Wednesday, October 28, 2009

'Line' Panas Gila Sekarang

'Line' tengah panas. Gua dah bayar tiga juta tengahari tadi, nak guna gua-lu-gua-lu punya pasal. Itu tak masuk bayar yuran 'gampang' dua juta, yuran 'kucar-kacir' pun dua juta jugak, yuran entah apa apa jenis lagi lawyer gua tengah bincang dengan lawyer pihak berkenaan. Gua harap semua pihak dapat mencapai persetujuan tanpa perlu bertarung lawan takraw...itu jalan penyelesaian terakhir.

Sampai rumah dalam pukul sembilan, dengan talileher masih terbelit kemas dileher, gua melangkah masuk sambil bagi Assalamualaikum. Gua dapati laptop dan internet dah terhidang kemas atas meja.panas berasap.

"laptop tu beb..tengah panas..pegi la jamah dulu, gua jamah kejap lagi..gua tahu lu lapar" - bini gua memberi cadangan sambil bukakkan stoken dari kaki gua.

Gua yang tengah lapar internet,meleleh leleh air liur pegi menghadap. Fateem dan adik dia terkebil kebil memandang gua dengan wajah meminta belaian dan kasih sayang.

Gua bermain kemahiran berhujah:

"fateem pegi set-up meja dulu..pinggan mangkuk susun elok elok ikut warna..pegi beli ikan kembung,sayur bayam..bawang jangan lupa..dah siap semua baru panggil ayah..malam ni kita masak siakap stim" - teriak gua sambil melahap internet bersepah sepah.

'Line' Panas yang kawan gua sms dalam bas tadi gua pegi tengok.Cilakak memang dah kena bayar yuran copyright rupanya.Mujur gua siang siang selesaikan cara elok dengan pihak berkenaan.Boleh la gua berlagak pakai gua-lu-gua-lu sambil ber-gampang ikut suka hati gua lepas ni.

Ahh sedap betul makan internet cicah kuah Fesbuk, lauk Blogspot gua cubit sikit sikit.Sedap sangat takut habis cepat pulak.Gua kalau menikmati internet, lauk tak payah banyak banyak..cukup kuah fesbuk dengan lauk Blogspot.Bini gua kata gua tak banyak karenah.Lauk sedikit takpa..asalkan makan puas.

"Dah setel ka lu punya hal semalam?,..gua tengok mamat tu dah mintak maap." - bini gua bersuara dari belakang.

Sambil mulut penuh blog gua membalas:
"Alah..gua bukan jenis simpan dalam beb..lu tau kan cara gua.Gua diam kira setel dah la tu.."

Tangan kiri gua tak berenti menceduk fesbuk.Laju je gua belasah..tecekik juga makan fesbuk laju laju ni rupanya.

Bini gua datang duduk sebelah.Perlahan dia bertanya:

"Gua tengok dalam entry lu ada email email rahsia, lu main hubungan sulit dengan makwe mana pulak?"

Ohookkk ohookkkk!!! - Gua tersedak.cepat cepat gua teguk air youtube.Dalam peti ais rumah gua takde air lain.semua air jenama Youtube.Ada macam macam perisa, ada perisa Indonesia, perisa Orang putih, perisa yang ada nama melayu melayu pun banyak juga.Paling gua suka melayu 3gp lah..

"Itu bukan hubungan sulit lah beb..itu kawan masa buat bisnes dulu dulu..takde apa apa lah...Cemburu jugak lu nih ye" - gua menyakat memberi penanda puasa 100 hari bakal berakhir anytime dari sekarang.

"ehhh..sejak bila lu buat bisnes pulak?, tak pernah haram sepatah lu cerita kat gua pun?" - Bini gua bersuara terkejut gila babi.

Gua diam sekejap.Tangan yang penuh sisa fesbuk dan saki baki blog gua biar basuh cepat cepat.Orang tua tua kata lepas makan terus basuh tangan. Tak baik biar kering.Sambil menoleh pandang ke bini gua..gua tarik napas dalam dalam.

*Gua senyum penuh keikhlasan..
*Keadaan tenang macam duduk dalam masjid..

"Sayang...kadang kadang dalam hidup ni..tak semua benda kita boleh Sembang Kencang..ada perkara perkara yang kita kena diam,simpan dalam hati elok elok..
Paham?, ke tak Paham?"

Bini gua tunduk diam.Dia dah termalu pada diri sendiri sebab mengesyak gua yang bukan bukan sebentar tadi :)

"Ayaaahhh..cepatttlaaa masaaakk!!"

