Thursday, December 29, 2011

fateem..fateem...


Ada keluarga jiran mertua gua ni, hidup mereka agak susah. Anak dia seorang nama Safi, sebaya fateem dan mereka selalu main sama sama. Emak safi ni namanya Nisah. Nisah ni baik dan rapat dengan mertua gua.

Apabila di rumah, gua kerap bagi nasihat pada fateem bila tengok barang mainan dia bersepah;


"fateem kena bersyukur..jaga barang mainan elok elok. Jangan bersepah sepah. fateem nak apa semua senang dapat..tengok safi tu, kesian dia..Mak dia makcik Nisah tu orang susah, dia takde duit nak beli beli mainan banyak banyak dekat Safi macam ayah beli untuk fateem ni..ingat tau..bersyukur"


****

Namun sekejap tadi, masa gua baru sampai rumah, cikgu mengadu pada gua;

"Nasihat sikit si fateem ni..melampau!"

Gua menjadi hairan,

"Nasihat apa?, dia buat apa?" - tanya gua balik pada cikgu.


Fateem yang duduk di kerusi hujung cuma terkebil kebil.


"Tadi masa si Nisah bawa safi ke rumah mak..." - cikgu pause sekejap melepas geram.


"Haa kenapa?" - gua tanya lagi tak puas hati.


"Boleh dia pergi tanya Nisah tu..."


"Makcik Nisah, betul ke ayah kita kata makcik ni orang susah, takde duit nak beli mainan untuk safi?"

Tuesday, December 27, 2011

Takaful: Falsafah dan Perdebatan


Dua siri Takaful sebelum ini gua pancarkan Takaful secara teknikaliti dan 'produk oriented' yang mana level penghadamannya cuma di target pada pembaca pembaca yang objektif dengan fokus YA atau TIDAK.

Tapi kali ini, gua cuba menyelami pula isu penolakan Takaful yang melangkaui masalah 'tak ada duit' atau 'kompeni dah cover'. Penolakan yang dirangka penuh sofistikated menyentuh perihal kemashalatan ekonomi, keagamaan dan isu kemanusiaan. Penolakan jenis ini, bukan kecil anak dia punya rumit, dan kalau pengusaha Takaful sendiri tidak terlengkap ilmu di dada, maka goyanglah dirinya, dan silap haribulan..boleh terperangkap dalam jalinan persoalan yang tinggi nilai kesusahannya.

Baik, gua akan sedaya upaya merungkai hal ini dengan cara yang santai dan boleh difaham dengan mudah.

Berdasarkan pengalaman, pancaroba dan jerih perih gua bertakaful yang tak seberapa ni, banyak kali juga gua dipertemukan dengan opponent yang tinggi ilmu di dada mereka. Mereka ini mahir selok belok Takaful dan kalau kita bercakap pasal Takaful macam gua bercakap pada dua siri yang lepas, alamat terkulai la kita dikerjakan oleh mereka yang power ini.

Pengalaman gua yang pertama; gua berjumpa orang yang sangat kaya raya, lalu kata orang ini kepada gua:

"InsyaAllah...saya rasa tak perlukan Takaful ni, fund saya dengan izin tuhan dah mencukupi, Takaful ni lebih relevan pada mereka yang memerlukan perlindungan kerana ketidakcukupan cash.."

Nampak?, power tak power dia punya kenyataan. Ya. Ini bukan soal berlagak, ini soal kebenaran yang mana orang ini memang betul duitnya berjuta juta. Secara hakikatnya, keperluan Takaful mungkin dah tinggal 5% dalam senarai kepentingan beliau, sebab memang dia ni kaya.

Namun begitu, kepentingan bertakaful ini lebih besar maknanya dari wang yang berjuta. Gua terangkan balik yang soal Takaful ni bukan soal individu. Persoalan Takaful ini ialah persoalan ummah. Takaful di malaysia masih kanak kanak kalau nak dibandingkan dengan skim insuran konvensional yang telah bertapak selama beratus tahun di dunia. Sebagai produk yang baru lahir, dan lahirnya atas kepentingan agama, perjalanan Takaful dalam menandingi skim Konvensional dilihat seperti angan angan yang sukar dicapai. Demi menjadi kuat, Takaful perlu membina dana. Dana adalah perkara pokok yang mesti digembleng dan dikembangbiakkan. Dengan dana yang enermous, barulah Takaful boleh bersaing dengan produk konvensional yang memenuhi pasaran masakini, seterusnya secara significant membuktikan bahawa Takaful boleh berdiri lebih tinggi, atau paling kurang sama hebat dengan produk konvensional. Bila ini terhasil, nescaya takaful akan menjadi kompetitif dan membuahkan daya penarik bukan sahaja kepada umat islam, malah mampu berkembang kepada penganut agama lain. Cita cita ummah sebegini memerlukan sokongan yang kuat, kukuh dan berterusan dari....

