Sunday, May 24, 2009

Lari lari DiPadang


Gua ajak anak gua pegi main lari2 kat padang UPSI semalam petang.

Saja.

Fikir gua, mau anak gua kuarkan peluh bagi sihat badan.
Anak gua buat muka 'happy' gila bila tau gua nak pegi lari2 kt padang,mcm tu lah 'ekspressi' muka dia setiap kali gua hadiahkan eskrem perisa lemon kat dia.Suka btol dia kalo gua offer eskrem,laju je bila gua suruh dia buat itu ini.

Membeli eskrem utk anak gua, sebenarnya memberi manfaat lebih kepada diri gua.
Kalo tetiba gua rasa haus dan sedikit lapar..lalu gua akan ckp " Atem nk eskrem lemon tak?,kalo nak tolong ayah amekkan air sejuk dlm peti ais,amekkan roti ngan kaya sekali atas meja bulat kt dapur tu,bawak cawan ngan sudu jgn lupa". Seusai mendengar arahan.. maka terketek keteklah anak gua yg berumur 2 tahun stengah tu bergegas ke dapur melaksanakan tugasan yg gua titahkan,ngan harapan gua akan belikan eskrem lemon utk dia selepas itu.
Begitulah didikan yg gua terapkan supaya anak gua sentiasa aktif dan rajin berkhidmat utk gua tanpa mengharapkan balasan lebih dari eskrem lemon.

Berbalik pada aktiviti lari2 di padang,
Gua plan bwk dia dlm 10-15 minit cukup la.sambil2 lari boleh gak gua jeling2 makwe UPSI.Alah budak kecik lari pusing pusing kolam ikan, lari sket boring la dia, fikir gua simple.

Sampai padang, gua start 'slow jog', anak gua teketek ketek ikut kt blakang. Gua sengaja pantaskan larian.Jauh gakla gua tinggalkan dia,struggle btol anak gua berlari.Besungguh sungguh btol gua tgk dia kejar gua. Gua sengih sengih je kat dia tanpa menunjukkan belas kasihan."Cepat atem kejar ayah..lari laju lagi".Gua jerit sambil gelak gelak buli.

Kami berlari lari sekitar padang ada la dalam 10 minit.Gua perlahankan larian.Letih beb lari lari ni.Baju gua dah basah peluh.Anak gua pun dah peluh peluh.

"Atem..dah peluh banyak tue.Jom balik". Ajak gua yg temengah mengah.

"Ayah layie lagi ayah..atem shukee layie layie ket padang". Anak gua respond ngan pelat dia sambil meneruskan larian terketek ketek dia tue.

Dalam kepenatan gua teruskan larian sambil menahan sengkak kat dada.Gua tau keadaan ni dinamakan 'pancit'.
Seketika kemudian gua toleh belakang. Gua nak check sejauh mana dah gua tingalkan anak gua di belakang.Tujuan gua supaya dia penat dan boring sbb gua lari laju.bila dah boring mesti dia ajak gua balik.

Gua tak nampak anak gua!!
Anak gua dah takde!!!!!

Gua panik amat.

Gua toleh kiri kanan pun takde.

Mana anak gua??

Tetiba gua dgr suara jeritan halus budak kecik agak jauh dihadapan gua:

"Ayah laju ayah..layie laju ayah..kijar atem".

Anak gua pandang gua tersengih sengih tanpa menunjukkan belas kasihan.

Ciss!!!

****
Gua tak cite langsung hal ni kat bini gua.







4 Nasihat Ikhlas:

saifulaswat said...

aduh down layan tulis blog..aaarrrgghhhh.....apa dah jadi dgn ko nie.....-saiful aswat ahmad-

saiful aswat said...

apsal nama gua nana?tak paham....

FdausAmad said...

rilex beb...chill..hal kecik je ni

Anonymous said...

anak kau pun nak kejar budak UPSI lah tu