Saturday, March 5, 2011

Menghadiri Majlis Futsal


Kira kira pukul 4 petang tadi, gua keluar dari pusat futsal Sunway Ekstrem park yang letaknya di suatu kawasan yang memang ekstrem punya ngeri.

Kepala simpang jalan utama ke tempat futsal ni sebenarnya 50 meter sahaja jaraknya dari toll LDP, gua kena masuk LDP ni sebab nak balik ke Tanjong Malim, jalan paling pintas ialah merempuh LDP lalu keluar ke lebuhraya NKVE melalui exit Damansara.

Tricky part nya sekarang ialah gua cuma perlu bayar toll LDP ni dulu, kemudian buat U turn lalu memecut di atas jalan tar LDP melepasi Western Digital, jambatan federal yang lagaknya macam jambatan Pulau Pinang, melintasi kompleks tabung haji kelana jaya dan juga stesen LRT Kelana Jaya sebelum membelok kiri untuk mengambil tiket toll branch Damansara.
Jalan yang sama macam gua datang dari Tanjong Malim tadi.

Sampai giliran, gua mebayar rm1.50, iaitu kadar toll LDP yang dikenakan ke atas kenderaan berkategori kereta. Untuk mendapatkan kepastian U turn, gua bertanya sedikit pada adik toll.

"U turn ada kat depan?"

Balas adik toll berkenaan:

"Ye bang..himpit kiri, abang ambik jalan bawah..situ ada U turn."

Gua pun terus memacu kereta dengan mengikut arahan adik toll.

Cari punya cari,..akhirnya gua jumpa juga U turn yang adik toll tadi maksudkan

+++++++

Tapi bila dah sampai ke rumah macam ni, gua mula terfikir, tak puas hati dan berasa amarah.

Memang tak patut betul geng geng unit perancangan bandar ni.

Apa ke bangang buat rancangan U turn LDP sampai ke Jalan Tun Razak sana?

17 Nasihat Ikhlas:

ayobkelubi said...

hahahahhahahahhahha

lu dah gua leh satu geng!....gua pun dah kena gak...

airaniez wirdani said...

betul.penah kena tol pergi-balik kat situ.hny sbb nak masuk jalan maarof bangsar pagi2 jalan tutup!

ENCIK TIKUS said...

adoyyy

Serigala Segalanya said...

"Padan muka. Keh keh keh" - kata adik toll tu tadi sambil tersengih sengih.

LS said...

peh. bongok tak leh diajar! haha!

sid sienna said...

standard kot jln kt kl cam ni.. :D

Anonymous said...

patut lu terus ja amik 2nd toll LDP tepi flat di penchala....naik ikut sungai buloh/kepong masuk PLUS....

||Cik Aida|| said...

pembetulan sket bro
gua perancang bandar...
tappi kalau pasal jalan n u-turn tu semua.. bukan bidang perancag bdr nyer kerja ok... tu semua di bahagian unit kejuruteraan.. bahagian jalan.. JKR,.. akitek...

sekian!

Kap said...

konspirasi mengkayakan syarikat minyak :)

intan.maisarah said...

muahahhhahha
gelak guling guling.
nasib badan la

Unknown said...

hahahaha... ^^

zX said...

simpan duit hasil jual insurans tu dan beli gps la brader ... heheh

meo sepul said...

Kalau ye pon marah kat gua pasal x amik insuran dengan lu, jangan la touch town planner lak...Ni memang bikin panas la...Lu pegi marah Samy Vellu sana la...Haha! Cilake...

Anonymous said...

kenapa tak masuk nkve thru subang, from sunway turun hala ke shah alam, masuk federal jap then exit ke subang naik nkve. dari situ mudah ke utara. ataupun, lagi senang...hala jer ke shah alam, amik guthrie terus ke utara...lagi tak pening lalat.

Cahaya Kekal Abadi said...

saya sokong en meor ! sedih town planner -___-

Lue Naa Loo Loo said...

hi.. kat jln tar LDP tu ada 3 cabang. sepatutnya ko kena trus gi paling kiri skali utk u-turn. klu trus je mmg akan trus ke jln Tun Razak.. jln yg plg kiri tu kecik je jln nye.. mgkn x perasan kot.. huhu.. xpe la.. kena sesat dulu baru tau jln... hehe

hafizah abu bakar said...

tumpang lalu..
saya geng perancang..