Yaaaa..dari siapa?, dari siapa kita nak harapkan sekarang?

Dari kak Piah jual karipap depan rumah di kampung kuala Upih?

atau dari Pak Man Misai yang kerjanya menangkap ikan di Kuala Ibai?

atau nak mengharapkan executive syarikat konglomerat yang gajinya RM10,000 namun berkira kira 18 kali sebelum ambil takaful bernilai Rm120 sebulan?,

Atau kita semua nak mengharapkan pada kumpulan yang 'sori..kompeni gua dah cover' dan kumpulan 'aisehh..bajet tak lepas'?

Macam mana sekarang?,

Disnilah golongan berada, banyak harta memainkan peranan. Bertakaful pada level ni bukan lagi melihat hanya ke dalam diri, tetapi lebih kepada pengadaptasian konsep bantu membantu, Ingat..sifat Takaful itu berdiri atas konsep saling membantu. Paling tidak pun, penglibatan ke dalam kencah Takaful pastinya membuka jalan kebaikan yang luas kerana disitu terhidangnya peluang berbuat amal jariah sesama manusia.

Hal kedua yang sering ditemukan kepada gua adalah kumpulan manusia yang tidak percaya kepada Takaful sebagai sebuah skim perlindungan yang berhak disisi agama. Pada mereka, menginsurankan nyawa itu haram tidak kiralah datangnya dalam bentuk dan jenis apa sekalipun. Kumpulan ini, bila diajukan dengan kelulusan panel syariah ke atas Takaful, akan berdolak dalik dengan memberi segala detail letak duduk program takaful dalam hal ekonomi, hal perbankkan, hal pengurusan dana yang katanya mengandungi perkara syubhah dan segala macam perkara yang kalau dibelasah pada ahli takaful yang kurang bersedia, memang boleh bawa bertaubat.

Selalunya, kumpulan ini adalah mereka yang 'religious over conscious', dan seringkali berperangai skeptikel terhadap perkara baharu. Mereka berpegang pada konsep mengambil langkah perlindungan itu sama juga kedudukannya dengan memperjudikan nasib diri ke atas sesuatu yang belum pasti.

Satu teka teki untuk lu orang,

Cuba beritahu adakah kumpulan ini terdiri dari kumpulan kak piah?, atau kumpulan Pak Man Misai?,

Jawapannya sama sekali tidak. Mereka ini selalunya datang dari golongan terpelajar, bekerjaya, ahli konglomerat, dan memiliki kesedaran beragama. Kebanyakan mereka dari kelas yang bekerja besar dan berpendapatan tinggi.

Sekarang, kita dipertemukan dengan persoalan Prinsip.

Kumpulan di atas menolak Takaful kerana Prinsip. "Ada yang tidak kena dan tidak telus dan tidak islamik, jadi kami tolak". Itu Prinsip mereka.

Gua sebenarnya tidak kisah kalau prinsip sebegini terlaksana dalam semua keadaan. Tapi yang celakanya, bila pergi klinik ambil ubat demam pakai medikel kad yang syarikat bagi jugak, bila anak isteri masuk hospital buat operation berpuluh ribu syarikat bayarkan jugak melalu insuran korporat berkelompok.

Takde pulak bunyi bising cakap syarikat punya medikel kad ni haram, duit pampasan syarikat ni haram?,

Kenapa tak beritahu pihak kompeni yang lu orang kerja supaya jangan bagi medikel kad, jangan bagi sokso, jangan bagi insuran hayat, jangan bagi pampasan?, kenapa bila Dapppaaaatttttt ambik jugak?

Sebab Free? Percuma?, kompeni tanggung?

Habis di mana prinsip halal haramnya sekarang?, Untuk pengetahuan semua, kebanyakan syarikat multinasional, atau syarikat semi multinasional, atau apa benda syarikatlah yang menawarkan kemudahan medikel kad, perlindungan bla bla bla...sebanyak 99%, gua ulang...99% datang dari sumber perlindungan konvensional yang terang terang tiada kelulusan panel syariah.


So, apa macam?, Prinsip taik kucing. Harrkkk Ptuiih!

Oklah, hari pun dah nak masuk maghrib, moleklah gua berhenti dulu dan pekena ambil air sembahyang.

