Wednesday, February 8, 2012

Membawa Bekal


Pagi tadi gua datang ke pejabat naik kereta. Kawan gua yang duduk Tg Malim kerja KL pun tumpang sama naik kereta dengan gua.

Sejak akhir akhir ni, gua selalu juga datang kerja bawak kereta, laju, lancar dan tak semak kepala macam naik bas.

Pagi tadi, semasa kereta gua melintasi kawasan Rawang, kawan gua yang duduk di sebeleh membuka zip beg nya, lalu dikeluarkan sebekal makanan.

Gua yang sedang memandu sempat menjeling ke tupperware hijau, berisi sandwich.

Lebih tepat lagi, sekeping sandwich.

Melihat sandwich, timbul pula rasa teringin nak sikit. Tapi gua pura pura pandang ke jalan dengan serius.

Kawan gua tiba tiba bersuara:

"Kalau gua makan sandwich ni, dia akan jadi bekal gua pada hari ni"

"Tapi....."

"Kalau gua bagi lu sandwich ni...dia akan jadi bekal gua di akhirat nanti"

"Nahh ambil..."


Tanpa banyak soal,
Gua ambil sandwich, suap ke mulut, lalu terus memandu ke KL sambil menitiskan airmata.

37 Nasihat Ikhlas:

Hamdan Kurma Aziz said...

perghh persahabatan dua lelaki!!!

Anonymous said...

ble kanalkan kawan lu kat gua x, gua ingin mencari kawan sebegitu rupa....... hahahahaha

Anonymous said...

boleh memperkenalkan kawan lu ni pada gua x, gua dah lama mencari sahabat sedemikian rupa.... hahahahaha

mdazlnshkni said...

ini baru true. kah3

Anonymous said...

sesuai buat menantu simpanan!

anakcikbob said...

org yg baik musti dah kawen.
beliau dah kawen kan?
melepassss..

e4ezzati said...

gua pun dah menitis air mata.

Wan said...

epik persahabatan!

Anonymous said...

pergghh.. untongla.. ada member cmni =) hukhukhuk ..

Anonymous said...

Gua tak terbaca lak jantina kawan lu tu... jeng jeng jeng....

Zaini said...

sweet mother of penis.

Anonymous said...

Terbaik!

Amirul Idham said...

Epic friend is epic!

Bukan senang nak cari member macam ni. Jaga dia baik-baik

. said...

semoga berbahagia.

cikpia said...

ala..... so suwit.... tapi cemana dia yang suwit tu leh dapat kawan yang hampeh cam ko.....???

ini bisa menimbulkan tanda tanya ni.....

ieda Qema said...

Altruinsik....

kipas koyak said...

ayat yang simple tapi mendalam.....

Skudal said...

pergh.... kali cerita ada sedikit insap....hhehhehe

Abang Zam said...

mohon buat filem!

jo said...

Terharu....

Mek Onie said...

alolololololo.....comei ngat aih ampa

AkuBukanLelaki said...

bff??

a little less conversation said...

gua yakin..hari2 lu akan offer kawan lu tu naik kereta pergi kerja

shahrin yusof said...

mendalam betul :)

JAIRO said...

sandwich tu ada telur ker???

kuehbangkit said...

adakah sebab dia naik kete free?

Marine Biologist said...

*menitik air mata*

ubi masam said...

lain kali boleh minta lebih untuk bekal di akhirat...

Anonymous said...

murninyaaaaa

Anonymous said...

kah kah kah tak boleh blah siakkk....epic epic(sambil buat sign good)

Sly Dz said...

Bromance! =')

Orang Akaun said...

bagus kemain member lu tuh

Fiza Nurani said...

terharuuuuuuu :'(

Unknown said...

Kawan ketawa senang nak cari,kawan menangis sorang diri. Tapi lepas perut dah kenyang la, hihi. :-)

Sembang Kemas said...

true story.

Unknown said...

Bromance.
Ini mengharukan weh.

Anonymous said...

ko habiskan semua ke?

patut bagi 2 le

ish3

baru bekal hari ni dan bekal akhirat

kohkohkoh