Saturday, September 11, 2010

Sembahyang Raya Sembahyang Jumaat?


Masa di pejabat 2-3 hari lepas, gua ada dengar budak budak bercerita kalau hari raya jatuh Jumaat, sembahyang Jumaat hari tu jadi tak wajib sebab orang dah sembahyang hari raya pagi tu.
Gua ingat geng geng ni bergurau, tapi makin panjang makin serius pula nada penceritaan mereka.

Balik di rumah, brader brader internet pun dah mula bercakap hal yang sama, ada yang kata pendapat berbeza, ada yang kata sembahyang Jumaat jatuh hukum harus, ada pula yang berpandangan bergantung pada kedudukan mazhab. Beberapa hadis juga turut disertakan untuk menyokong hujah masing masing.

Gua?, cut the crap!!.

Islam adalah agama yang tertegak atas konsep yang mudah difahami. Islam tertegak atas dasar iman dan kebernasan hukum yang senang diterima oleh akal manusia. Islam itu jalurnya bukan mengelirukan tetapi mencerahkan, Islam itu jalannya berprinsip dan digarisi pula oleh pemahaman yang tidak terbelit belit.

Hukum adalah satu perkara yang disyariatkan melalui Al-Qiuran dan hadith, jika tidak terdapat dalam keduanya, rujuk pula pada panduan ahlul bait, sohabat seterusnya ijma' ulama'. Prosedur rujukan ini menjadi garis panduan kepada umat manusia dalam menentukan hukum hingga ke akhir zaman. Selain Al-Quran, sumber rujukan lain sentiasa terdedah pada perdebatan dan pentakrifan yang pelbagai, dan jika kurang berhati hati..kita akan terjerumus ke lembah kesilapan, maka tidak ada perkara lain yang lebih merugikan dalam hidup ini melainkan kesilapan dalam beribadah dan beragama.

Dalam mencari pencerahan tentang perkara perkara yang tidak jelas, kita memerlukan ilmu yang hebat, kehebatan ilmu pula bukan diwarisi secara harfiyyah melalui datuk nenek dan kitab kitab lama, tetapi lebih rare dari itu, kehebatan ilmu ini tercerna dan berkembang melalui sandaran akal yang cerdas, hati yang bersih, pemikiran yang logis, di mana pemikiran yang logis ini pula bukanlah semata mata logis tidak beralas, logis di sini membawa erti mendekatkan semula setiap permasalahan tertumanya dalam proses letak duduknya hukum kepada asas Islam itu sendiri.

Apakah asas Islam?, selain dari ketauhidan, syariat dan akhlak, asas kepada Islam itu juga termasuk konsep pelaksanaannya yang mudah dan tdak mengelirukan.

Agama yang susah dan keliru bukanlah agama yang benar. Agama yang benar itu terang jalannya, maka agama yang terang jalannya itu cuma satu, yakni Islam.

Kita ambil satu contoh kecil, dalam hal beribadah..sesetengah orang berpendapat sembahyang Jumaat tidak lagi menjadi wajib jika sudah menunaikan sembahyang sunat aidilfitri (hari raya jatuh hari Jumaat la kiranya ni).

Dari aspek teknikel,
Pendapat yang sebegini sudah terang terang mengelirukan...kita mesti tanya, di mana letak duduknya hukum sembahyang sunat aidilfitri?, dan di mana pula letak duduknya hukum sembahyang Jumaat?,

Jika sembahyang Jumaat hilang status wajibnya (sesudah selesainya sembahyang sunat aildilfitri di pagi hari), maka soalan seterusnya, apakah dasar dan pertimbangan yang membolehkan pendapat sebegitu tercetus?, apakah penilaian dan rasional kita memperdepankan perkara sunat berbanding perkara wajib?, di mana sandarannya?, di mana darurat dan ruhsohnya?,

Rujukan Hadith?,

ok, fine..
Sebelum pergi kepada intipati Hadith yang dirujuk, mari kita semak teknikeliti Hadith itu dahulu. Gua bukan nak bercakap dari segi perawi atau nasab Hadith, Teknikeliti yang gua maksudkan lebih berbentuk persekitaran.. iaitu pada zaman bila hadith itu dikumpul?, apa yang terdapat di zaman itu?, bagaimana pemerintahan Islam di zaman itu?.

kenapa soalan soalan persekitaran ini penting?, kerana soalan sebegini membolehkan kita berfikir, menganalisis, dan menyoal kembali secara ilmiah tentang letak duduknya sesuatu perkara atau hal yang seolah olah mengelirukan tadi. (Baca: Sembahyang jumaat tidak wajib di hari aidilfitri).