Oleh yangd emikian, sebelum gua mengundur diri, gua ingin berpesan..

Kalau ada kemampuan bertakaful, jangan berlengah. Ambillah...sebagai bekalan di hari depan.

Monday, December 26, 2011

Pencerahan Medikel Kad


Selepas gua memberi pencerahan mengenai MLTA/MLTT yang lebih releven pada golongan pembeli rumah, maka sekarang tibalah masanya gua memberi pencerahan mengenai perkara paling asas dan menjadi intipati kehidupan bertakaful kita semua,...tidak lain tidak bukan;

Medikel Kad.

Sepanjang pengalaman gua menceburi bidang Takaful ini, perkara paling kerek dan berlagak yang selalu gua hadapi ialah bilamana orang yang gua jumpa mengatakan kepada gua"

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Ya..ya..gua tahu, memang kebanyakan syarikat swasta yang beroperasi di Malaysia ni sangat bermurah hati memberi perlindungan Medikel Kad kepada para pekerja mereka. Perlindungan ini ada pelbagai jenis dan peringkat. Ada yang peringkat perlindungannya setaraf tapak kaki, dan ada juga peringkat perlindungannya punyalah power sampai boleh dilihat seperti ingin mencabar perlindungan Tuhan.

Perlndungan medikel kad yang ditawarkan oleh pihak syarikat ini bergantung pada keupayaan dan reputasi syarikat itu sendiri. Kalau syarikat itu miskin, maka medikel kadnya akan diberi secara miskin, dan kalau syarikat itu kaya raya, maka medikel kadnya akan diberi secara kaya raya juga. Tapi, ada juga perangai syarikat kaya, tapi bagi medikel kad miskin. kahkahkah!.

Ok.contoh medikel kad miskin:

- Nilainya dicatu. Mungkin Rm10k atau RM20 saja setahun untuk setiap keluarga.

Contoh medikel kad kaya:

- Nilainya tidak dicatu. Pakaila berapa ratus ribu pun setahun, syarikat tak ambil peduli.

Faham?,

Kalau dah faham..sekarang gua akan ambil satu contoh, contohnya sekarang gua berhadapan dengan pemegang medikel kad dari syarikat yang kaya raya dan sangat power. Ayuh kita mulakan.

"Rasanya..gua tak perlu Medikel Kad ni bro, Company gua dah cover solid satu keluarga.."

Tuan tuan dan puan puan, adik adik muslim dan muslimah sekalian,

Brader yang gua berhadapan sekarang ni bekerja di sebuah syarikat minyak bernama Exxon Mobile atau Shell, atau...errrr....
Ya tuan puan, tanyalah mana mana syarikat minyak didunia, mereka ini sangat kaya dan medikel kad para pekerjanya masyaAllah tersangatlah power. Namun begitu...sebaik mana pun medikel kad mereka ini, medikel kad ini tak berguna satu sen pun bilamana:

1. Pekerjanya berhenti kerja
2. Pekerjanya mati
3. Pekerjanya kena cancer, masuk medikel board dan diberhentikan kerja bersama pampasan
4. Pekerjanya bersara kelak pada umur 55 atau 60 tahun

Kita ambil contoh paling radikal, contoh nombor 2.

Mati.

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih berguna pada anak dan isteri?,

Adakah kepoweran medikel kad si mati masih boleh dipakai kalau anak masuk hospital?,

Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Dan ketika perkara ke 2 ini terjadi, maka hilanglah segala kebaikan medikel kad syarikat yang selama ini diberlagak dan dikerekkan kepada ejen ejen takaful macam gua.

Sebagai retaliaisnya, mereka bertanya pula,

"Medikel kad takaful lu ni cover anak bini ke lepas gua mati?"

Jawapannya, sudah tentulah YA.

Terkejut?, bertenang...jangan terkejut. Inilah faktanya.

Katakan satu keluarga ada ayah, ibu dan 3 orang anak. Dan si ayah ini otak dan hatinya tidaklah benak kerana terpegun dengan kemewahan medikel syarikat minyaknya. Maka dengan rezeki gaji yang Tuhan kurniakan, si ayah melaburkan RM500, atau RM1000, untuk mendapatkan medikel kad bekap untuk dia dan keluarga.

Sekiranya si ayah ini ditaqdirkan mati, katakanlah selepas 5 bulan bertakaful (contohnya, dia ambil RM1000/bulan x 5 bulan = RM5 ribu). Jumlah yuran yang sempat dibayar untuk 5 kepala selama 5 bulan adalah RM5 ribu.

