Lepas dapat tahu raya jatuh lusa, bukan esok, gua tutup tivi dan bersiap siap nak pekena terawikh di masjid Tg Malim.
Masa ni gua sekeluarga tinggal di Taman Juta Jaya, iaitu sebuah taman yang paling abang sekali dalam semua taman perumahan di sekitar Tg Malim. Kami menyewa di sini dengan kos sewaan rm300 sebulan. Taman Juta Jaya ni siap dapat CF pada tahun 1983. Bentuk binaan masih tidak lari dari bentuk binaan era 70'an. Porch yang luas, syiling terbuka dibahagian ekor ruang tamu, dan dapur yang halus kecil terperosok ke belakang menjadi tema binaan taman Juta Jaya. Ada lebih kurang 8 buah rumah sederet dengan rumah gua.Belah kiri gua rumah cina, manakala belah kanan pula gua rumah orang india.
Sebenarnya gua baru pindah ke Taman Juta Jaya ni kira kira 2 hari sebelum puasa. Baru sebulan, belum kenal ketua taman lagi, samseng samseng taman pun gua tak sempat selisih lagi. Cuma satu perkara yang gua perasan, barisan rumah yang bertentang dengan rumah gua ni ada sorang makwe selalu main badminton petang petang atas jalan tar . Bulan puasa memang elok sangat kalau makwe main badminton, sekurang kurangnya gua boleh usha dari tepi tingkap. Makwe yang gua cakap ni dah lama gua perhati, dari hari pertama lagi gua dah mark makwe ni. Dah ada balak ke belum itu cerita lain, gua boleh hendel. Paling penting dapat tahu nama dulu, disusuli dengan nombor telefon rumah. Benda macam ni basic, namun gua kena berhati hati..soal kejiranan dan rukuntetangga perlu gua beri keutamaan. Tak boleh gopoh sangat nak berkenalan.
Setelah hampir sebulan merangka strategi, menyusun atur tektik, membuat operasi rondaan, dan bertegur siapa dengan jiran jiran makwe tersebut, malam ni tiba masanya untuk gua bertindak. Memang gua set nak bertindak tepat pada malam raya, tapi memikirkan keluarga gua nak balik kampung esok hari, gua kena awalkan sikit tindakan yang sudah dirancang rapi.
Gua keluar kayuh basikal menuju ke masjid. Masjid Tg Malim letaknya dalam 600 meter dari Taman Juta Jaya. Jalan ke sana halus, gelap dan sangat berbahaya bagi pejalan kaki yang memakai baju hitam. Target gua bukan nak ke masjid sangat, tapi lebih kepada menggunakan telefon awam depan balai polis sebelah masjid.
Yes!. Nombor telefon yang gua dapat dari Helmi, jiran makwe tersebut yang ketika itu baru tingkatan satu, tersisip kemas dalam kocek baju. Bagus budak helmi ni, licik dan setia pada gua.
Gua menghampiri pondok telefon yang lengang.
"tit tit tit..tit tit tit tit.." - Gua tekan nombor kemas dan berhati hati.
"Hello...?" - bergema suara si makwe dihujung talian..
Gulp..gulp..gulp..
(bersambung..)
14 Nasihat Ikhlas:
mana takde yg 'first'. balik kampong ke mende?
hah, gua first!
mana takde yg 'first'. balik kampong ke mende?
hah, gua first!
siap 2 kali dpt first tu. kah kah
Hahaha, cepat sambung!
terjebak gua bertakbir kat blog lu der.
Kisah chenta lu ngn cikgu kuala kubu kan...
aik, raya2 pun sempat update blog...
kagum weiii...
ngeeee
huh.. bace citer kisah debaran di pagi raya pulak gua hari nie.. siap bersambung tu .. memang kasi debaran sungguh..
nie kira raya ke berape nak sambung balik nih?
.
Cerita lu lame...
Sambung cepat bro!
Ada harapan lu sambung cerita ni raya next year ni..
Dup dap dup dap.
hagak2 nyer raya ke berapa ko nak sambung citer nie...???
hoho first time terserempak blog neh .. best cite cite lam nehh ..bila nak sambung yang satu neh :p
Post a Comment