Sejarah adalah rakan yang sentiasa memberi peringatan. Sejarah merekodkan, kebanyakan hadith terkumpul di zaman pemerintahan bani Umayyah. Apakah yang ada di zaman bani Umayyah?,
Zaman Umayyah ialah zaman di mana islam dimiliki oleh pemeritah. Bukan sahaja rakyat, tetapi Ulama turut tidak terkecuali dari cengkaman pemerintah. Islam menjadi lemah, kekuasaan jajahan takluk longlai, kemewahan dan harta benda menjadi Tuhan. Ulama disiksa sewenang wenang, islam dipandu oleh nafsu sang pemerintah yang akhirnya membawa kepada kehancuran sebuah tamadun yang dahulunya murni. Tamadun Islam.

Jadi tidak mustahil kemashalatan sebegini (sembahyang jumaat menjadi tidak wajib di hari aidilfitri) turut terbelit dan termanipulasi oleh sang pemerintah yang menguasai ulama. Berapa banyak kisah yang boleh kita telaah tentang pemerintah yang memaksa, memenjara,mengugut, memukul dan menyiksa Ulama yang menentang mereka?. Tidak mustahil Ulama dipaksa menulis sesuatu Hadith mengikut undang undang pemerintah di zaman itu, seterusnya diwarisi oleh keturunan sesudah mereka. Tidak musthail..maksdunya, hal macam ni boleh berlalku.

Dalam dua perenggan di atas, gua mengajak lu orang berfikir secara logis (sekarang dah faham logis yang gua maksudkan?), Gua bukan menyuruh lu orang menolak Hadith. Jangan jadi bodoh dan berfikiran cetek!, Gua suruh lu orang berfikir..ulama ulama dan penganut islam dahulu kala pun berfikir, kalau mereka tak berfikir dalam menganalisis Islam, mana datangnya ketelitian agama yang kita nikmati sekarang ini?, datang dari mana?,

Kalau berfikir dan menyoal dalam agama itu dianggap salah...apa gunanya Allah ciptakan akal?, apa rasionalnya Allah memberi 'subliminal mesej' melalui Al-Quran yang kemudian diterjemah oleh cerdik pandai Islam?,

Contoh paling mudah; dalam Al-Quran Allah berkata " Janganlah kamu berjalan dalam keadaan yang bongkak" (Surah Lukman, gua tak ingat ayat berapa..).

Jadi sekarang "jangan berjalan dalam keadaan bongkak" ni nak kira macam mana?, Maka di sinilah datangnya fungsi akal..
Dengan akal yang sihat, kita manusia kena berfikir macam mana cara nak translatekan arahan Allah yang 'simple' ke dalam struktur masyarakat yang 'komplex'?
Adakah 'jangan berjalan dalam keadaan yang bongkak' ini dimaksudkan sebagai jangan berlagak bila jalan di kaki lima?,
Tidak. Mesej Al-Quran tidak secetek itu. Jadi kepada manusia yang sentiasa berfikir dan menganalisis, arahan yang tampak mudah boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis undang undang..undang jalan raya, undang undang jalan keretapi, undang undang kapal laut, undang undang pinjaman Bank, undang undang jual beli dan sebagainya. Objektifnya mudah, supaya kita semua tak buat benda ikut suka mak bapak, ada rule and regulation, ada tatacara, ada etika, dan ada panduan. Sekarang nampak?, sekecil kecil perkara bila kita manfaatkan akal..boleh menyelamatkan satu mekanisma kehidupan yang sangat komplex.

So siapa kata kata akal dan fikiran tak boleh diguna pakai dalam memahami hukum dan syariat?
Siapa kata?, cakap!!!