Sesungguhnya tuan puan, nilai RM1000 sebulan yuran Takaful ini akan diambil alih oleh pihak Takaful dan pembiayaan akan beterusan sehinggalah isteri mencapai umur 70 tahun, dan anak anak pula mencapai umur 25 tahun.

Sekarang beritahu gua, syarikat mana di malaysia ni yang buleh tanggung RM1000 sebulan untuk pembiayaan medikel kad untuk anak siteri sampai berpuluh tahun lamanya?,
Hah!, jawabla..jawab!

Setahun cover dah RM12,000..kalau masa si ayah ni mati umur isterinya baru 35 tahun, dan anak anak pula usianya 7 tahun, 5 tahun dan 2 tahun?, cuba kira berapa puluh ribu yang Takaful akan tanggung untuk medikel kad dan segala pampasan lain?,

Satu medikel kad valuenya dalam RM600k-RM1 juta (nilai yang boleh di pakai..macam limit keredit kad la..).

Jadi kalau emak 1 juta limit, anak anak sorang 1 juta limit. Pehhhh!!,

kira la..kira!

Mana lagi power sekarang?

Ok..itu kalau bayar RM1000 sebulan..Kalau bayar Rm10,000?, RM20,000?...ya...berapa nilaipun Takaful/medikel kadnya...pihak takaful akan mengambil alih pembayaran ini sekiranya berlaku perkara di bawah pada si ayah:

1. Mati
2. eksiden dan berlaku cacat kekal
3. Sakit kritikal, seperti stroke, buah pinggang failure, cancer dan segala macam kritikal lagi

Argumen ke 2 yang selalu juga gua hadapi, berbunyi macam ni:

"Ahhh..kalau macam tu, gua ambik medikel kad Takaful ni lepas gua pencen la, atau lepas gua berhenti kerja la..sekarang ni pakai dulu medikel kad kompeni..rugi la ambil Takaful ni sebab kompeni cover bro.."

Ya..Ya..jawapan semacam ini bunyinya memang educated dan cerdik. Tapi hakikatnya, tersembunyi bangang yang terang lagi bersuluh.

Tuan puan muslimin dan muslimat sekalian,

Argumen ke 2 ni sedikit sebanyak dah boleh dicantas oleh penerangan gua di perenggan sebelumnya. Tapi gua jawab juga lah.
Takaful, atau mana mana syarikat insuran yang ujud dalam sistem kapitalis/sosialis/islamis/liberalis dunia hari ni, tidak akan menerima mereka yang:

1. Sudah ada penyakit macam diabetic, darah tinggi atau jantung
2. Sudah ada rekod pernah berpenyakit kritikal

Jadi, soalan gua...bolehkah lu confirm yang sehingga lu pencen, lu tak kena apa apa penyakit?, boleh kah lu confirm, yang sebelum lu berhenti kerja, anak isteri lu tak kena penyakit?, dan boleh kah lu confirm, lu boleh hidup sampai hari tua?,

Argumen ke 3,

"Sebenarnya gua punya bajet tak ngam la bro...tak berapa cukup"

Ok..tuan puan sekalian,

Masalah bajet adalah masalah priority. Kalau bajetnya makan Tony Roma's seminggu sekali, memang lah tak cukup. Kalau bajetnya tengok wayang 3 x seminggu, boleh jadi juga tak cukup. jadi terpulang...kalau hiburan, makanan dan pakaian berjenama itu lagi penting dari perlindungan diri dan kesihatan tubuh badan...silakan.

Namun ingin gua berikan sedikit pandangan, menyentuh soal bajet;

"Pada mereka yang bergaji Rm2000-5000, untuk Rm150, atau Rm200 bayaran medikel kad Takaful...kalau disimpan setiap bulan selama 30 tahun di dalam ASB, tidak akan menjadikan lu orang jutawan. Begitu juga halnya..jika rm150, atau rm200 bayaran medikel kad Takaful, kalau dibuang setiap bulan ke dalam longkang selama 30 tahun juga, tidak akan menjadikan lu orang miskin papa kedana"

Renung renungkan..

Gua rasa cukup setakat ini, gua mohon undur diri dulu.

Kalau nak lebih penjelasan, macam biasa..emel gua:

fird_ahmad@yahoo.com

Saturday, December 24, 2011

Pencerahan MLTA/MLTT


Berapa ramai di sini yang dalam proses beli rumah?,

Atau mempunyai kawan kawan, saudara mara yang sedang dalam proses beli rumah?,

Berapa banyak yang lu orang dah stadi pasal skim perlindungan rumah?,

Berapa harga rumah?, 100k, 300k, 500k, sejuta-k?

