Sunday, March 14, 2010

Cerita Kedai Gunting


Pagi tadi, gua pergi gunting rambut di Taman Malim. Ada kedai gunting rambut baru beroperasi. Tukang gunting pula rakyat asing dari Paksitan. Sekarang ni memang trend kedai gunting rambut tarik budak budak paskitan atau Chennai, atau Nepal. Monopoli orang India dalam industri gunting rambut di Malaysia dah barai ke?

Mula mula gua pun fikir macam tu, rupanya fikiran gua jauh terbabas, orang India yang berkecimpung dalam industri gunting rambut sebenarnya dah maju. Mereka ni rupanya yang mengimport budak Pakistan, atau Chennai atau Nepal datang menjadi penggunting rambut di kedai kedai milik orang India. Sistem pengurusan bijak macam ni sebenarnya sangat menguntungkan. Macam agen mencari amah (dimonopoli oleh orang Indonesia yang menetap di Malaysia), atau agen menyeludup ayam dari China (di monopoli oleh kongsi gelap), atau meng-hire pekerja pekerja kedai mamak yang berstatus Islam tapi ada tatto serta tak pandai baca fatihah, projek menjadi agen pengggunting rambut juga memberi keuntungan laju serta berisiko rendah.

Berbalik pada cerita pagi tadi, gua sampai di premis gunting rambut dengan moto tercabut nombor plat kira kira pukul 11 pagi. Ada 4-5 orang warga asing gua tak tahu dari negara mana sedang menunggu giliran nak gunting rambut. Gua masuk terus menemui penggunting rambut, gua tunjuk kad pengenalan. Penggunting rambut hangguk hangguk kepala. Terus gua duduk dan acara menggunting rambut bermula. Unutk pengetahuan lu orang, Bumiputera melayu masih mendapat keutamaan dalam hieraki sosial di Tg Malim. Sebab tu gua suka duduk Tg Malim.

"Saif"

Penggunting rambut memperkenalkan diri. 4-5 orang warga asing yang gua tak tahu datang dari negara mana tadi usha gua tak puas hati. Gua buat tak pedulik.

"Fdaus..dari suku melayu.".

Saif kata dia baru sampai lebih kurang dua bulan. Sampai saja terus kena kerja. Untuk menyenangkan kerja pengguntingan, Saif kena belajar cakap melayu, cakap india dan cakap cina sekaligus. Tak sempat langsung nak pegi ambil gambar di tepi air pancut KLCC, sambil shopping shopping, kompelin Saif.

"Baru kerja..dah berangan nak rehat rehat..nak jadi kaya, pemalas!" - Gua memberi komen dalam hati,.

"Pendek suma?" - tanya saif.

"Nak macam Aril AF". - Gua jawab balik bertenang.

Zrrttt...zrrtttt..bunyi mesin pencukur menelusuri ruang kepala belah tepi.

Saif tanya kalau nak beli mangkuk sinki mana yang murah. Gua suruh dia beli dekat kedai Hardware Lim Siap kawasan bandar. Sana murah. Kalau nak beli VCD filem Pakistan, pegi cari kedai Ravi, kawasan pekan jugak sebelah kedai buku dan alat tulis Sam Meng. Kalau nak periuk nasik murah, pegi tanya Wong, tokeh kedai elektrik SAMSUNG. Wong ni ada lori bawak tong gas hijau. Gua memperkenalkan Wong secara agak detail pada Saif.

"Periuk nasi sudah ada". - Saif balas jujur.

Kalau nak makan TomYam sedap, pegi kedai Cupak, semua budak siam hendel. Kalau nak groupies, boleh cuba makan pau YikMun, sebelah lampu isyarat. Kalau paip bocor, talipon Siva, kalau nak buat plaster syiling kontek Chan, kalau nak pekena kari kepala ikan, pegi KP Mohammad india muslim, kalau nak bukak akaun fesbuk pulak, pegi saiberkafe Yong THL sebelah kentaki, boleh dapat murah.

Gua memberi panduan survival pada Saif. Yaa..orang asing macam saif yang mencari rezeki di negara gua, perlu sedikit pertolongan.

Minyak rambut poken tin bujur gambar perempuan bogel, bertindih 4-5 tin atas meja. Beberapa gunting pelbagai saiz disumbat dalam bekas plastik. Ada majalah Mangga juga bersusun di bucu meja.Dari jauh gua perasan ada kesan koyak rabak di sana sini pada majalah majalah Mangga tersebut. Gua geleng kepala dalam hati.."Saif...saiff..gampang juga lu ni ya".

Saif terus rancak menggunting pakai manual pulak lepas habis sesi pakai mesin.

"Awak kerja mana?," - Saif tanya lagi.

"Gua tak kerja. Gua sudah kaya!". - Kali ni gua jawab tipu supaya Saif respek sikit pada gua.

''Saya mau tanya..itu bangunan Medan Selera tempat makan makan juga banyak tutup, apa pasal?

Gua tepis sisa rambut yang merusuh nak masuk lubang telinga. Tepi pakai pakai bahu.

"Itu Medan Selera bukan tutup. Kerja juga. Itu jual makan makan semua masak hantar pergi itu Kuala Lumpur punya hotel. Bisnes juta juta.
Jual makan sama lu lima ringgit apa mau buat?,
Mesti mau tangkap itu juta juta punya. Jadi itu kedai tutup. Masak sana dalam gudang belakang rumah saja".

