Monday, December 26, 2011

Pencerahan Medikel Kad


Selepas gua memberi pencerahan mengenai MLTA/MLTT yang lebih releven pada golongan pembeli rumah, maka sekarang tibalah masanya gua memberi pencerahan mengenai perkara paling asas dan menjadi intipati kehidupan bertakaful kita semua,...tidak lain tidak bukan;

Medikel Kad.

Sepanjang pengalaman gua menceburi bidang Takaful ini, perkara paling kerek dan berlagak yang selalu gua hadapi ialah bilamana orang yang gua jumpa mengatakan kepada gua"

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Ya..ya..gua tahu, memang kebanyakan syarikat swasta yang beroperasi di Malaysia ni sangat bermurah hati memberi perlindungan Medikel Kad kepada para pekerja mereka. Perlindungan ini ada pelbagai jenis dan peringkat. Ada yang peringkat perlindungannya setaraf tapak kaki, dan ada juga peringkat perlindungannya punyalah power sampai boleh dilihat seperti ingin mencabar perlindungan Tuhan.

Perlndungan medikel kad yang ditawarkan oleh pihak syarikat ini bergantung pada keupayaan dan reputasi syarikat itu sendiri. Kalau syarikat itu miskin, maka medikel kadnya akan diberi secara miskin, dan kalau syarikat itu kaya raya, maka medikel kadnya akan diberi secara kaya raya juga. Tapi, ada juga perangai syarikat kaya, tapi bagi medikel kad miskin. kahkahkah!.

Ok.contoh medikel kad miskin:

- Nilainya dicatu. Mungkin Rm10k atau RM20 saja setahun untuk setiap keluarga.

Contoh medikel kad kaya:

- Nilainya tidak dicatu. Pakaila berapa ratus ribu pun setahun, syarikat tak ambil peduli.

Faham?,

Kalau dah faham..sekarang gua akan ambil satu contoh, contohnya sekarang gua berhadapan dengan pemegang medikel kad dari syarikat yang kaya raya dan sangat power. Ayuh kita mulakan.

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Tuan tuan dan puan puan, adik adik muslim dan muslimah sekalian,

Brader yang gua berhadapan sekarang ni bekerja di sebuah syarikat minyak bernama Exxon Mobile atau Shell, atau...errrr....
Ya tuan puan, tanyalah mana mana syarikat minyak didunia, mereka ini sangat kaya dan medikel kad para pekerjanya masyaAllah tersangatlah power. Namun begitu...sebaik mana pun medikel kad mereka ini, medikel kad ini tak berguna satu sen pun bilamana:

1. Pekerjanya berhenti kerja
2. Pekerjanya mati
3. Pekerjanya kena cancer, masuk medikel board dan diberhentikan kerja bersama pampasan
4. Pekerjanya bersara kelak pada umur 55 atau 60 tahun

Kita ambil contoh paling radikal, contoh nombor 2.

Mati.

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih berguna pada anak dan isteri?,

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih boleh dipakai kalau anak masuk hospital?,

Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Dan ketika perkara ke 2 ini terjadi, maka hilanglah segala kebaikan medikel kad syarikat yang selama ini diberlagak dan dikerekkan kepada ejen ejen takaful macam gua.

Sebagai retaliaisnya, mereka bertanya pula,

"Medikel kad takaful lu ni cover anak bini ke lepas gua mati?"

Jawapannya, sudah tentulah YA.

Terkejut?, bertenang...jangan terkejut. Inilah faktanya.

Katakan satu keluarga ada ayah, ibu dan 3 orang anak. Dan si ayah ini otak dan hatinya tidaklah benak kerana terpegun dengan kemewahan medikel syarikat minyaknya. Maka dengan rezeki gaji yang Tuhan kurniakan, si ayah melaburkan RM500, atau RM1000, untuk mendapatkan medikel kad bekap untuk dia dan keluarga.

Sekiranya si ayah ini ditaqdirkan mati, katakanlah selepas 5 bulan bertakaful (contohnya, dia ambil RM1000/bulan x 5 bulan = RM5 ribu). Jumlah yuran yang sempat dibayar untuk 5 kepala selama 5 bulan adalah RM5 ribu.

Sesungguhnya tuan puan, nilai RM1000 sebulan yuran Takaful ini akan diambil alih oleh pihak Takaful dan pembiayaan akan beterusan sehinggalah isteri mencapai umur 70 tahun, dan anak anak pula mencapai umur 25 tahun.

Sekarang beritahu gua, syarikat mana di malaysia ni yang buleh tanggung RM1000 sebulan untuk pembiayaan medikel kad untuk anak siteri sampai berpuluh tahun lamanya?,
Hah!, jawabla..jawab!

Setahun cover dah RM12,000..kalau masa si ayah ni mati umur isterinya baru 35 tahun, dan anak anak pula usianya 7 tahun, 5 tahun dan 2 tahun?, cuba kira berapa puluh ribu yang Takaful akan tanggung untuk medikel kad dan segala pampasan lain?,

Satu medikel kad valuenya dalam RM600k-RM1 juta (nilai yang boleh di pakai..macam limit keredit kad la..).

Jadi kalau emak 1 juta limit, anak anak sorang 1 juta limit. Pehhhh!!,

kira la..kira!

Mana lagi power sekarang?