Apply loan dari bank mana?, atau tak kisahla mana mana bank pun asalkan dapat sebijik rumah?,

Insuran rumah macam mana kira?, atau.."Ahh pergi mati lah dengan insuran rumah, bayar saja nanti bank setelkan semua".

Ya. Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika membeli rumah ialah dalam part mengenalpasti pilihan skim perlindungan rumah. Sebenarnya ada beberapa hal yang perlu dititikberatkan dalam proses pembelian rumah, antaranya:

1. Loan
2. lawyer fee/SnP
3. Insuran

Dan antara 3 perkara di atas, perkara dibawah tajuk Insuran menjadi perkara paling selekeh sekali, di mana pembeli rumah akan menuruti sahaja nasihat pihak bank supaya menandatangani dokumen di sini dan di sana, dan jeng jeng jeng...setel!
Dan menjadi ilmu pedoman juga pada semua pembeli rumah yang malas mengambil untung, apa bila membeli rumah kos nya mestilah 10% downpayment dari harga rumah, bayar lawyer dalam rm5-7 ribu, dan bayar insuran. Insuran ni pula dimasukkan sekali dalam loan, jadi tak payah fikir banyak, sain saja. Atau kalau berduit sikit, bayar juga Insuran yang harganya mungkin RM4 ribu, RM8 ribu, RM 15 ribu, RM25 ribu, bergantung pada harga rumah.
Insuran inilah yang kita panggil sebagai MRTA, atau bahasa penuhnya Mortgage Reduce term Assurance. Kalau produknya islamik, nama MRTA ni akan bertukar kepada MRTT, Mortgage Reduce Term Takaful.

Faedahnya?

Tanya saja sesiapa yang sudah memiliki rumah, kata mereka..
"Rumah ni, kalau aku mati...bini aku tak payah bayar apa dah, rumah dapat free terus"

Itulah faedah memiliki MRTA bilamana lu orang membeli rumah. Katakanlah, harga rumah RM500,000. Katakanla insuran MRTA punya harga bank impose dalam RM15 ribu. So lu orang setel semua, dan start bayar loan mungkin RM2000/sebulan selama 20 atau 25 tahun. Hidup menjadi gembira sebab kalaupun lu orang mati pada tahun ke 3 semasa pembayaran loan masih berjalan, balance hutang lagi 17 atau 22 tahun tu tak payah bayar, rumah jadi percuma dan anak bini anda juga gembira kerana sudah mempunyai tempat berlindung. Begitu juga halnya kalau lu orang mati pada tahun ke 17 atau tahun ke 22, balance hutang lagi 3 tahun tu tetap tak payah bayar, dan rumah masih tetap menjadi percuma untuk diwarisi oleh anak isteri.

Cool tak?, cool kan?, insuran bayar Rm15 ribu je dan RM15 ribu ni burnt, unrecoverable, tapi kalau mati rumah yang harga RM500,000 jadi percuma dan tiada bebanan hutang rumah yang ditanggung oleh ahli keluarga.

Sedihnya gua ingin nyatakan, disebabkan ramai pembeli rumah lebih gemar take for granted, maka ramai orang jadi tak tahu yang sebenarnya, ada lagi satu skim yang lebih power, lebih cool, lebih awesome, lebih berfadeh dari MRTA atau MRTT seperti lazim digunapakai oleh kebanyakan orang.

Skim yang gua maksudkan ini diberi nama, MLTA = Mortgage Level Term Assurance, atau MLTT = Mortage Level Term Takaful.

Now, apa yang power sangat dengan MLTA/MLTT ni?,

Kita ambil contoh yang sama, rumah harga RM500,000. Sepatutnya, secara tardisi pembeli akan ambil MRTA/MRTT dan bayar RM15 ribu lump sum, atau build in kos insuran tu dalam principle loan supaya tak nampak sakit sangat kena bayar cash RM15 ribu.

Tapi kali ni rileks dulu...jangan bayar MRTA RM15 ribu ni.

Beritahu bank:

"Gua tak nak MRTA/MRTT pebenda ni semua..gua nak amik MLTA/MLTT dari Pidomat".

Bank akan tanya pula, "Apa yang power sangat MLTA/MLTT yang Pidomat bagi pada kau?"

Kahkahkah, bila bank tanya macam ni lu orang bertenang, dan ingat fakta fakta gua nyatakan kat bawah ni. Bila dah ingat, jawab pada bank.