Hal Sembahyang Raya vs Sembahyang Jumaat yang kita bincangkan, gua tak perlu bagi kesimpulan. Apa yang gua tulis kat atas, rasanya cukup untuk lu orang fikir dan kaji. Itu cuma contoh..banyak lagi contoh contoh (anomaly dalam urusan agama) yang bersifat sama dengan hal sembahyang raya vs sembahyang jumaat tu. Jadi gua ambil satu contoh dan sandarkan pada perkara pokok yang kita semua kena pegang, yakni Islam itu mudah, tidak mengelirukan, dan sentiasa progresive tanpa merosakkan dalil dan logik. Bertanyalah 'kenapa?'. 'Kenapa?' yang datang dari hati yang ikhlas sejuta kali lagi baik dari berdiam diri dan ikuuuuuuttttttt tanpa banyak soal.

Tapi yang jadi masalah orang kita ni, bila skeptikel isu isu agama, terus kena tuduh macam macam. Gila!,
Ingat!, Setiap persoalan dan pertikaian melibatkan soal agama, mestilah ditangani oleh masyarakat dengan baik dan berhikmah. Masyarakat yang tidak berupaya menyediakan jawapan untuk sebarang persoalan adalah masyrakat yang lemah, beremosi dan kurang berilmu.

So lepas ni bila berbangkit persoalan agama yang kontra dan tak ikut mainstream, just rilex...

Jangan cepat melatah bro..

Jangan pula lu orang asyik menggunakan akal fikiran untuk mengkaji petanda Illmuniti dan Freemason sampai segala urusan agama terbarai tanpa suluhan.

26 Nasihat Ikhlas:

kipaslipas said...

terbaek hujah lu

Anonymous said...

setuju

-aPi- said...

padat bro....

excellent...
;)

Anonymous said...

betul ape lu tegakkan tu.
asyik-asyik nak Illuminati dan Freemason, sampaikan hukum wajib sunat sembahyang pun boleh nak debat.

cube try niat solat aidilfitri dan solat jumaat?
bunyik die pergi mane ?

FAHMI said...

sorry,but i guess u r wrong in this matter..
ptama, agama islam sgtlah jelas dr segi akidahnya tntg Allah itu Tuhan yg Satu dsb.amma dr segi akademiknya x sbgitu mudah spt yg sdara qiyaskan dlm hal ni.

kdua, sdara seolah2 menuduh pemerintah bani umayyah merosakkan urusan agama ini dan juga rijal2 yg sgt siqah dlm periwayatan ilmu hadis yg x akn tnduk dgn pemerintah..pgetahuan tntg sejarah islam sedara tlalu umum utk bcerita tntg hal ini..

ktiga, Al-quran tidak ditafsir oleh cerdik pandai bahkn yg mentafsirknya adalah nabi s.a.w.(tafsir ma'thur)

keempat, antara kata2 Ali r.a.: Kalaulah perkara dlm agama ini dgn akal fikiran nescaya myapu khuf di tapak lebih aula dr myapu di atasnya.

tuntas, sy nk bgtau agama ini dgn nas, kalo ade nas yg jelas tntgnya maka kita sbg mukmin yg patuh kpd Allah dan rasulnya akan ikut pkara itu..so, solat jumaat hanya sunat di tunaikan sekiranya anda dh tunaikn solat raya bdasarkn hadis yg diriwatkn oleh hakim, abu daug, ibn majah, Baihaqi dan lain2..syukran.

Aslina said...

hmm... pada pendapat aku...

baik dahulukan apa benda yang wajib ye tak??

lagipun solat tu kan amalan yang baik. bukan baik dari segi fizikal (sebab banyak pergerakan) tapi jugak baik dari segi rohani ngan mental...

ape la sangat spent time solat jeee... bukan kene bayar pun masuk mesjid tuuu...

duduk mengadap fesbuk pun boleh je layan dari pagi bawak ke petang....

tskk...

jon said...

benda ni gua fikir simple. islam itu memudahkan, ada kelonggaran dalam beberapa bab. contohnya solat ketika perang, ketika mendukung bayi, ketika sakit dan sebagainya.

