Sunday, April 25, 2010

liku Liku budaya dalam bola sepak

1993

Gua mula bermain bolasepak secara full-time masa darjah lima. Aktiviti aktiviti petang yang lain gua tolak tepi termasuklah kerja sekolah dan pergi mengaji.

Main bolasepak masa ni dia punya ligat bukan main, kaki gua ni kalau kena bola memang membuahkan sentuhan gol. Disebabkan bakat bola sepak yang gua tonjolkan ni jarang dimiliki oleh budak budak sebaya lain apatah lagi Kerol faizi, maka cikgu Johari pun tak payah nak fikir lama lama untuk lantik gua menjadi striker utama sekolah. Jawatan striker gua pikul dengan beberapa gol cantik membaham sekolah sekolah tepi bendang macam sekolah Kampung Dew, sekolah Sungai Kepar, sekolah Alor Pongsu, sekolah Bagan Serai..semua gua tapau takde kesian. Tapi masa ni cuma lawan persahabatan, gua belum cerita tournament yang betul betul kompetitive lagi ni.

Lebih kurang sebulan lepas menjalani latihan intensif, badan masing masing dah jadi kemas. Masa ni lepas training memang hari hari pekena air paip tepi kantin. Entah macam mana air paip boleh jadi sedap gila sampai gua percaya, air paip ni la yang buat gua senang merembat ke gol dan badan jadi kemas sampai kena bentes keras pun belum tentu kaki boleh tergeliat.

Budak budak sepasukan gua tak ingat semua, yang main striker belah kiri nama dia Fairul, sekarang buat apa pun gua tak tau, gua berdoa Fairul selamat dalam peliharaaan Tuhan. Posisi tengah ada Mizan budak Taman Serai Jaya dengan sorang mamat nama Pap. Pap ni rumah dia dekat Parit Jawa. Line up pertahanan pulak ada Edi dengan sorang lagi gua tak ingat. Siput main keeper. Siput ni badan dia obess, walaupun obess ketangkasan dia menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan lawan sentiasa dihormati oleh Cikgu MatAziz, guru besar sekolah gua masa tu.

Setelah menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan yang semuanya berakhir dengan kemenangan, maka tibalah masa untuk pasukan sekolah gua menyertai tournament peringkat Zon pulak. Sekolah gua kena undi masuk zon tiga. Dalam zon tiga ada lebih kurang enam sekolah lain, sekolah Seri Siakap, sekolah Kuala Kurau, sekolah Sungai Baru, sekolah Yu Chai, sekolah Telok Pial dan sekolah india nama Ladang Kuala Gula. Gua ingat betul sekolah Ladang Kuala Gula ni budak budak dia main bola haram tak reti pakai kasut. Tulang kaki sekor sekor keras macam batang kongkrit.

Sampai hari pertarungan, semua sekolah berkumpul di sekolah Sg Baru. Tahun tu sekolah Sg Baru jadi tuan rumah.
Gua bawak beg kaler biru takde jenama. Dalam beg siap ada minyak tomoi, nota 'Good Luck' dari Cik Intan gua bawak jugak simpan buat penaik semangat. Kasut boot gua pulak bukan adidas, bukan nike, kasut kain kelar hitam ada logo kepala harimau dengan stud getah beli di Bagan Serai harga duabelas ringgit. Ayah gua pesan, kehandalan menjaring bukan terletak pada jenama kasut boot, tapi bergantung pada kemahiran kaki kita ketika merembat, dan meloloskan diri dari marking pihak lawan.

Sekarang ni gua tengok budak budak sekolah rendah nak main bola bukan main lagi. Baju latihan pun nak yang jenis berlagak beli supermarket harga mahal merepek. Gua dulu pakai baju pagoda saiz 42 je main sampai tiga hari baru basuh. Main petang petang pulak gua tengok siap bawak bekal air ribena. Cilake kalau la dulu gua dapat minum ribena macam budak budak sekarang, tak tahu la kelab EPL mana berebut nak pakai khidmat gua tahun 2010 ni. Lagi satu hal padang, zaman gua main bola mesti atas padang rumput, bawak bola pun dia punya laju rasa sedap, tendang wajib bola pergi padu menerobos gawang, cuma kadang kadang bila musim lembu lawat kawasan, kalau silap lari sikit memang kaki boleh benam dalam taik. Itu memang gampang!

Zaman sekarang gua perhatikan budaya main bola atas padang dah terhakis. Yang banyak kelihatan budaya main bola dalam dewan kena bayar 100 ringgit satu jam. Benda macam ni tak berapa membantu dalam membangunkan nilai moral budak budak sebab kalau hari hari kena keluar duit nak main bola, apa gila?, lagi bebaloi beli keredit talipon bagi makwe darjah lima kelas sebelah.

(sambung..)

10 Nasihat Ikhlas:

LANN said...

Betul lah. Zaman dulu punya cerita main bola pun best. Siap main atas jalan tar. Nostalgua habis

didiey ;) said...

zmn sekarang tanak main selut2. Kasut harga ratos2.

Khairi Mohd said...

dulu sepak bola pakai ibu jari kaki sampai kuku kdg2 patah. mmg thrill.

Azrul Hisham said...

haha..best2...teringat zaman main bola dulu... :)

GeNgKaPaK said...

budak2 skrg byk main game bola dr main kt padang bola...

NomborSebelas said...

gua tertanya-tanya aper cerita dengan cik intan tue..kekeke

Akif Mazlan said...

hahahha,, citer pjg2, motifnya hanya nk ckp, elok maen bola di padang berbanding maen futsal dlm dewan, tuh jer

BigMek said...

lu nak org belanje main futsal ke?

Anonymous said...

skrg ni pakai jersey adidas beli kt rantau panjang jer, tu pon dkt 50 rial

boot skrg pon nk memilih, jenama bata x nk, nk adidas, nike jer, haha

Syukie said...

kenapa perlu bagi kredit dekat makwe darjah 5???diorg da ade handphone ke??hehe,,,