Brader bank, pertama sekli...Lu punya MTA/MRTT ni kalau gua bayar RM15k, duit ni burnt, gua tak dapat balik. Kalau gua hidup lepas habis bayar hutang pun gua tak dapat duit ni balik. Manakala MLTA/MLTT yang Pidomat offer is recoverable. Duit yang gua bayar dalam MLTA/MLTT masuk investment link dan ada high cash value bila tahun berganti tahun. Secara pemahaman mudahnya, kalau gua masih hidup lepas habis bayar loan, duit Rm15k ni akan dapat balik. Mungkin dapat lebih sikit, mungkin dapat kurang sikit, bergantung pada suasana pelaburan.

Yang ke duanya pula brader bank, lu punya MRTA/MRTT ni cuma bagi rumah free. Itu saja yang lu boleh bagi. Lu cuba fikir macam ni brader bank, kalau gua bayar loan sebulan RM2000 selama 2 tahun, maknanya gua dah bayar RM48,000 selama 2 tahun. Ditakdirkan gua mati pada tahun ke 3.
Maka nilai hutang RM500,000 - RM48,000 = RM452,000 (baki hutang rumah) akan dilupuskan.

Bunyi macam power, tapi apa cerita pula kalau gua mati lepas 20 tahun bayar hutang?.

Ok kita buat matematik. 20 tahun x 12 bulan x Rm2000 = RM480,000 (jumlah yang telah dibayar). Maka baki hutang yang dilupuskan cuma RM500,000 - RM480,000 = RM20,000.

RM20,000 je ke yang waris gua dapat lupuskan?,

Sekarang gua nak story pasal MLTA/MLTA Pidomat punya...Untuk cover harga rumah RM500,000 ni, kos yang gua kena bayar adalah sebanyak lebih kurang RM250-350 sebulan. Bunyi macam down sebab bayar bulan bulan, tapi rileks dulu...tengok apa dia boleh bagi.

Katakanlah gua mati pada tahun ke 3, MLTA/MLTT akan bagi pada waris gua solid RM500,000. Jadi apa waris gua akan buat?, Dia akan bayar hutang rumah sebanyak RM452,000 seperti contoh di atas. Bukan setakat setelkan hutang rumah, waris gua juga siap boleh simpan balance RM48,000 lagi.

Itu kalau gua mati dalam tahun ke 3, kalau gua mati tahun ke 20 pun sama juga kesnya. Waris gua akan dapat solid RM500,000. Jadi apa waris gua akan buat?, Dia akan bayar hutang rumah sebanyak RM20,000 seperti contoh di atas. Dan cuba brader bank kira sendiri dengan akal fikiran yang waras, RM500,000 - RM20,000, berapa banyak ratus ribu cash yang waris gua ada dalam tangan sekarang?, boleh beli sebijik BMW 3 series cash dan buka restoran KFC sekali. Dan ada lagi brader bank..gua belum habis sekolahkan lu lagi...ingat keyword gua awal awal tadi?, MLTA/MLTT ni investment link...jadi maknanya, RM250 gua bayar bulan setiap bulan tu akan dilaburkan...makanya, selepas pelaburan selama 20 tahun, kurang lebih nilai investment gua ada dalam lingkungan RM40,000 - RM60,000!. Pehhhhh!.

Jadi sekarang brader bank, apa gilanya gua nak beli rumah ni pakai lu punya MRTA/MRTT?,
rugi tahu tak, rugi!.

Ya..Ya..lu orang selama ni tak tahu ada skim MLTA/MLTT yang power, sebab tu sekarang ni gua beritahu. Supaya lu orang sedar dan menjadi sedikit pandai dalam hal ehwal insuran/takaful dari aspek pemilikan property.

Kahkahkahkah.

Sebab tu lepas ni jangan sombong, jangan kata semua benda hal takaful ni lu orang dah tahu. Jangan fikir Takaful ni menipu nak kelepet duit lu orang, jangan fikir Takaful ni tak berfaedah sebab lu orang dah ada medikel kad kompeni (bab medikel kad ni lain hari gua bagi pengajaran). Bila orang nak bercakap sikit pasal takaful lu orang blahh, lepas tu rugi sendiri.

Sebelum gua mengakhiri entry pendidikan ni, gua nak bagi satu real life example.
Kawan gua beli sebijik condo di area Jalan Ampang, harganya RM1,040,000. Sekiranya dia ikut cakap bank, dia kena bayar MRTA/MRTT sebanyak RM34,000, cash!.

Namun kawan gua ialah seorang yang bijak dan hatinya tidak benak, maka dia memilih MLTA/MLTT dengan bayaran RM540/sebulan.
Selepas 20 tahun, nilai pelaburannya (cash value) boleh mencecah RM102,000. Lagi penting, ditakdirkan pada tahun bila pun kawan gua ni mati, waris beliau tetap akan mendapat pampasan MLTA/MLTT sebanyak Rm1,040,000.