Saif hangguk hangguk lagi, gua anggap dia percaya.

"Itu bangunan MARA sama juga, semua kedai selalu tutup?, orang tarak?, ini tokeh mau pindah sana..tapi tarak dapat." - Saif makin galak bertanya.

Gua memberi penjelasan.

"Itu tokeh kedai bangunan MARA banyak pergi luar negara berehat rumah anak anak. semua anak anak kerja luar negara.. jadi doktor dekat London. lu tau London?. Ada anak kerja enjineer dekat Amerika. Ada kerja pegawai bank dekat Australia. Ada jadi bisnesman dekat Perancis, Itali, Afrika Selatan, Jepun, macam macam negara la gua pun sudah lupa..Ada jadi penyanyi rock. Lu kenal Metallica?, itu kumpulan sini Tg Malim punya orang..duit sudah banyak, apa bikin mau kerja lagi?

"Ini hal kecik kecik jual pasu bunga, cuci kereta,jual sinki, jual ikan sayur, jahit baju, jual prepaid, jual bedak, jual air kotak, bukak bengkel, bukak kedai tayar, bukak kedai kompiter, gua punya orang tarak main punya...semua main juta juta, kalau mau kerja semua mesti kerja dalam ekon."

Gunting rambut dah siap. Saif diam dengar gua behujah panjang gila. Gua bangun selok poket cari tujuh ringgit. Ada sepuluh ringgit. Gua hulur pada Saif.

Saif bukak laci, ambil tiga ringgit dan hulur balik pada gua sambil tanya lagi soalan dengan muka kesian macam nak kena tendang.

"Saya tengok ramai itu kerja Billion, duduk dalam ekon...itu orang dapat gaji juta juta ka?"

"Cisss...gua balik dulu, bulan depan sembang lagi!".

21 Nasihat Ikhlas:

-aPi- said...

hahahaha....
mcm tu le org kite kn???
adei...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

haha...
dok dlm ekon gaji juta2..
lawak la..

Kita dan Wang said...
This comment has been removed by the author.
Kita dan Wang said...

lu nye stori mkn dalam.
melayu mana nk buat biz kecik2, konon takde kelas...
tp hakikatnya mmg melayu takde kelas. nk pakai C-class, E-class atau S-Class pun tak ramai....

konon-konon bukak medan selera xde kelas, bukak kedai gunting rambut takde kelas....

tp melayu suka jadi kuli orang.. senang katenyer...

patutnya tak dpt niaga besar-besar, cube lah meniaga kecik-kecik.
cam jual diapers dari umah ker..

hehe

khaulah said...

best gile entri ni

org melayu msti nk rehat jeh..

SUXX said...

hahaha. Lu dah blh ada ruangan kt metro ahad ni. Style tulis dah mcm editor ni. Btw entri ni bgs.

CameronSweetHomestay said...

hahaaah..semua tempat yg lu ckp kat dlm entry ni..gua masih leh ingat dan terbayang...
hidup kat tjn malim..nak cari tukang gunting melayu mmg susah...huhuhu

pendekar laut said...

hehehehe, pedas giler..

typical melayu, mula2 bukak Rm2, npk mcm laku & rmai org sket, jd rm2.50. Npk mcm org ttp dtg, naik 50 sen lg.. Tk lm lps tu, melingkup.. hahahahaha..

MatNazip said...

tu lar...

tipu lagi.kan dah masuk perangkap sendirik.huhuhuuuu...

apa2 pown,aku pown xtau lar nak kata apa.dah nama pown melayu,melayu lar jugak...


huhuhuuuu...

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
makan dalam beb..

siggplus said...

bukak kedai kecik-kecik nanti orang dengki mula la hantar saitan sana sini kasi buncit perut

tipikal melayu lah

keh keh

crazy_labelle said...

wahaha... hampes... die ade blog x? lu carik blog die kalo2 die ade kutuk lu ke... wahaha...

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Aku pernah g teman adik ipar interview utk kedai2 kat Medan Selera tu..

Sempat laa berkenalan dengan 5-6 calon..

Sekali masa keputusan keluar..
Takde pun nama yang dtg interview tu..

Abih motif interview?!!!

jo said...

gua dah lama nak makan pau yik mun tuh...

Tempayan Pecah said...

Pau Yik Mun memang best..
entah inti ape dier letak entah..

muahahahha..


[makan dalam ini entri..]

Unknown said...

hahaha, agaknye die ade ati nak tukar kerje kat Billion Tg Malim plak kot!!!

Unknown said...

sesi memperkenalkan tanjung malim nampak..hahaha

adanz said...

itu billion jangan main2 la... gua pernah keje situ masa tunggu SPM, memang gaji juta2! tp masa tu nama dia angsoka ke ahapa tah....

NenetPenne (NP) said...

apsal bulan depan baru nak sambung? :P

cHeQgu sQema said...

ok, iced blended cupak pon best jugak, hurm.. tomyam piyour pon best bro~~

brat2104 said...

setuju.. patut org melyu buka kedai gunting sendiri.. bape je modal. bukannya semua yg dtg tu nak buat rambut sakan. basic2 suda..

paling payah kedai gunting rambut muslimah.. kena gi kedai cina je. padahal mereka yg bertudung tu bukan nk buat apa sangat..

ada 1 kedai kat kampung aku.. dah ok dah, melayu punya. silap 1 je.. campur laki pompuan. arghh!!