untuk kes ini, bagi gua, islam menjemput orang islam untuk meramaikan masjid pada sembahyang jumaat. jadi, jika solat sunat hari raya jatuh pada hari jumaat dan bagi sesiapa yang sudah pergi sembahyang raya, dia sudah tak wajib lagi untuk solat jumaat. sebab dia dah 'berjaya meramaikan' masjid itu. objektif utama. bagi sesiapa yang tak pergi solat raya, memang wajib lah bagi dia solat jumaat tu. ianya individu. kalau pi solat raya, jumaat tak wajib. kalau tak pi solat raya, jumaat wajib. bagi contoh senang la, kalau la, sorang tu duduk jauh dari masjid(mungkin negara lain, negara kita masjid dekat2 alhamdulillah)..dia dah pergi solat raya, then balik rumah beraya..penat layan adik beradik..lepas tu kena plak pergi jumaat. itu seperti menyusahkan. cukup sekadar dia solat zuhur di rumah.

kenapa kelonggaran misalnya solat jamak dan qasar kita boleh optimumkan..guna sungguh-sungguh, tapi bab kelonggaran solat raya/jumaat ni macam takmau ambik plak advantage tu?

kesimpulan, sapa nak pergi jumaat jugak, pi la..dapat pahala. tak pi pun tak mengapa(itu pasal hukum harus).

kalau gua salah, sila betulkan.

p/s: aku tetap pergi jumaat walaupun dah solat raya, sebab masjid dekat. lagi satu, segan sebab semua sedara-mara lelaki turun masjid.

Ahmad Belia said...

sape bincang isu ni? dah banyak kali gua layan layan pagi raya lepas tu layan solat jumaat. rileks dan tak ada apa2 pun.

yang aku tahulah solat jumaat tu wajib dan meninggalkan solat tersebut adalah haram. yang ni aku dengar tadi kat kampung bapak mertua aku. itu pun sebab nak tunggu 40 orang untuk start khutbah jumaat.

yang gua tahu setakat hari ni semua jenis orang alim yang gua kenal pergi solat raya dan solat jumaat.

yang lain mungkin gua tak tahu. maazab bende kata jumaat tak wajib tak tahulah ni. jafari ke?hambali ke? shafie ke?

abang mr bean kat atas ni gua tak tahu belajar mana kata jumaat tak wajib. gua nak tahu siapa yang kata sebab gua sendiri nak pergi tanya dia.

kalau boleh gua nak tahu tok guru mana yang cakap jumaat tak wajib tu. sebab mungkin ramai suka dengar tentang hal ni.

tolonglah bro.

rhazes mohamad said...

gua rasa la kan...

dua dua solat tu 2 rekaat jer...
apa yang jadi kecoh sangat?...

kalau gua yang tak berapa rajin nie diberi pilihan antara zohor dengan solat jumaat..

gua ambil solat jumaat...hehe

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Dia sebenarnya macam gini. Benda ni sebenarnya antara malas dengan rajin je. Kah kah kah!

Unknown said...

Gua syak lu bukak topik serius gini sbb nak elak jawab soklan gua pasal bila lu nak buat open house, tak gitu?? Kehkehkeh!!!

Kap said...

sembahyang saja sudah.
puasa jangan tinggal.

lepas tu minta Allah beri kita pemimpin yang adil untuk Islam dan agama lain.
mesti kita tak dikelirukan begini.

FdausAmad said...

Awolscholar,

1. Urusan akedemik agama di mana yang susah?, 'disusahkan' tu ada la.

2. Bani Umayyah - kalaupun tak semua, kebanyakan pemerintahnya lemahm, siqah tak siqah rijal ni bergantung pada persepsi. Sejarah boleh dicatat dalam pelbagai cara persembahan. Mempertikaikan siqahnya rijal rasanya tak mengundang dosa. Betul, pengetahuan sejarah gua general, tapi itu tidak membunuh common sense gua.

3. Al-Quran di takrif oleh cerdik pandai - nabi dan rasul juga tergolong dalam cerdik pandai bro.

4. Agama itu bersandar pada 2 - dalil naqli dan dalil aqli (gua sebut kat atas kan)

Gua pernah tanya,
kenapa dalam Hadith yang beribu ribu tu, teramat sedikit (teramat sedikit) hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali?,
Satu orang pun tak boleh nak jawab.

kenapa?, haa..tolong gua jawab..kenapa?, Saidina Ali ni sahabat jauh ke sahabat dekat?, nak kira macam mana sekarang?

