Kalau ditanya apa kesan paling jelas dengan isu kenaikan harga, maka yang paling ternampak adalah bermulanya bibit kebencian marhein kepada kumpulan elitis dan kaya raya.
Namun sebelum itu semua berlaku, simpan dahulu kebencian kalian, sebaliknya mari kita beri perhatian kepada kumpulan yang lebih besar dan berbahaya, yang aku namakan mereka ini sebagai
'Prebet Kapitalis'.
Hampir setahun yang lepas, aku ada menulis perihal 'Prebet Kapitalis', dimana mereka ini berkeliaran dalam kumpulan marhein dan proletar, merekalah yang paling kuat merungut tentang kenaikan harga, mereka jugalah yang paling inginkan simpati, namun jauh dialam realiti, sang Prebet kapitalis inilah yang menindas kaum sesama mereka dengan menyemai kebencian kepada kumpulan elitis.
Mencarik semula tulisan yang lepas, aku tulis begini:
" Prebet Kapitalis, dalam terminologi aku sendiri, adalah perbuatan berniaga yang tidak adil dan menipu orang, di mana kesan penipuan itu sangat subjektif dan susah nak dilawan. Prebet kapitalis dalam contoh mudah adalah peniaga gerai tepi jalan yang rip off, menjual karipap inti angin, mee goreng perisa kapur, nasi lemak sambal air, dan pelbagai hal hal asas yang sukar ditentang secara menyeluruh kerana bilangan mereka ini sangat banyak bertebaran atas muka bumi Malaysia. Lebih malang, mereka ini peniaga susah, berniaga cara macam itu untuk senang cepat, lalu menipu pembeli yang rata ratanya juga orang susah. Orang susah, tipu orang susah. Bangang.
Dua contoh di atas, aku beri kata nama KAPITALIS sebagai tanda kejahatan. Dalam konteks definisi ekonomi sebenar, Kapitalis bukanlah tanda kejahatan seperti apa yang ramai faham. Memang kita di ajar, kalau berborak hal ekonomi, bila bertemu penindasan, maka KAPITALIS kita jadikan kambing hitam. Yang tidak tahu menahu apa satu haram pun, dengan menyebut "Kapitalis" maka dia akan kelihatan pandai cerdik. Tidak apa, jangan bimbang kalau kau oranglah orangnya, aku di sini bukan nak merejam isu siapa lebih tahu dari siapa tentang KAPITALIS dan segala isi peghuraiannya, aku di sini hendak bersama kau orang..menandakan Kapitalis, sebagai focal point untuk sifat ketidakadilan dan penindasan.
Masa aku naikkan kes I-City, ada dua tiga mangkuk hayun retaliate dengan mengatakan aku bodoh tak buat study, tak investigate sebelum pergi. Ada juga yang lagi cerdik mengatakan aku ada pilihan, boleh je aku tak masuk SNOWALK, boleh je aku tak bawak anak anak aku pergi main keretapi semua tu.
Yang bercakap ni, aku harap kau buat study dan investigate habis habis dulu sebelum kau beli mana mana karipap gerai tepi jalan. Jangan sampai kau mengamuk sebab terbeli 5 bijik karipap inti angin harga Rm2 lepastu kau menyumpah "aku tak halal duit lah", "aku doa kau masuk neraka" lah. Masa tu aku pulak nak bercakap "Bodo kau tak buat study pasal gerai karipap" dan aku juga akan cakap "kau ada pilihan, siapa suruh kau beli karipap situ". Biar orang kampung tipu kau macam mana kau gelak orang kampung macam aku ni kena tipu dengan I-City.
Nampak?
Isunya bukan Intelligent.
Isunya, bagaimana kita nak menangani ketidakadilan dan penindasan yang halus dan terpelihara sebegini, supaya orang yang tak sekolah pun berasa aman damai untuk berjalan kemana mana, membeli barang makanan apa sahaja, dan faham yang dunia ini banyak lagi perkara baik yang menggembirakan.
Berbalik kepada Kapitalis, diperingkat ini, aku establish satu premis, yang mana makcik jual karipap juga boleh dikategorikan sebagai kapitalis jika dia melakukan ketidakadilan dan penindasan ketika berniaga. Menjual Nesacfe ais di medan selera RM 2 ringgit lima puluh sen segelas, dengan alasan "Sini KL bang" memangla bagsat. Ya aku tahu sini KL. Tapi KL tu di mana? di Pavilion atau di kampug Keramat?
Hal macam ni lebih banyak buat aku bertengkar dalam melaui kehidupan seharian aku. Kalau aku nak kutip balik, entah berapa banyak kedai makan yang aku pangkah, berapa banyk kedai runcit aku bergaduh, berapa banyak gerai kuih muih aku sound balik keesokan harinya beritahu tuan gerai "karipap semalam takde inti".
Dan benda benda macam ni kena selalu latih. Bukan latih bergaduh, memaki orang..tapi latih diri kau orang supaya kritis terhadap hak kau orang. Ramai orang tak puas hati tapi depan kedai tak cakap, depan gerai tak cakap. Dah balik rumah baru pung pang pung pang. Cakap straight depan peniaga tu. Memang depan kau dia akan cakap dia betul. Tapi percayalah cakap aku ni, dia mesti goyang dalam hati. Dia mesti fikir, dan dengan sedikit hidayah Tuhan, dia akan berubah, letak harga dan memberi perkhidmatan sepatutnya.
Aku berharap semua peniaga pencari rezeki berniagalah dengan hati yang ikhlas. Berilah makan macam kau masak untuk keluarga kau nak makan, jual lah barang macam kau sendiri yang nak beli barang tu untuk keluarga kau guna. Berurusanlah sebagaimana kau mahu orang lain melayan kau. Berikanlah perkhidmatan yang baik untuk manusia supaya mereka gembira.
Supaya aku, dan orang orang yang bersikap seperti aku..tidak lagi membuat dosa dengan pertentangan, perlanggaran, dan kemarahan yang tercetus bila kita bersemuka. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh tersenyum dan berterima kasih dengan kau. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh membeli dan membelanja dengan aman damai dan memandang kau semua sebagai manusia baik yang mewarnai perjalanan hidup aku sebelum kiamat tiba.
"
Juga sekarang, naik gula, naik letrik, naik minyak, naik toll..
Prebet Kapitalis akan merungut kerana menanggung kos tambahan rm100 atau rm200 sebulan, lalu harga teh ais dari rm1.50 segelas, dinaikkan ke rm2, nasi lemak dikecikkan, perisa kuih muih terkurang di sana sini atas alasan 'kerajaan jahat naikkan harga'.. Natijahnya, mereka sebenarnya mengaut untung berlipat ganda.
Jadi bilang, marhein yang sedang derita, bertukar hidup sengsara atas tangan siapa sebenarnya?
Ingat!
Yang membunuh itu memanglah Jerung, tapi yang lebih mencarik daging sampai tidak bersisa itu kerja sang kecil pirana.