Friday, August 24, 2012
Barai di KFC 7:08 AM
Kelmarin gua dengan faseeh dan fateem melayan satu cerita melayu, entah apa tajuknya tak pula gua ambil tahu.
Salah satu scene dalam cerita tu adalah dua beradik perempuan miskin yang di bawa ke KFC oleh seorang dermawan. Dua beradik yang seumur hidup mereka tak pernah ke KFC berdialog sesama mereka.
Kata adik;
"Seronoknya kakak dapat makan KFC...kita tak pernah pergi KFC kan kakak, seronoknya!"
Gua pun mengambil iktibar lalu memberi sedikit nasihat pada faseeh dan fateem:
"tengok tu orang susah...pergi KFC pun tak pernah..korang ni selalu sangat makan KFC, kena bersyukur tau"
Terkesian dengan scene KFC, petang tadi gua pun bawak la faseeh dan fateem ke KFC Tanjong Malim.
Orang di KFC memang penuh kiri dan kanan. Suasananya riuh. Sedang gua beratur bersama faseeh dan fateem, dikelilingi pelanggan pelanggan lain dari pelbagai peringkat umur dan kerjaya, faseeh yang umurnya baru 3 tahun bersuara lantang;
"Seronoknya kakak dapat makan KFC...kita tak pernah pergi KFC kan kakak..seronoknya!!"
Serentak dengan itu, suasana sekeliling menjadi senyap, semua mata dalam KFC usha gua atas bawah tak puas hati.
Gua cuma mampu pandang muka faseeh meminta belas kasihan.
Tak patut betul rasanya dipandang serong macam ni.