Gua kat shah alam masa hal ni jadik.Umur gua 19thn.Muda remaja.Kalo tak salah waktu cuti semester tahun dua.
Kalo dah namanya cuti semester, maka wajib sgtlah gua menunaikan tanggungjawab sosial melepak di rumah Tat Ang barang 3-4 hari.
Tujuan gua satu je, nak mengeratkan sirraturrahim ngan ahli keluarga Tat Ang, walaupun gua hanya touchdown di rumah beliau untk tido dan mandi,sambil menumpang beg dan makan rezeki yang mana ada.Lain dari waktu waktu itu, gua akan hilang dalam keserabutan Kolumpo hingga larut malam.
Gua baru mandi mandi dan ready nak sarapan.Hari tu Gua dan Tat dah plan nak pegi betenggek kat KLCC sambil usha makwe makwe. Mana tau kot sangkut yang lawa lawa, boleh jugak ajak pegi minum teh tarik kat Pelita sambil pekena sup kambing. Sekiranya takdak makwe lawa yang sangkut, bekap plannya adalah menelepon kutu kutu lain sekitar Kolumpo untuk mengajak
mereka menonton wayang bersama.
Siap je gua berpakaian, gua tengok ada dua missed call kat handset Erricson T28 gua. Nombornya ciput je +0301.
Gua saspek ni mesti kerja budak budak darjah tiga kat Vietnam main tekan tekan nombor ikut suka hati, lepas plak ke nombor gua.Lantak lah.. gua pikir simple.
Siap gua pakai baju, henpon gua bedering dering, nombor +0301 lagi..Gua angkat:
"Ini Pak Junaidi kah?" - sayup gua dengar suara bernada orang tua
berbangsa Indon dicorong speaker henpon.
"Bukan.Salah nombor" - Gua 'hang off'.
Tat Ang tengah mandi dah hampir sejam. Gua turun bawah lepak lepak sambil berborak ngan makcik beliau yang juga tinggal di situ.Baru je nak start borak henpon gua bunyik buat bising lagi.
+0301.Nombor tadi jugak.Gua angkat.Soalan sama."Ini Pak Junaidi ya".Gua jawab pun sama."Bukan.Salah nombor".
Tak lama dalam 4-5 minit lepas tu, henpon gua bunyik bising lagi.+0301..nombor tadi jugak.
Itu jam gua jadik hangin seluruh badan,tapi masih cuba menkontrol keadaan.Akal jahat gua pun datang mencanak canak.Gua mau jawab sket.
"Pak Junaidi ya" - Mamat indon tu bertanya lagi dengan kurios.
"Ohh..mau cakap sama Pak Junaidi yaa,Pak Junaidi enggak ada..dia sedang enak berak di jamban" - Gua bercakap ala ala mat indon yang keje buroh buat Supermarket TF.
"Ada hal penting pak..saya mahu becakap sama bapaknya Junaidi,saya saudaranya dari Surabaya" - mat indon itu bernada terdesak.
"Boleh saja sampaikan pada saya pak, nnti saya sampaikan sama Pak Junaidi yaa" - Gua balas tanpa menunjukkan apa apa kegelabahan.
Tup.Talian putus.
Gua senyum senyum.Gaya lakonan mantap!.
treettt trettt treettt..henpon bunyik lagi.Gua tgk nombor sama.Gua biar sket lagi.Agak lama baru gua jawab.Saja gua nak main saiko sama mamat indon nie.
"Pak Junaidi ya" - suara kurios dan cemas cam tadi jugak.
"Iyyyaaa..Junaidi di sini,mau ngomong apaan?" - Gua merealkan diri jadi mat Indon.
"Aku ni Siduarjo..Lekas pulang Junaidi!!, ibumu mati lemas disungai,pulang segera Junaidi!!!"
Tup.Talian putus....
Badan gua diserang seram sejuk tak ketahuan.Gua terkedu.Gua diserang rasa berdosa.Ya Tuhan ampunkan gua.
Treett treett treett
Treett treett treett
Gua tak angkat langsung dah.Gua tak pasti apa yang patut gua cakap pada Siduarjo.
Kejadian hari itu amat mengganggu jiwa nurani gua sampailah sekarang.
****
MORAL: Jgn bergurau tak tentu hala
11 Nasihat Ikhlas:
Lu memang jahat!
-rotiboy-
Dol..tabaik ko..kalau aku dah diigau mimpi ngeri siot
cibai punye jantan . mak die mati dowhhh
bro,ni citer betul ke rekaan??kalau betul kesian kat junaidi tu...mencari rezeki kat malaysia...
aku tak tergamak nak tergelak.huhu.moga rohnya dicucuri rahmat dan tidakmenggangu kesentosaan kau.
wOoo bedose wOoo..
cane kalo sampai arini pun junaidi eh?
haa..xtau amaknye mati.
isk isk isk
nak jwb pe kat malekat maut nnt?
(kalo ni nak dijadikan soklan bonus)
dilemma beb...dilemma
se ri us gila kentang kamu ini.
ada tak sebarang gejala hantu spooky menganggu gugau anda selepas itu. Mana lah tau terkena badi ibu pak djunaidi itu. Isk..isk. Kaget woo..
patut kne trauma seumur hidup nih.ahahha
lau x silap ak, num tu naik lau org kol guna skype..
aku setuju dengan moral kau. nak bergurau sila tentu hala. kalau tak tentu hala camni la jadinya.
aku tak rasa entry ni kelakar tapi aku pelik ada yang komen macam perkara ini kelakar.
Post a Comment