Monday, March 15, 2010

Futsal Sokernet 2010

keredit gambar pada cik Marini Rafar

Gua akan menjalani pertandingan futsal anjuran Sokernet tak lama lagi. Bedebar dalam hati tak payah cakap. Paling berpeluh gua pernah buat dalam masa setahun ni masa berlatih friendly minggu lepas di lokasi rahsia sekitar KLCC. Main cuma bertahan 15 minit, lari perlahan ya amaat, kelincahan ditahap gampang dan akurasi merembat bola ke celah pintu gol berada di bawah paras jahanam.

Gua sangat risau dengan keadaan stamina yang tak menentu macam ni. Rupanya, lari lari anak yang gua amalkan dari Masjid jamek sampai ke Puduraya sambil bawak briefcase setiap petang selama ni tak membantu langsung.

Takpa, ada masa lagi seminggu lebih gua nak bina balik kelincahan dan kecergasan diri, kalau nampak gaya masih mengah sampai rasa senak kat dada belah kiri, gua berentap di bangku simpanan saja lah sambil kacau air sirap.

Gua punya nama pasukan belum ejas lagi. Tengah pilih nama arab yang ada maksud sikit.(Duit yuran pun tak bayar lagi kalau gua tak silap).

Gua nak ambil kesempatan cuti sekolah ni dengan mengintroduce ahli pasukan kami yang bakal menjuarai kejohanan Sokernet pada tahun 2010 dan tahun tahun seterusnya.

Jorji - Capitano
Pemain paling senier dalam senarai pasukan, mempunyai jiwa seperti Paolo Maldini dan beremosi seperti Roy Keane. Penjaga benteng pertahanan, dan kerap kali membuat larian Ashley Cole bila keadaan berserabut di kawasan D pihak lawan. Sangat serius ketika menggelecek kaki pihak lawan. Ada kes sampai tergeliat.

Pipiyapong - Timbalan Capitano
Mafia dari Lipis, bekas mekanik indie, raja blog, artis, pemegang saham Alima, penyeri Fesbuk, ahli sindiket dan pelajar Uitm semester pertama. Err...juga bekas pemain bolasepak daerah masa sekolah menengah. Kemahiran yang sukar ditiru ialah beliau boleh menyedut Surya dalam dalam ikut bucu bibir sambil merembat bola ke arah pintu gol. Gol tak masuk, Surya pun tak padam. Bermain di bahagian tengah, kadang kadang membantu jentera serangan, dan tak suka turun bawah balik kejar bola.

Dingin - Penulis novel cum Fernando Torres
Sangat ligat menyerang sampai lupa tolong kawan kawan di bahagian pertahanan. Mempunyai instinct menjaring iras iras Fernando Torres. Ini kami kurang berkenan sebab instinct menjaring macam Fernando Torres boleh membawa badi Liverpool ke dalam semangat pasukan yang dahagakan Kejuaraan.

Awie Rui - (no description)
Tulang belakang pasukan. Suka bertahan. Dia punya rembat makk aiii punya la kuat. Memiliki stamina tinggi. Harapan pasukan untuk mengkaver kawan kawan yang pancit. Akan bermain semua perlawanan takde ganti ganti kami tak pedulik.

Rochang Noor - midfilder
Ini orang gua tak reti nak cerita macam mana, dia punya kederat masyaAllah punya la padu. Lari laju, tahan bola melekat, passing tepat dan boleh menyumbat gol dari sudut sukar. Jarang jarang meminta bola sebab dia yang selalu pegang bola. Sama macam Awie, Rochang Noor kena main tak boleh sub.

Luca - Pembolot
Manusia ni kalau main dengan dia, jangan harap dia nak passing. Suka jatuh depan pintu gol, emm jatuh ni sebab badan tak fit dan gemuk. BMI tak berapa nak masuk. Kadang kadang tendang bola kena kawan sendiri. Tapi bila terdesak sangat, boleh je dia score sambil buat muka emo.

Miji - (no description)
Dia ni adik Ijok. Orang kata dia ada bakat jaga gawang. Gua tak pernah tengok dia jaga gawang macam mana. Belum pernah bersemuka di dalam gelanggang sebab masa latihan dia tak datang.

Gua - simpanan tetap dan kena berfungsi macam Solskjaer.
Err..gua malas berlagak banyak, biar pertarungan digelanggang yang menceritakan segalanya..tapi macam gua bagitahu awal awal tadi la, kalau semua nak main, sapa pulak nak bancuh air sirap?.

Pengurus pasukan ialah Bart Bassong. Gua dengar dia ada daftar nak jadi pengadil perlawanan separuh akhir.

Pemberi Hadiah - encik Lucius Maximus (harap harap dia sempat beli tiket kapalterbang)

Pengadil perlawan akhir antara team kami menentang team X - Brader Obefiend Weiland (kalau team lain kompelen gua tak tahu!).

Oohh lupa..jurulatih..jurulatih pasukan ialah encik Vovin, dia suka buat latihan ikut intenet pukul 1-2 pagi. Semua tektik dan perangkap kena atur ikut chatbox Fesbuk, tak pun ikut Messages. Pada hari pertandingan, jurulatih dah siap siap bagtau tak boleh datang sebab ada hal pelancaran buku di PWTC. Tengok,..buku dan bolasepak memang ada close-relationship.

Gua sarankan pada geng geng yang duduk area lembah kelang, terutamanya Ampang, sila datang beramai ramai ke Sport Planet Ampang pada 28th March 2010 ni. Game mula pukul 10 pagi sampai pukul 1, kalau pasukan perlawanan akhir masing masing degil taknak mengalah, ada harapan main sampai malam. Makan tengahari lu orang kena beli sendiri. Bawak bekal dari rumah pun takpa. Air sirap kalau ada lebih gua boleh semawa sikit. Itu takde hal.

Berapa ramai datang ni gua nak buat head count?

14 Nasihat Ikhlas:

cikgu kuala kubu said...

best entry awak kali ni....klaka.

- cikgu kuala kubu -

TerraKota said...

Ehh ni CKK betul ke menyamar ni?

hehehee

LANN said...

kalau rasa2 nak datang, kira headcount tak? bawak buku skali tak?

..nOWa.. said...

tu diaa...cikgu kuala kubu dah pantau blog abah fateem..apapun, ramuan air sirap lu tu tak yah la beria beno gulanya..kang diabetes plak player2 tak handalan ni smua..

crazy_labelle said...

huhu... gud luck...

paiseh said...

gua cadang lu pegi keje xyah naik bas sampai minggu depan.. baru bulih padu stamina. ajak luca skali wat teman~

faRk said...

gua angkat tangan neh..kire aku skali...

jo said...

kah.kah.kah.
rasa macam x nak sepak bola.
nak sepak je perut lu. hehe..

-aPi- said...

hebat team2 lu ni....
huhuhu..

position lu wat aku khuatir skit..
hahaha..

api72.blogspot.com

phakdee said...

kalau nak nasihat dan pedoman dari ex-goal machine, sila hubungi aku.

brat2104 said...

saya area ampang. kalau ada geng, saya gi. jap, 28 tu bila?

Anonymous said...

geng gondol mati ditembak polis. ado kaitan dengan memoir gondol kah?

MAKCIK REHAN said...

head count nk bajet air sirap ke. Up la kopok lekor sorang 3 ketui bai!

marini rafar said...

sori le gambar gelap. nanti time sokernet futsal, i paksa posing lagi!