Sunday, March 27, 2011

Sindiket Takaful Indie


...Kini dengan rasminya beroperasi..

kehkehkeh kehkehkeh

kehkehkeh kehkehkeh



Wednesday, March 16, 2011

Muka Ketat


Sejak tiga empat minggu kebelakangan ni, hidup gua dah tak macam tiga empat bulan lepas.

Kalau tiga empat bulan lepas, gua memang dapat makan nasi di rumah sebelum maghrib dan dapat main fesbuk pula selepas Isya..namun sejak tiga empat minggu lepas gua punya jadual hidup dah jadi lain macam. Dia punya perubahan tu lain macam..bukan sikit sikit punya lain macam.

Gua balik rumah sekarang dah main line line pukul 1 pagi. Paling awal boleh ejas pun pukul 12.30. Balik rumah sebelum maghrib memang dah tak ada dalam jadual baru gua. Tidur malam pukul 10.30 tu tidur yang dulu dulu. Tidur sekarang mesti pukul 2 pagi, tidur 'abang abang' orang kata. Tapi bangun pagi macam biasa juga, pukul 5.30 pagi.

Balik rumah tengok anak anak sedang nyenyak tidur memang benda biasa, bangun pagi anak anak pekena tidur lagi pun benda biasa juga. Nak berborak berleter pun gua takde member, habis kuat berleter ke dinding lepas gian. Cikgu Kuala Kubu pulak macam biasa, menten cool bancuh teh o panas pukul 1 pagi tak banyak tanya.

Ok, Apa benda kerja rockers sangat yang gua buat sampai berembun, itu kita tak payah cerita sekarang.

Yang gua nak cerita ni, entah macam mana hari Selasa semalam, gua muncul depan pintu rumah ngam ngam sebelum azan maghrib, sama macam gua selalu muncul pakai jadual hidup tahun 2010 dulu. Anak anak sedikit hairan tetapi masih riang menyambut gua sepertinya gua dah tiga bulan tak balik rumah. Cikgu Kuala Kubu juga turut menjamu nasi panas dengan dua tiga lauk beli di kedai depan.

Selesai makan, dengan waktu mahgrib masih berbaki setengah jam, gua panggil fateem duduk di kerusi sebelah gua. Terasa lama juga gua tak tengok fateem secara live.

"Hari ni belajar apa kat sekolah tadika?" - tanya gua.

Fateem diam. Dia buat muka ketat bila gua tanya hal tadika. Gua tanya lagi;

"Semalam belajar apa?"

Fateem masih dengan muka ketat.

Gua fikir fikir, kalau ikut trek rekod fateem pada sesi pertadikaan 2009/2010 yang lepas, bab ponteng tadika memang dia paling cempion. Kalau ikut ranking top ponteng of the year peringkat tadika daerah Tanjong malim-Slim River, rasanya Fateem boleh dapat carta top five.

Gua syak kes ponteng ni mula dibawak bawak ke tahun 2011. Gua pulak tak berapa nak ada di rumah. Memang cun sangat lah.
Sedikit sedikit perasaan amarah mula meresap masuk badan.

"Fateem pergi sekolah tak tadi?!" - suara gua tune dia dah lain macam.

Fateem terkulat kulat. Menggelembung kerongkong dia telan air liur.

"Tak pergi.." - jawab Fateem suara slow kedalam.

Gua geleng kepala. Nampaknya apa yang gua fikir memang betul.

"Semalam pergi sekolah tak?!" - tanya gua lagi dengan tujuan bagi kesempatan. In case semalam dia pergi sekolah, kira ok sikit la.

Kali ni fateem dah tak berjawab. Dia cuma geleng kepala menandakan semalam pun dia ponteng.

****

Gua jadi berapi.

"Azilaaaa!!!.." - nama cikgu kuala kubu gua seru panjang dan kuat sampai keluar gema.

Cikgu Kuala Kubu yang baru lepas sembahyang bergegas ke ruang dapur.
Usai nampak kelibat beliau, gua terus sound:


"Awak tahu tak Fateem tak pergi sekolah hari ni?!, semalam pun dia tak pergi ni..!"


Cikgu Kuala Kubu nampak cool dan steady. Mungkin air wuduk lepas sembahyang menyebabkan dia steady berhadapan dengan amarah gua.


"err..tahu.." - jawab cikgu kuala kubu.


"Habis kalau tahu kenapa tak suruh dia pergi sekolah?, kenapa tak marah dia??"

Gua cuba seimbangkan suara tetapi gagal. Bunyi marah tu memang clear punya marah.


"Pergi la sembahyang maghrib dulu..nanti kita cerita panjang." - balas cikgu kuala kubu balik.


Pehh dia punya respon memang steady. Macam tak bersalah.


****

Malam tadi, lepas dengar cerita dari Cikgu Kuala Kubu, gua terus belanja Fateem makan aiskrim sekali dengan pekej Astro Ceria 2 jam.

Kesimpulan dari cerita di atas:

Faking hell!
Manalah gua tahu sekarang ni cuti sekolah?

Monday, March 14, 2011

Mengaji Juhama



Orang suruh mengaji, dia menangis.

Schedule mengaji yang baru gua revise ni memang boleh buat budak menangis, sebab dia jenis jadual anjal.
Gua kasi sama timing dengan Doraemon, Hagemaru, Tom Tom Bak, Bintang Kecil dan juga American Next Top Model.

Saturday, March 5, 2011

Menghadiri Majlis Futsal


Kira kira pukul 4 petang tadi, gua keluar dari pusat futsal Sunway Ekstrem park yang letaknya di suatu kawasan yang memang ekstrem punya ngeri.

Kepala simpang jalan utama ke tempat futsal ni sebenarnya 50 meter sahaja jaraknya dari toll LDP, gua kena masuk LDP ni sebab nak balik ke Tanjong Malim, jalan paling pintas ialah merempuh LDP lalu keluar ke lebuhraya NKVE melalui exit Damansara.

Tricky part nya sekarang ialah gua cuma perlu bayar toll LDP ni dulu, kemudian buat U turn lalu memecut di atas jalan tar LDP melepasi Western Digital, jambatan federal yang lagaknya macam jambatan Pulau Pinang, melintasi kompleks tabung haji kelana jaya dan juga stesen LRT Kelana Jaya sebelum membelok kiri untuk mengambil tiket toll branch Damansara.
Jalan yang sama macam gua datang dari Tanjong Malim tadi.

Sampai giliran, gua mebayar rm1.50, iaitu kadar toll LDP yang dikenakan ke atas kenderaan berkategori kereta. Untuk mendapatkan kepastian U turn, gua bertanya sedikit pada adik toll.

"U turn ada kat depan?"

Balas adik toll berkenaan:

"Ye bang..himpit kiri, abang ambik jalan bawah..situ ada U turn."

Gua pun terus memacu kereta dengan mengikut arahan adik toll.

Cari punya cari,..akhirnya gua jumpa juga U turn yang adik toll tadi maksudkan

+++++++

Tapi bila dah sampai ke rumah macam ni, gua mula terfikir, tak puas hati dan berasa amarah.

Memang tak patut betul geng geng unit perancangan bandar ni.

Apa ke bangang buat rancangan U turn LDP sampai ke Jalan Tun Razak sana?