Tuesday, July 13, 2010

Bidan Leha


Sekarang cikgu kuala kubu menerima rawatan spiritual dari bidan Leha.

Malam semalam gua bawak cikgu pergi rumah dia.
Gua kira kira di rumah bidan Leha ada 12 pasu bunga besar besar tempayan. Menurut laki bidan Leha, sebijik pasu bunga dia punya harga RM700. Itu baru pasu bunga..

Malam tadi gua bawak lagi cikgu pergi rumah bidan Leha, kali ni gua semak pula televisyen full HD 42 inci jenama Toshiba di ruang tamu dengan sebijik peti ais besar pintu rumah tersandar kemas di celah lorong menghala ke dapur. Memang champion!.Barang barang dan perhiasan dalam rumah bidan Leha pun memang champion!. Tengok, sampai 2 kali gua bagi champion pada bidan Leha.

Gua syak bidan Leha sudah mencapai status 'financial freedom', iaitu status yang sering dipakai oleh pengamal ilmu MLM ketika memberi ucapan pada pekerja pekerja makan gaji, tidak kiralah pemakan gaji itu bekerja swasta ataupun bekerja kerajaan.

Ya. Gua asyik terfikir, rasanya masih belum terlambat untuk gua menimba ilmu menjadi Bidan.

Boleh pakai peti ais besar pintu rumah,

Ibarat kata orang putih;

"Why Not?"

19 Nasihat Ikhlas:

redballerina said...

bidan pun okayy. boleh buat kerjaya. tak payah ada kwsp pun terjamin rasanya

Khairi Mohd said...

tak semestinya jadi bidan bhai. Jadi pilot pun lagi senang.

fndrocka said...

lu ada motif lain ni nak jadi bidan.peti ais besar2 pun tak tentu masuk surga.keh3

Neyra Shazeyra said...

wakakakaa

Syed Afzal said...

Bidan Leha, bidan leha jugak..Buku La Tahzan versi indie gua mana? Takkan gua nak claim ngan bidan leha pulak..

farwalis said...

cun gak tu. apa2 hal gua emel lu kalau gua nak rawatan spiritual dari lu

hentakbelipat said...

lu pakai ilmu bidan habis jahanam lah mak2 bunting...try bidan kucing dlu ah lepas ke tak

RinnAzrinah said...

lu nak jadi bidan ape???.... bidan terjun ke???....

Unknown said...

bidan??sape branak???lelaki kah???kalo takat jadik bidan unutk ckgu kuala kubu je...hehehe...tak dapek kot

jo said...

menuntut ilmu perbidanankah?

Unknown said...

masyuk bisnes dia nih, boleh amik ilmu sikit nih

Days said...

aiseyh ..teringin nak amek course cm bidan leha la kat unibersiti.beli pasu bunga harga ratus2 rase megah jgk tu

ena said...

aku sakit badan la. nak jumpa bidan leha gak!

nak tuntut ilmu cemana nak mendapatkan peti ais besar skalik!!

hahaha

. said...

gua syak juga bidan leha nie jual jamu jenama "jom kurus bersama - sama" sebab hari tu gua terdengar ada orang jual jamu tu nama dia leha...

gua xnak jadi bidan said...

Fatem nak buleh adik pulak ke, pak bidan? :D

Berd said...

sikap lu ni memang boleh buat laki. tanggungjawab tu tak lepas. cehh!

Qmal said...

ok gak jd bidan..
tp ader ke org pompuan nk dtg berubat kt pak bidan?? huhu

Encik Jep said...

mak gua bidan kg gak..tapi peti ais xde la besar mana,haha. lupa nak cakap,buku lu dh selamat sampai kt gua dh bro..makaseyyyy!

mimizuzuhaha said...

Umah kak leha kat luar ada kolam renang tak? Nak tumpang mandi..bil air lupa nak byr