duit kematian takaful buat ahli keluarga kita yang tinggal.

KETUAT DI KAKI said...

saiko la ayt lu nh brade... terkesima gua

Anonymous said...

satu hari nanti kita akan ke kubur juga. tiada nurse comel, tiada makan kambing golek, tiada tv lcd yang ada hanya duit kematian takaful buat ahli keluarga kita yang tinggal.<--gua suka yg ni...ngarut ja benda2 ni..

hijaudaun said...

salam...jemput ke blog saye ye

http://annesophea.blogspot.com/

Eyka said...

service ni terbaikk! nak buat skit2 ahh cenni! haha:P

mbah surip said...

gua pun pemegang insurans takaful tp kat indon lah.memang hospital tujuan hospital mcm gambar2 ni lah.nurse tak penah cebik muka.

time sakit sebenarnya sangat2 membantu kalau wad selesa.