Aslina said...

nasib gua ni pompuan je...

dari kene solat zuhur kat umah... sorang2 ikut turn sebab bilik solat tak muat nak jemaah ramai2...

baik gua pi mesjid je buat jumaat...kan?? pahala jemaah dapat... pahala meramaikan mesjid dapat... dengar khutbah pun dapat...

apa nak komplen?? ni buat persoalan camni ni, nak ngelat ke apa???

tempat gua rilek2 je takde nak kecoh2 camni... nak plak mesjid tetiap kawasan kemain dekat lagi...

lain la kalo time tu tengah musafir... dah tentu gua dengan kaum kerabat gua pilih solat jamak & qasar je...

banyak pilihan maaa...

btol laaa...

benda ni antara rajin dengan malas jeee...

kan ke miss jumaat sampai 3x nanti boleh gelap hati...

Pala Maldini said...

dua rakaat je bro.. 2 for sunat aidilfitri, 2 for Jumaat. Bukan susah pun. Bukan hari2 buat. Tak sampai sejam each sekali dengan khutbah...

Banyak lagi masa lepas tu kalau nak mentekedarah lemang & rendang atau beraya rumah ke rumah

Ahmad Belia said...

berselisih pendapat@pandangan itu merupakan satu fitrah manusia.

bro pirdaus, gua dah baca dan gua dah faham. terima kasih atas penerangan.

harap lepas ni kita dapat bincang isu yang lebih besar seperti perpaduan/ukhwah islamiah.

muaz said...

Mmg bagus kalo ada discussion camni..

Gua pon cuba jugak cari jawapan persoalan2 mcm ni.. dari segi hadith, mmg terang2 kan. mmg ada fatwa dari al-azhar pasal bende ni.. tp since basis discussion ni, Islam mudah lagi memudahkan dan pemikiran secara logik, gua pon pikir pakai logik akal jugak la kan..

Ok, kenapa org cakap solat hari raya, xpayah solat jumaat. Kene paham kan jugak, kalo solat raya, tp still kene solat zohor, bukan maknanya xyah solat langsung... Kenapa solat raya, xpayah solat jumaat? Kenapa?

Secara logik, apa beza waktu solat jumaat dgn zohor? apa beza syarat sah dia plak? tempat? etc? Zohor, korg nak solat dekat2 nak asar pon boleh, ye dok? Jadi, itu utk memudahkan org Islam beraya. Bole pakai logik akal gua camni?

Tentang sunat vs wajib, nanti gua ulas.. Ilham logik gua belom sampai utk isu ini.. maybe kene makan ketupat seround.

abah said...

Assalamualaikum...Tabik kat lu bai.

Di tempat kita yang aman ini, dgn sempurna nyer segala kemudahan; Mesjid dekat, Luas dan Selesa, Air-Cond lagi.

Wajib tetap wajib, Sunat di perlengkapkan. 27x banyak tu..

cikpia said...

naper kat kawasan aku tak pernah timbul pun isu nie.....??? aku sendiri tak pernah terlintas kemungkinan wujudnya kelonggaran dalam solat jumaat kalau dah solat raya. tak payah pikir2, benda senang. semayang jer la.....

Fa-T said...

mau kena rotan dulu baru sembahyang ka?? sudah berbulu mesti mau kena rotan!

ahahaa

AZLAN MOKHTAR said...

terbaik.

Anonymous said...

tl;dr

wajib tetap wajib
taknak pegi semayang jumaat alasan orang malas saje

kucai said...

salam..
gua sokong lu bro..
susah sangat ka nk sembahyang jumaat time hari raya..setahu aku, makan nasik lagik susah...

manusia sekarang terlebih cerdik pandai..menyusahkan perkara yang sebenarnya senang...

wallahualam...

The Self Center said...

as usual...another gem ;)

Anonymous said...

bro..
cube riki link ni..

http://suraukini.blogspot.com/2010/09/hukum-solat-jumaat-ketika-hari-raya.html

cikEff said...

org kite suke benor ckp psl hukum.