Perbadingan:

MRTA/MRTT
1. Unrecoverable
2. Takde cash value
3. Coverage value berkurang dari tahun ke tahun (Reduced Term)
4. Tidak boleh ditukar dari satu harta ke harta yang lain.

MLTA/MLTT
1. Recoverable
2. Ada cash value
3. Coverage value TAK berkurang dari tahun ke tahun (Level term)
4. Boleh ditukar dari satu harta ke harta yang lain.

*Kalau tak faham lagi pasal MLTA/MLTT ni, boleh emel gua di;

fird_ahmad@yahoo.com

Mohon share kan juga maklumat ini pada semua kawan kawan dan saudara mara.

Monday, December 19, 2011

SMS buat hal lagi..


Aku panas hati betul dengan iphone ni. Masa drive tadi aku hantar mesej pada sorang kawan nak beritahu hal kerja yang tak cukup orang. Aku nak tulis;

"Kita cuma 3 orang"

Tap..aku pun send sambil mata tumpu ke jalanraya.

Bila aku check balik, Ahhh sudaahhh mampos; dah jadi,


"Kita cums 3 orang"


Naya macam ni, naya....

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu


Satu satunya hadiah yang cikgu minta pada gua sempena 6th Anniversary ialah membawa dia pergi tengok Ombak Rindu. Walaupun banyak alasan yang gua bagi, antaranya sakit perut dan 'tak baik tengok orang berkemban', namun cikgu masih firm mahukan Ombak Rindu. Dan jenis gua, memang pantang dicabar..lalu gua tunaikan jugak hal Ombak Rindu ni petang tadi di TGV Suria.

Walaupun gua keluar pergi kencing dua kali, namun gua masih dapat tangkap semua jalan cerita Ombak Rindu ni. Mula mula fikir memang gua nak tidor dah, tapi bila mengenangkan harga tiket sampai rm14 sekepala ni rasa rugi juga kalau gua tak beri perhatian pada Ombak Rindu. Nak main fesbuk pun dalam panggung tak ada line.

Ok macam ni, Ombak Rindu ni ada beberapa hal yang gua perhatikan tak kena. Benda paling asas yang tak kena sekali adalah Izzah. Izzah ni makwe kampung, ajar budak mengaji pulak tu. Yang gua panas hatinya, si Izzah ni dia belajar mana perangai cukur kasi trim kening?, sikap pandai mencukur kening ni sikap orang bandar. Penduduk kampung yang tiada pendedahan fesbuk macam Izzah ni sepatutnya tak buat kerja kerja cukur kening ni. Sama juga halnya dengan makcik Izzah yang wataknya cuma muncul pada scene Izzah mandikan dia, pun jenis cukur kening juga. Sebagai orang tua yang tinggal di kampung yang ada sawah padi dan juga ada laut, makcik Izzah ni tak sepatutnya berperangai bercukur kening. Duduk kampung apa benda kalau layan scene cukur kening?, tak kena tau tak, tak kena!

Pengarah sepatutnya beri perhatian pada hal kening ni. Gua pantang betul dengan masalah kening ni. Untuk tunjuk watak kampung, watak tu sendiri kena betul betul kampung, tak payah la trim kening semua. Kalau pelakon tu dah trim kening sebelum shooting, tunggu la kening tu tumbuh dulu, baru la start shooting. barulah real makwe kampungnya. Memanglah tunjuk Sawah padi, layang layang, laut, perahu, mandi cebok semua ni benda yang takde di Kuala Lumpur, tapi kalau watak tu sendiri tak true kampung, macam mana nak kira?

Hal nombor dua pula, scene Izzah masuk clubbing dan kena main dengan Haris masa tengah tak sedar diri. Izzah ni masa kena kerumun dengan orang jahat pakai baju kurung solid. Entah macam mana si Izzah ni bila Haris datang dah siap siap berkemban kain batik. Mana datang kain batik ni?. Ok ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama, di club tersebut memang ada kain batik. Namun begitu, kebarangkalian club yang cuma menyimpan pelacur dan Jack Daniel untuk turut sama menyimpan stok kain batik adalah perkara tak masuk akal dan bangang untuk dipercayai. Kemungkinan kedua pula, kain batik ini diperolehi dari dalam beg Izzah. Ya..ini satu kemungkinan yang berasas. Walaupun untuk memikirkan si tokeh club dan kawan kawannya (sebelum Haris datang) menggeledah beg Izzah dan menjumpai kain batik adalah kompleks dan langsung tak straight forward, tapi kebarangkaliannya boleh diterima akal.

