Saturday, April 17, 2010

Blog Tahun 2004


Masa tahun 2004, gua ada buat satu blog. Gua malas bagitahu alamat blog sebab segan. Gua guna template yang jenis bintik bintik kaler hijau tua, ada tiga bijik bulat besar hujung jari kelingking dekat atas belah kanan. Waktu tu, template tu la yang gua rasa paling cool dan boleh cari makan.

Gua buat blog dengan niat saja saja buat blog. Gua ingat lagi entry gua yang awal cerita pasal Che Guevera. Masa tu gua baru habis baca buku The Motorcycle Diaries. Pergh!, dia punya semangat rebel memang tak pandang final exam dah, dalam kepala kerja nak buat revolusi dan mencari kemasyhuran dikalangan makwe makwe universiti dan kolej kejururawatan. Masa tu gua fikir, hidup dalam mainstream ni pendirian boleh jadi goyah dan jadi tak tentu hala, jatidiri boleh merosot, keperibadian pulak bergantung pada social acceptance dan mudah kecut hulu hati bila kena kritik.

Gua ingat tulis blog hal hal nak jadi penggerak revolusi boleh nampak cool dan rare. Bagi pulak pandangan pandangan kontroversi pasal struktur sosial, mencabar status quo, menyalahkan sistem, memberi pandangan mengenai jatuh bangun sesebuah tamadun, berhujah pasal classical liberalism atau modern liberalism, berborak hal gerakan pelajar pro aspirasi dan pro mahasiswa (ini apa benda ni?, kalau ikut sejarah peredaran manusia, ada 2 gerakan pelajar saja yang pernah gulingkan kerajaan, satu revolusi Shah Iran, satu lagi gerakan Taliban Afghanistan..gerakan pelajar di tempat lain, hampehh!, lepas habis universiti dah kawen dan dapat kerja, duduk rumah diam diam rancang nak beli property dan bukak bisnes).

Masa tu juga gua ingat gua ada masuk entry cerita pasal Mafia. Entah apa hal gua seronok pulak dengan budak budak mafia ni. Gua siap hafal Cosa Nostra punya komposisi, siap dengan dia punya klan hieraki, Al-capone, lucky lucciano, maranzano dan macam macam nama lagi gua baca bagi paham. Filem mafia tak payah cerita la, paling klasik On The Waterfront, tapi filem ni payah betul nak ada jual. Kedai video Ravi pun tak berani nak jual sebab mobster sangat. Orang Malaysia pun patutnya buat buku atau filem pasal mafia tempatan, macam Botak Chin, P Kalimuthu atau Geng Mamak, baru stailo.Ini balik balik buat filem merempit, balik balik buat filem dirft skill sama ulang ulang, tak semenggah!.

Pengaruh anime pun masa ni boleh tahan meresap dalam jiwa gua. Masa ni tengah naik anime Samurai X. Dari samurai X bawak pulak ke samurai zaman Akira Kurosawa dan Toshiro Mifune. Habis segala filem Akira Kurosawa yang ada Toshiro Mifune berlakon gua mengadap. Dari Seven Samurai sampaila ke Sanjuro, Red Beard, Hidden Fortress, Yojimbo, Rashomon (paling klasik!, cilake sampai sekarang gua tak tahu sapa yang cakap betul dalam cerita ni...gua saspek filem orang putih Basic ambik idea dari cerita Rashomon ni). Lagi satu, ada satu scene filem Semerah Padi sama sebijik macam scene Rashomon, sape tiru sape gua tak tahu, dua dua pengarah pun dah meninggal nak tanya pun tak boleh. Tapi kalau ikut tahun, Rashomon la keluar dulu. Sekarang semua DVD samurai gua melingkup entah mana. Jenis tak reti jaga barang. Gua ada rangka nak menulis panjang pasal filem samurai masa gua buat blog dulu, tapi cita cita gua terbarai ditengah jalan. Battle of Sekigahara pun gua nak tulis, Musashi Miyamoto pun gua nak cerita, kerajaan Nobunaga Oda, zaman Tokugawa, sampai tahap gua pasang niat nak baca the Tale of Genji, mujur sampai sekarang tak jumpa manuskrip tu.

Bila dah macam macam nak tulis, dengan kerja sekolah pun sama naik macam macam, gua mula perangai tangguh tulis blog. Mula mula tangguh 3 hari, dengan takdir Tuhan gua terus tangguh sampai 3 tahun.

Tahun 2007, rumah gua pasang internet. Gua teringat balik ada banyak benda pengetahuan dan hal revolusi yang gua belum tulis. Masa tahun 2007 ni pengalaman hidup dah kira mantap sikit banding tahun 2004 dulu. Gua bukak blog gua balik, payau...

Apa benda url boleh jadi salah ni?, pegi blogger.com pekena username dengan password sampai sembilan kali haram tak lepas. Akhirnya gua tukar fikiran, dari sambung blog, baik gua isi masa tengok Sinetron Cecep, lagi nyaman..!

Sebenarnya sekarang ni gua dah jumpa balik url lama, sebab tu gua ingat apa gua pernah tulis..kehkehkeh

Amacam Redmummy?, gua tulis blog tahun 2004 ni boleh kira pelopor ke tidak?

15 Nasihat Ikhlas:

siti norfatiha said...

ramai pulak nak claim pelopor lepas kenyataan 'hot' redmummy dlm newspaper..

lepas ni setiap sejam sekali nak update blog=)

ashraf sahdan said...

sapa redmummy? lucah gila nama..

zikeryhassan said...

teringin nak baca blog kau lama bro. mesti gempak kan?

LANN said...

Pro-Aspirasi : gerakan pelajar yang menyokong segala pandangan universiti.

Pro-Mahasiswa : gerakan pelajar yang menentang pentadbiran universiti.

HAHAHAHAAA! jika boleh tengok kat youtube, UKM paling hot sampaikan polis masuk campur hal2 politik kampus nih.

UTP takde ke bro?

orangkasai said...

salam tuan. http://didianto.com/go/?id=orangkasai

mus said...

letak lh ape yg lu tulis kt blog lme lu tu dlm buku.

bru best bce. tk yah ckp.
gua tau dh idea gua bernas.
XD

Luca De Ketiak said...

blog ni lu taknak cerita lak?

tulis satu entry je. macam gampang!

http://fdausahmad.blogspot.com/

silencer said...

betul la bro redmummy tu perasan je lebih.. pelopor hapanya.. tahun 2004 tu dah ramai dah pakat bukak blog taip entri kisah cinta lunyai memasing...

gua ingatkan gua sorang jek yang baca pasal redmummy dalam metro tu

wakakakaka...

jo said...

tahun 2004 gua baru nak kenal friendster. kuno gila.

ej@l said...

aku x sempat ni nk bergelar pelopor..haha

*ayu the sun* said...

salam...

just for sharing..

http://redmummy.com/2010/04/17/i-m-not-a-pioneer-blogger/

happy reading & have a nice day..

ayobkelubi said...

daus, daus

bawak-bawak bertenang.dia saja nak buat kita mengamuk. keh keh keh..,

yushida03 said...

pasal cerita samurai tu best tu.. ada satu citer koboi hollywood.. Magnificent Seven.. tiru citer samurai gak.. x ingat dah citer mana.. tanya incik google / puan wiki tau la kot..

farwalis said...

lu layan Budak Getah tak? best gak weh


redmummy? pelopor? tak pernah dengar pun..........siapa dia tu?

l0veyd0veyd00 said...

pelopor waklew... aku pun dah bkk blog dalam tahun tu jugak.. tp aku dah delete...wkwkkw