Friday, April 30, 2010

Jangan lupa beli popia


Petang tadi gua keluar sekejap pergi beli goreng pisang. Gua keluar betul betul sekejap. Adala dalam 10 minit, mungkin lagi kurang dari 10 minit. Pecut moto jenis potong angin punya. Sibuk sibuk macam ni mana boleh keluar lama.

Masuk ke kawasan parking rumah gua brek sampai menyeret tayar belakang, tendang tongkat lalu gua lompat turun menerpa masuk dalam rumah.

Goreng pisang dalam plastik kuning gua hulur pada cikgu kuala kubu tak bersentuh kulit.

"Ehh mana popia?" - cikgu kuala kubu bertanya terperanjat.

Gua renung wajah cikgu kuala kubu dengan kening berkerut. Gua garu kening tiga kali.

"Lu cakap tadi goreng pisang saja..mana ada pesan popia". - Tegas gua bagi jawapan. Otak gua belum barai lagi sampai boleh keliru dengan hal goreng pisang dan juga popia.

Keadaan senyap.

Perlahan lahan cikgu kuala kubu melemparkan se sengih makwe tepat ke muka gua.


"Ada la gua bagitahu ikut formspring tadi, tak check betul betul la tu!"


Gua terus duduk bertahiyyat atas lantai.

"Ayah cepat pegi jawab..rasanya dah ramai orang tanya tu." - Jerit Fateem pula dari bucu tivi.

****

Lepas ni anak dengan ibu memang dua dua gua nak tarbiyah suruh hapal surah Al Baqoroh sampai selesai. Minggu depan kalau gua tasmik ada sangkut, siap gua rotan!

14 Nasihat Ikhlas:

Haziren Tukiman said...

Lu ada je bahan nak buat citer kan...

nur_nj said...

syabas Bro! hahahha

inDah iNdrIana said...

nasib badan

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

hahahahaha...mula2 gua macam itik lekat getah..tp lepas gua masuk kuizdarjah6 pya blog baru gua paham sepaham-pahamnya..maklumla..blog tu dah berkulat..tak pasan ada update..hikhik..

kalau gua tya ikut situ jawapan dia nak tgk kat mana? hihik

AWOLscholar said...

waa best2..bg link cikgu kuala kubu bleh? ekeke..

Alynn Notnot said...

hahaha! lawak betol! maju betol kirim popia kat formspring :))

redplasticbag said...

kah kah kah
sabar je lah

-aPi- said...

hahahaha....
hbat gak kiasan2 dri ckgu kuala kubu...

Anonymous said...

kene on9 sokmo la klau gitu

haha

BigMek said...

cikgu kuala kubu..mabeles....

Hidemichi said...

Bleh buat order jugak yer...

Nina Nurziana said...

haha.... giler lah...hahaa

Hartif. said...

hahahaha best:D

cek chun said...

adoihhh.penat aku gelak