Ok..itu kalau bayar RM1000 sebulan..Kalau bayar Rm10,000?, RM20,000?...ya...berapa nilaipun Takaful/medikel kadnya...pihak takaful akan mengambil alih pembayaran ini sekiranya berlaku perkara di bawah pada si ayah:

1. Mati
2. eksiden dan berlaku cacat kekal
3. Sakit kritikal, seperti stroke, buah pinggang failure, cancer dan segala macam kritikal lagi

Argumen ke 2 yang selalu juga gua hadapi, berbunyi macam ni:

"Ahhh..kalau macam tu, gua ambik medikel kad Takaful ni lepas gua pencen la, atau lepas gua berhenti kerja la..sekarang ni pakai dulu medikel kad kompeni..rugi la ambil Takaful ni sebab kompeni cover bro.."

Ya..Ya..jawapan semacam ini bunyinya memang educated dan cerdik. Tapi hakikatnya, tersembunyi bangang yang terang lagi bersuluh.

Tuan puan muslimin dan muslimat sekalian,

Argumen ke 2 ni sedikit sebanyak dah boleh dicantas oleh penerangan gua di perenggan sebelumnya. Tapi gua jawab juga lah.
Takaful, atau mana mana syarikat insuran yang ujud dalam sistem kapitalis/sosialis/islamis/liberalis dunia hari ni, tidak akan menerima mereka yang:

1. Sudah ada penyakit macam diabetic, darah tinggi atau jantung
2. Sudah ada rekod pernah berpenyakit kritikal

Jadi, soalan gua...bolehkah lu confirm yang sehingga lu pencen, lu tak kena apa apa penyakit?, boleh kah lu confirm, yang sebelum lu berhenti kerja, anak isteri lu tak kena penyakit?, dan boleh kah lu confirm, lu boleh hidup sampai hari tua?,

Argumen ke 3,

"Sebenarnya gua punya bajet tak ngam la bro...tak berapa cukup"

Ok..tuan puan sekalian,

Masalah bajet adalah masalah priority. Kalau bajetnya makan Tony Roma's seminggu sekali, memang lah tak cukup. Kalau bajetnya tengok wayang 3 x seminggu, boleh jadi juga tak cukup. jadi terpulang...kalau hiburan, makanan dan pakaian berjenama itu lagi penting dari perlindungan diri dan kesihatan tubuh badan...silakan.

Namun ingin gua berikan sedikit pandangan, menyentuh soal bajet;

"Pada mereka yang bergaji Rm2000-5000, untuk Rm150, atau Rm200 bayaran medikel kad Takaful...kalau disimpan setiap bulan selama 30 tahun di dalam ASB, tidak akan menjadikan lu orang jutawan. Begitu juga halnya..jika rm150, atau rm200 bayaran medikel kad Takaful, kalau dibuang setiap bulan ke dalam longkang selama 30 tahun juga, tidak akan menjadikan lu orang miskin papa kedana"

Renung renungkan..

Gua rasa cukup setakat ini, gua mohon undur diri dulu.

Kalau nak lebih penjelasan, macam biasa..emel gua:

fird_ahmad@yahoo.com

12 Nasihat Ikhlas:

ahsfantasy24 said...

Belum ada kad ni,
rasanya baik ambik kan,
ada sikit jaminan~

Latest Post:
1. Bukan manja gedik mengada-ngada nak selalu berteman.
2. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah.

Anonymous said...

1st
-bekmang-

cikot said...

Argumen ke 4 - Kakitangan gomen tetap. Yang berpendapatan perkapita rendah dan serta layak menerima BR1M. Macammana ?

Anonymous said...

saudara tolong terangkan pasal sesetengah kes penerima insurans yang mana telah membayar bulan2 namun pabila tiba masa untuk membuat pampasan, agen yang digunakan telah hilang atau berhenti kerja.bagaimana nasib pengambil insuran tersebut.

JAIRO said...

aku guna medikel kad prudential setakat ni tak pernah mengecewakan aku hehehehehehehehehe claim pun cepat

FdausAmad said...

kepada,

1. yang ingin bertanya
2. ingin mendapat kepastian
3. mahu mengambil medikel kad
4. mahu tahu aspek klem,lari etc

Mohon emelkan pada gua..

fird_ahmad@yahoo.com

supaya senang gua layan sorang demi sorang.

faizahfazril said...

perkongsian ilmu yg bermanfaat..igtkan selama ni company minyak dah cover dah cukup bagus...maka perlulah perbincngan yg lebih lanjut dgn en somi.

Orang Akaun said...

pencerahan bertaraf spot light

gua tengah merenung lagi...

Hanie said...

like it! sy pun agent Takaful gak :-)

Hanie said...

like it! sy pun agent Takaful gak :-)

Hanie said...

maaf saudara, agen mungkin hilang, ttp cpany tetap ada. blh berhubung trus dgn company dn mrk biasanya akan mmberikn tanggungjawab utk servis customer yg kehilangan agen kepada leader/manager agen yg hilang td.

The 9th said...

Bimbang skrg mampu bayar premium. Tp bila terputus premium, maka putusla segala apa yg dh dibayor dan perlindungan. Pastu bila nk sambung blk, kena start semula. Lagi satu, insurance co takaful ni cukup kukuh kewangan ke smpai mampu support pencarum smpai juta in values? Masih sangsi dengan insurance,medical cards etc.