Wednesday, February 8, 2012

Membawa Bekal


Pagi tadi gua datang ke pejabat naik kereta. Kawan gua yang duduk Tg Malim kerja KL pun tumpang sama naik kereta dengan gua.

Sejak akhir akhir ni, gua selalu juga datang kerja bawak kereta, laju, lancar dan tak semak kepala macam naik bas.

Pagi tadi, semasa kereta gua melintasi kawasan Rawang, kawan gua yang duduk di sebeleh membuka zip beg nya, lalu dikeluarkan sebekal makanan.

Gua yang sedang memandu sempat menjeling ke tupperware hijau, berisi sandwich.

Lebih tepat lagi, sekeping sandwich.

Melihat sandwich, timbul pula rasa teringin nak sikit. Tapi gua pura pura pandang ke jalan dengan serius.

Kawan gua tiba tiba bersuara:

"Kalau gua makan sandwich ni, dia akan jadi bekal gua pada hari ni"

"Tapi....."

"Kalau gua bagi lu sandwich ni...dia akan jadi bekal gua di akhirat nanti"

"Nahh ambil..."


Tanpa banyak soal,
Gua ambil sandwich, suap ke mulut, lalu terus memandu ke KL sambil menitiskan airmata.

37 comments:

  1. perghh persahabatan dua lelaki!!!

    ReplyDelete
  2. ble kanalkan kawan lu kat gua x, gua ingin mencari kawan sebegitu rupa....... hahahahaha

    ReplyDelete
  3. boleh memperkenalkan kawan lu ni pada gua x, gua dah lama mencari sahabat sedemikian rupa.... hahahahaha

    ReplyDelete
  4. sesuai buat menantu simpanan!

    ReplyDelete
  5. org yg baik musti dah kawen.
    beliau dah kawen kan?
    melepassss..

    ReplyDelete
  6. pergghh.. untongla.. ada member cmni =) hukhukhuk ..

    ReplyDelete
  7. Gua tak terbaca lak jantina kawan lu tu... jeng jeng jeng....

    ReplyDelete
  8. Epic friend is epic!

    Bukan senang nak cari member macam ni. Jaga dia baik-baik

    ReplyDelete
  9. ala..... so suwit.... tapi cemana dia yang suwit tu leh dapat kawan yang hampeh cam ko.....???

    ini bisa menimbulkan tanda tanya ni.....

    ReplyDelete
  10. ayat yang simple tapi mendalam.....

    ReplyDelete
  11. pergh.... kali cerita ada sedikit insap....hhehhehe

    ReplyDelete
  12. alolololololo.....comei ngat aih ampa

    ReplyDelete
  13. gua yakin..hari2 lu akan offer kawan lu tu naik kereta pergi kerja

    ReplyDelete
  14. lain kali boleh minta lebih untuk bekal di akhirat...

    ReplyDelete
  15. kah kah kah tak boleh blah siakkk....epic epic(sambil buat sign good)

    ReplyDelete
  16. Kawan ketawa senang nak cari,kawan menangis sorang diri. Tapi lepas perut dah kenyang la, hihi. :-)

    ReplyDelete
  17. ko habiskan semua ke?

    patut bagi 2 le

    ish3

    baru bekal hari ni dan bekal akhirat

    kohkohkoh

    ReplyDelete