Sunday, May 31, 2009

Eskrem Kacang dan Duit Seposen


1992.

Gua tak berapa ingat sangat gua pakai baju apa dihari kejadian.Yang pasti bukan baju Harley Davidson sebab baju tu gua hanya 'dress' bila turun town Bagan Serai untuk main game arcade kesukaan gua,Street Fighter atau dalam bahasa melayunya Pahlawan Jalanan.

Yang gua ingat sangat,petang tu gua berentap sakan main gasing bersama kutu kutu Taman Serai Jaya.Pot seperti bese, kat belakang rumah Mat Nayan.Lepas jemu main gasing,kami berarak pula ke padang untuk main bola.Hari yang amat memenatkan buat gua kerana bertungkus lumus bermain 2 jenis permainan tanpa henti.

Dalam kol tujuh gua berundur dari gelanggang.Gua amat haus.Selalunya lepas main gua akan menerpa ke rumah Egoi utk pow air sejuk dari peti ais beliau.Tapi sebab gua benti main awal,terpaksalah gua cari alternative lain utk melapskan lelah.Dalam dok haus tu datang pulak keinginan menikmati eskrem kacang.Jadi ngan yakinnya gua mengayuh beskal ke kedai Cine O'ie (bacaan nama dia ni kene bunyi sengau baru btol) yang terletak tak jauh dari padang.

Sampai je depan kedai gua terus rebahkan beskal.Masa tu style rebah beskal dilihat amat cool,dan sesiapa yang tidak merebahkan beskal ketika berhenti akan kelihatan 'tak ganas langsung' di mata masyarakat budak budak darjah empat.
Gua melangkah ke peti eskrem.Waahh..eskrem kacang berasap asap kesejukan di dalam peti.Gua kene selamatkan eskrem kacang ngan segera nie.Gua capai eskrem,selok poket...ehh,seposen je duit gua?,tadi ada tiga posen?,cepat cepat gua sedar yang duit gua lagi dua posen pasti sudah tercicir di tempat yang gua susah nak kesan.

Eskrem kacang tu harga dia dua posen.Gua letak balik eskrem dalam peti.Cine O'ie 'menten' peratikan gerak geri gua macam la gua ni penjenayah sangat nak curi eskrem kacang dia.
Ligat gua bepikir mana nak cari lagi seposen.Mata gua melilau ke sekitar keropok keropok chikedies dan balang gula gula yang berjenis jenis.Ada keropok Bon Bon perisa ayam,Mamee,ada jugak kacang tumbok dan beraneka jenis makanan rapu yang langsung tak berkhasiat untuk tumbesaran gua.

Gua terpandang sebekas kotak putih.Dalam kotak putih tu ada kertas kertas kecik berlipat yang terlekat.Gua sedar inilah satu satunya jalan keluar untuk gua.Demi eskrem kacang yang sedang kesejukan di dalam peti ais.Dan demi melayan keinginan kanak kanak gua yang dahagakan sebatang eskrem.

Berbekalkan akal pikiran seorang budak darjah empat, gua membuat keputusan yang amat berisiko pada waktu tu.Gua nekad.

Baca Bismillah..gua masukkan tangan dalam kotak putih tu,sambil pejam mata dan berdoa dalam bahasa melayu,gua gaul pelan2 kertas kertas yg berselerakan.Gua capai satu kertas.Cine O'ie dah ready hulur tangan,gua serahkan seposen terkahir yang gua miliki sebagai pertukaran untuk harga sehelai kertas kecik.Kertas sudah ditangan gua.Gua koyakkan bucu kertas tu pelan pelan.

***

Gua pulang keriangan bersama 2 batang eskrem kacang dan setin air berkabonat. Siap ada balance lagi lima posen dalam poket gua.Alhamdulillah.




6 Nasihat Ikhlas:

Anonymous said...

cheit...nasib baik sungguh!! dah besar2 apa pula keinginan kau yg perlu dipenuhi eh

NaniDaniela said...

bro,lu mang siyot
lu suruh bunyi kn O'ie dengan dengung
gua pon da ikot sengau ni
btw,gua half way nk abes bace blog lu ni
x bosan beh...gile abeng~

Anonymous said...

siap ujung tu ada alhamdulillah lg.....heheheh

skrg kt kedai2 runcit Xda lg tikam yer...
kalau ader...nak gak test power..:D

aku dalam proses membaca keseluruhan bolg nie...best...
sama taraf mcm baca mastika...:)

pisangemas81

Aujinz said...

Hua Hua Hua.... tak bek men tikkam tikam bro.. (aku dulu habis seploh hinggit satu hari..dalam taraf klas darjah tinggi mase sekolah dulu..seploh hinggit tue same taraf ngan RM500 bla bla bla...)

Unknown said...

haha, gua abes kan mase utk abes kn bace blog lu. gile best. dah nak abes dh. blog luc gua dh khatam mggu lepas. best gak..

chekodok said...

tokan tikam kt tempat aku nme dia cik eton,
kau nk kenal ngn dia x?
hahhaha
:)