NOTAKAKI
Lagi satu gua nak cakap:
kehkehkeh

Monday, October 19, 2009

1Malaysia

Budak budak berketurunan India datang rumah mak ayah gua siang tadi. Mereka datang beraya.
Nak suruh balik tak kena, nak suruh masuk pun tak kena. Inikan negara 1Malaysia.

Cilakak tak pasal pasal keluarga gua terlibat dalam perayaan Deepavali secara 'hand's on'.Mental tak bersedia. Salah kami juga, hal hal 1Malaysia sapa suruh tak ambik berat.

"Makcik ini 1Malaysia la makcik..kami raya, makcik pun raya la" - salah sorang brader berhujah.

Kalau ikut konsep 1Malaysia, memang boleh pakai juga kepala otak brader berkenaan.

"Ok..lu orang masuk..apa apa hal kita cerita kat dalam" - Ibu gua bertindak menjadi tekong keluarga.

Masukla tiga orang budak India sekolah rendah Methodist. Tiga tiga budak lelaki.Gua saspek umur mereka dalam darjah lima atau darjah enam.

Nak jamu tart jem, macam tak kena tema.Inikan Deepavali, bukan Aildilfitri.
Nak jamu maruku, macam tak kena juga. Mana ada kami beli maruku??.

Maknanya, gua kena berfikir untuk jamu makanan yang syarat dia adalah 1Malaysia.

Gua pegi lari kedai Chong dekat bawah:

"Bagi Maggie kari tiga bungkus!".

****
****
****
p/s: Lepas rumah gua, budak budak tu pergi pula rumah nyonya Memei sebelah rumah mak bapak gua.Belum sempat bagi hujah, semua semua kena halau dengan nyonya Memei. Nyonya Memei memang haram tak paham konsep 1Malaysia. Malas gua nak terangkan kat dia.

Saturday, October 17, 2009

Brader Kebel

1)Kepada brader brader sumber manusia, dan brader brader penemuduga di Kementerian Pelajaran Malas-sia, gua dah ampunkan dosa lu orang.

2)Duit tol, duit minyak, masa, tenaga, cuti rehat dan duit belanja rumah tumpangan yang gua sembelih buat korban beberapa bulan yang lampau, gua halalkan. Gua kira kira guna kalkulator henset ..modal nak mengusung bini gua pegi interview di Putrajaya, di Melaka dan di Ipoh semua sekali kawteam rm2140. Di mana duit sebanyak itu kalau gua guna buat beli beras, cukup nak bagi zakat pada asnab asnab di masjid Zahir Aloq Setaq selama tiga tahun berturut turut.

3)Perangai malas angkat talipon,perangai "encik kena tanya bahagian pengurusan porno..saya bagi nombor ye", perangai pegawai takde pegi mesyuarat (padahal gua tahu dia pegi pekena roti canai), perangai tak reti balas email, perangai cakap biadab mak bapak tak ajar dan segala jenis perangai yang boleh menyebabkan gaji yang halal menjadi haram,yang dianiayakan kepada gua dan bini gua..Gua maafkan.

4)Antara semua semua..paling gua rasa nak penerajang ialah bila gua talipon kementerian, haram jadah sapa pun tak angkat. Sehari gua talipon tiga puluh dua kali, cuba kira kalau hari hari gua talipon dengan kadar macam tu selama lapan bulan?,tak apa..gua maafkan juga.

5)Bila semua saluran halal yang gua usahakan tak mendatangkan inzal, gua mula cuba cuba jalan yang sesat. Gua amalkan pula prinsip Kebel. Sayang kebel yang gua guna jahanam di tengah jalan.Mujur gua belum belikan lagi kereta Mercedez untuk Kebel Kebel berkenaan. Jadi sapa yang rasa diri dia brader Kebel, gua dah redhokan perbuatan lu orang pada gua.Gua nak pesan,Penuhkan konektion di dada dulu, baru la klem diri tu brader kebel.

6)Dan hari ni, setelah setahun gua dan bini gua menjadi pemintak sedekah dan penyembah kaki di kementerian pelajaran, akhirnya bini gua dapat juga sedekah yang dia nak sangat sangat..Sedekah yang boleh bagi nama dia ada tajuk CIKGU kat depan. Terima kasih brader kementerian kerana membangsatkan kami selama satu tahun.

NOTAKAKI
Gaji cikgu sebulan dua ribu, bini gua dah rugi sepuluh bulan...gua kira balik guna kalkulator henset, bini gua dah rugi dua puluh ribu.Beritahu gua dengan pihak mana gua boleh klem hal hal macam ni?

Thursday, October 8, 2009

Binari

Entry gua semalam..gua cerita sikit pasal binari.Dalam bahasa orang putih dia eja binary.
Ramai juga menyalahkan gua sebab gua cerita 2 jenis manusia saja, dan bukan 10 seperti yang gua bangkitkan..

