Friday, May 3, 2013

Mesej untuk Perubahan


Kawan,

Menanglah BN, atau PR, atau parti Kepala Gajah sekalipun, kalau kita sendiri hidup sama macam semalam, maka akan sama lah juga nasib yang akan kita tempuhi untuk hari hari mendatang.

Semalam, aku jumpa seorang klien kerja TNB, dia bgtahu ada bisnes pacak tiang letrik, tarik kabel, sekarang dikeolakan oleh syarikat yang dikepalai oleh mat Bangla.(banyak la kompeni lain, tapi salah satunya kompeni mat Bangla ni)
Ya. Bangla yang pada mulanya datang ke negara kita untuk mencari rezeki kecil kecilan, sekarang dah up jadi pemilik perniagaan, ada pekerja dan ada beberapa bijik lori sendiri.

Cerita kedua pula aku dapat beberapa bulan lepas, seorang Bangla datang berjumpa kawan aku tanya macam mana nak import kain dari China. Bangla ni beritahu dia ada 3 kedai kain, satu di Wangsa Maju, di Shah Alam dan di Klang, sewa setiap satu kedai ni tak kurang RM7k/sebulan.

Mungkin di luar sana ada macam macam lagi cerita yang serupa macam yang aku dengar, mungkin ada bangsa Indonesia, Myanmar atau Pakistan yang berjaya dalam perniagaan dan perusahaan seperti berjayanya Pakistan jual karpet yang mengusai perniagaan karpet di Nilai 3 dan di jalan Tunku Abdul Rahman.

Bukanlah berjayanya bangsa pendatang yang aku nak ketengahkan, tapi lebih dari itu..bagaiman titik mula pendatang pendatang ni boleh set foundation seterusnya menikmati kesenangan di bumi kita?
Jawapannya mudah, ia bermula dengan sikap dan semangat untuk berjaya.

Sikap yang baik, positif, juga semangat daya juang yang tinggi akan menang dalam pengembaraan apa pun di dunia ini. Kalau spirit yang kuat kita tak ada, maka jangan haraplah nak berjaya dan mencapai apa apa pun dalam hidup yang serba singkat ni.

Kita sering dengar slogan "Perubahan!" dalam senario politik hari ni. Harapan rakyat dalam agenda perubahan mestilah berubahnya sistem yang dikuasai korupsi, sistem kronisme, sistem ketidak adilan dan penipuan. Kita mengimpikan kehidupan yang lebih baik, pemerintah yang adil, masyarakat yang sempurna dan segala impian yang power power.
Semuanya tidak salah, yang menjadi salah ialah kita kuat berharap, tetapi kita sendiri tak mulakan perubahan tu dalam diri dan sikap kita.
Semalam, kita masih buat benda sama macam kelmarin dan hari sebelumnya, adakah esok (kalau PR menang) jadual dan pembawaan diri kita akan turut berubah?

Aku ingin bertanya,

Adakah esok kalau PR menang kita akan mula  bersolat subuh di masjid dan solat ontime?
Adakah esok kalau PR menang kita akan belajar berusungguh sungguh di Universiti dan tak copy paste assigment kawan kawan kita?
Adakah esok kalau PR menang kita yang kerja pejabat ni akan berhenti keluar sarapan pagi pada pukul 10 pagi?
Adakah esok kalau BN kalah kita akan rotan anak anak kita yang belajar curut dan menguasai kelas curut di sekolah?
Adakah esok kalau BN kalah kita akan berhenti kalut talipon sana sini nak bagi boleh anak kita dapat biasiswa dan nak dapat tempat di universiti?
Adakah esok kalau BN kalah kita akan kurangkan main fesbuk dan banyakkan masa menengok anak anak kita belajar?

Adakah kita bersedia, untuk hidup secara penuh tanggungjawab dan mengurangkan kebergantungan terhadap suatu apa pun kecuali kebergantungan pada Allah dan pada tulang empat kerat kita? juga kekuatan akal fikiran kita?

Bersediakah anak anak muda kita untuk meninggalkan scene rempit, scene ganja, scene pusat serenti, scene Pavilion, scene 3gp, scene shuffle, dan segala scene yang menguasai bangsa dan agama kita selama bertahun tahun ni?

Aku tidak berniat nak menulis panjang,
Apa yang aku nak sampaikan, parti apa pun yang menang..kalau diri kita sendiri taknak berubah ke arah hidup yang lebih bertanggungjawab, maka perubahan yang kita nak tengok dalam masyarakat takkan terjadi.

Percayalah cakap aku ni.