Tali rileks dulu...let say, betul kain batik ni berasal dari dalam beg, the next thing adalah perkara tak lojik.

Izzah ni tak sedar diri. Scene tak sedar diri adalah konsisten bermula dari Izzah berbaju kurung dan dipaksa minum arak, sampailah haris datang nak main. Konsisten di sini bermakna takde kemungkinan si Izzah ni boleh sober antara masa kena paksa minum arak sampaila haris datang. Let say juga, setelah si tokey club melondeh baju kurung, dan mungkin dia tak mahu Izzah telanjang, maka dia geledah beg Izzah dan menjumpai kain batik. Tapi yang gampangnya, takkanla si tokey ni nak go ahead sarungkan kain batik ke badan Izzah dan ikat kemas kemas kain batik ke dada Izzah??, dan jeng jeng jeng..Izzah sekarang berkemban solid. Kamon la wehh..Lojik akal kita, kalau tengah scene gang bang, tinggalkan macam tu saja la, atau tutup dengan selimut tilam tu, atau kalau nak ketengahkan juga elemen kain batik tu, tutup je badan dengan kain batik..put it in natural way. Apa hal siap kain batik berkemban baik punya?,

Scene seterusnya berkenaan lokasi rumah. Rumah yang Izzah duduk dengan haris relatively dekat dengan rumah ibu Haris yakni di Kuala Lumpur. Tapi persoalannya, macam mana rumah Izzah boleh ada scene pantai?, bila pula Kuala Lumpur ada pantai?

Dan perkara terakhir yang buat gua hati panas adalah scene Haris eksiden. Eksiden ni berlaku di kawasan Cameron Highland. Siapa yang kata eksiden ni bukan di cameron highland gua tendang. Paling bangang sekali, lepas eksiden ni Haris masuk hospital wad emergency di Columbia Asia Hospital.

WTF??

Woii!!, Columbia Asia ni di Malaysia cuma ada 3 cawangan.

1. Taiping
2. Seremban
3. Puchong

Bangang nau'zubillah apa yang eksiden di cameron highland nak bawa sampai ke Taiping?, lagi hilang akal kalau bawak ke Puchong atau Seremban?. Osman Ali nak jawab ke siapa nak jawab ni?, ke memang dalam novel pun Fauziah beritahu Haris masuk Columbia Asia lepas eksiden di Cameron Highland?,

Kahkahkahkah!

Ok dah la tu..tulis panjang panjang pun bukan boleh bawak ke mana.

NOTA KAKI 11 DEC : Rupanya Columbia Asia ni ada 2-3 bijik lagi. Bodoh punya Wikipedia.

Thursday, December 1, 2011

SMS malapetaka


Petang semalam, ada seorang kawan perempuan sms gua mintak nombor telefon sorang kawan gua yang lain.

Gua pun bagi, dan gua tanya:

"Kau nak buat apa?"

Dia balas balik:

"Aku nak tanya kalau ada tempat kosong kat tempat kerja dia..ingat nak tukar kerja"

Gua balas pula:

"Laaa....kau tak sayang ke kerja kau sekarang?"

Perbualan sms berhenti di situ. Mungkin dia rasa gua mula nak tanya macam macam, atau dia rasa gua nak menyibuk, atau dia sendiri sibuk, atau apa apa, gua sebenarnya tak peduli pun.

Gua sampai di rumah kira kira pukul 8.30 malam. Cikgu Kuala Kubu pula sedang tengok tivi. Kunci moto, wallet, pen, kad kerja, henpon gua letak atas meja.

Baru 2-3 tapak gua melangkah, henpon gua berbunyi tanda mesej masuk.

"Tolong tengok siapa hantar mesej?"

Cikgu Kuala Kubu yang lepaknya dekat dengan meja mencapai henset dan menengok ke sms yang masuk.

"Siapa perempuan ni?!" - jerit cikgu.

Gua jadi terkejut mendengar nada marah sebegitu. Terus gua patah balik dan ambil henpon dengan niat ingin menengok apa benda yang sedang terjadi.

Mata cikgu mula berkaca. Pandangannya tepat ke arah gua.

Gua menjadi keliru dan tidak faham.

Gua tatap skrin henset, tertera nama kawan perempuan yang gua sms petang tadi. Gua pandang pula ke dalam kotak sms.

Gua dapati cuma ada satu perkataan dalam kotak sms:



"sayang.."



Ohhhhh faaakkkk!