Macam ni lah..

Binari ni ilmu dia ada dalam buku matematik tingkatan lima.Matematik moden, bukan matematik tambahan.

11000111
10100
1001110

ok, dah ingat?,
cuba ingat balik pelan pelan...

Bila kita tulis 10 dalam binari,maksud dia dua (2)..

Sekarang gua dah tahu, lu orang ni semua belajar sebab nak lulus periksa SPM saja kan?Astaghfirullah...

p/s: Gua tak larat menaip dengan gaya mengaki macam ni,nampak sangat takde adab.Sapa sapa yang ada buai elektrik tu bagi la sedekah dekat gua.

Sunday, September 27, 2009

Hari Ini Di Sebuah Hospital

27th september 2006

**************
Hari Itu,
Gua bangun tido awal,
Tapi bukan dari tilam TOTO rumah gua
Gua bangun dari tilam hospital,
Dada gua berdebar debar keghairahan..

Hari Itu,
Gua mandi cincai,
Fikiran kucar kacir,
Ada naluri kerisauan,
Hati gua gundah gulana tidak ketahuan..

Hari itu,
Gua cakap dekat bini gua,
hampir seribu kali..
"Rilek beb..rilek"
Walau gua sendiri, sebenarnya tak berapa nak rilek..

Hari itu,
Gua prektis baca baca selawat mana yang gua tahu,
Gua tulis sms siap siap bubuh dalam draft
Jiwa gua ada cakap:
'Lu kena doa banyak banyak brader'

Hari itu ( masa ni dah tengahari)
Gua Azan
Gua Selawat
Gua cakap Alhamdulillah banyak kali
Debaran gua lebur,
Hati gua tenang
Jiwa gua aman,
Gua hantar sms..
"Geng,bini gua dah selamat beranak..anak perempuan,anak dan ibu sihat..lu orang datang sini nanti jangan lupa bawak hadiah"

Hari itu,
Gua memeluk jawatan baru,
Menjadi Bapak!

*Amacam sajak gua?, ada bunyik sajak tak?
*************

27th September 2009
Selamat hari jadi yang nombor tiga unutk FATEEM FARHIYYAH.Dah umur tiga tahun ye anak ayah ni.Semoga menjadi anak yang baik baik.
Ayah nak pesan,
Kurangkan isap susu Dugro, kurangkan Tom Tom Bak, kurangkan Hagemaru, kurangkan Putera Shazlan, kurangkan Kepten Bolehh..dan kurangkan main masak masak.
Banyakkanlah berzikir dan membaca buku..baru boleh jadi cerdikk,paham?

Ok,
Mai kita nyanyi ramai ramai:
"Selamat hari jadi...Selamat hari jadi..Selamat hari jadi Fateem Farhiyyah..selamat haaaarrriii..jaaadiiii!!"

p/s:Besday parti??, tak payah la..makan kuih raya je pun cukup, banyak lagi tak habis ni

Tuesday, September 22, 2009

Kad Raya hari raya ke 3

Gua baru sampai Tg Malim. Peti surat penuh dengan kad raya Fateem. Gugup juga gua melihatkan kad raya yang berhimpit himpit dalam peti surat semua untuk Fateem.Gua punya nama haram takde langsung.Lu orang bagi kad raya ikut lunas diskriminasi ye, ingat gua tak kecik hati?

lagi satu, sapa yang belajar phD pandai sangat bagi kad raya letak sekali duit raya sampai seribu?, ...terpaksa gua simpan dalam poket gua.Gua tak berapa harap budak kecik pegang duit ramai ramai.Baru kelmarin gua teguk air milo panas sambil terjumpa duit sepuluh ringgit dalam gelas.Pandai betul Fateem sorok duit dalam air milo supaya orang tak curi.

Bercerita hal kad raya Fateem, gua nak cakap la terima kasih banyak banyak kepada insan yang mengirim kad. Ada kad dari johor, dari kedah, dari Kuantan, dari Putrajaya, dari Kuala Lumpur, dari Perak, dari Perodua pun ada. TERIMA KASIH yee....

p/s:Posmen talipon gua tadi, hari ni dia nak hantar lagi tujuh karung kad raya semua nama Fateem. Gua dah buat matematik, kalau satu kad ada selit seratus ringgit, dalam sekarung mau ada lima ratus kad raya, kalau tujuh karung?,...Astaghfirullah punyala banyak...gua nak pegi order kereta BMW sebelum zohor!

Saturday, September 19, 2009

Projek Balik Kampung


Projek balik Kampung atau brand singkatannya PBK adalah proses pembalikan gua ke kampung.Bermula dari stage mengemas baju ke dalam bag sambil terkial kial mencari butang baju melayu yang misplaced, sampailah gua memunggah semula bag yang sama untuk mencari ubat gigi..ahh gua nyanyi sepam lagu DEWA 'Ubat gigiku tertinggal di Tanjong Malim'..suara gua pun jammed tak boleh nak tune ke ahmad dhani..dia punya alunan berat hala ke Anuar Zain yang menyanyi nak mintak makan kerna perut kosong.Pantang dekat Hari raya, dengar la suara Anuar zain mintak makan,macam takdak hari lain dia nak mintak makan.

Perjalanan dari Tanjong Malim ke Sg Limau Yan bukan kerja ringan macam naik moto pergi pasar ramadhan.Dia punya tahap rumit macam gua interview nak kerja Google tahun 2004 dulu,bangsat punya susah!.Sedang gua berada di atas hiway SammyVelu, belum sempat gua khusyuk berzikir, gua dapati dah ada kereta MyVi berkelahi dengan kereta Viva di kiri jalan dekat exit Sungkai.Patah riuk juga gua tengok si Viva kena balun. Jenis perangai tak reti nak bermaaf maafan dihari raya.Atas jalan raya pun masih lagi nak bergaduh. Gua malas leraikan.

Perjalanan diteruskan lagi dalam cuaca panas rembang hampir memasuki waktu sembahyang jumaat. Radio di kereta adik gua tengah syok petik Rock kapak.Untuk rekod, kereta adik gua adalah gabungan teknologi Mivec dan Mitsubishi, lalu lahirlah Satria ber-ekon barai yang hanya menyakitkan hati penumpang macam gua dan anak bini. Panas rembang di luar langsung takde nak bagi kesian kesian.Kalau gua tahu macam ni punya hal, baik gua pandu moto ex5 saja, dapat juga gua merasa libasan angin luar.

Keadaan jalan Hiway yang tak sihat juga mendukacitakan rakyat marhein macam gua.Pembedahan Hiway berlaku di sana sini tanpa ada kawalan.Gua tak tahu lah apa sebab Hiway utara selatan ni kerap kena bedah.Gua nampak dia sihat saja.Lepas bedah tampal semula.Minggu depan bedah lagi,tampal balik.Takda rasa kesian ke?.Akibatnya, bermasam mukalah kawan kawan Satria adik gua seperti Toyota Alphard, BMW coupe, Mazda 6 dan Honda Transformer kerana terpaksa memandu macam kena Q roadblock di kelajuan 50km/j.Pakai kereta besar,gagah,kukuh,laju,ada DVD player,ada Triptonik segala jenis...tapi hebat mana pun kereta,dalam situasi balik beraya, tak boleh juga bertarung dengan moto Yamaha 125 yang merempit tak payah pandang belakang. Gua jadi insaf memikirkan hal demikian.

Walaubagaimana pun, dalam keadaan rumit macam tu, masih ramai bastard bastard berkeliaran. Gaya pemanduan mereka lebih bertemakan perjalanan ke neraka jahanam berbanding tema perjalanan balik ke kampung.Otak manusia ni, bila letak dalam usus besar, jadi macam tu lah..banyak tahik.Hasilnya, lahirlah pemandu bengap yang hanya ada kote atas jalan raya namun gagal bereksi di atas ranjang.
Untuk pemandu pemandu sebegini, gua ucapkan 'Selamat hari Raya, moga roh lu orang nanti dicucuri Rohmat'.

Hampai mencapai destinasi, gua berasa sedikit kecewa kerana makwe makwe tol di Sg Dua bukan lagi makwe makwe yang hendel.Ramai brader brader saja.Menangis juga gua dalam hati.Pakai smart smart dengan spec mata hitam haram takde makna.Cilakak!, buat penat beratur panjang terkial kial.balik nanti sumpah gua paksa adik gua beli kad sentuh dan berambus, senang cerita. Gua pun nak pergi laju juga.

kira dalam pukul empat petang, kami tiba di Sungai Petani.Gua singgah menginap di hotel mewah.Memang gua rancang malas nak tunjuk muka awal awal dekat orang kampung.Biar saspen sampai pagi raya sampai depan rumah naik lori eskrem.Iklan boring takde stamina..cehhh..

Selesai membereskan hutang tol di Tol sg Petani selatan,
Gua jengok jengok ke Pelita nasi kandar, macam tiada pelanggan..hah, ini peluang drive thru!

"Mamak kasi lauk ayam goreng sama kuah campur..bungkus dalam plastik hitam aaa.."

(Ketika entry ini ditulis, Projek Balik Kampung gua masih sekerat jalan..tesangkut di sg Petani)