Monday, November 28, 2011

Ketagihan


Sejak gua dah tahu sikit sikit selok belok main Twitter, gua jadi ketagih ke Twitter pulak. Fesbuk dah makin tua, layan lama sangat pun bukan boleh maju ke mana.

Bidang blog, gua ingat nak sabatikel dulu lah.

Semoga gua berjaya dalam bidang Tiwtter yang baru gua ceburi ni.

@FdausAmad


Friday, November 11, 2011

Makngah Som


Fakhrin, kawan gua dulu belajar di Colorado, Amerika, Petroleum Engineer, cerita macam ni pada gua:

"Aku balik kampung kat Alor Setar raya Haji minggu lepas. Dah dekat 6 tahun aku tak balik sana lepas atok meninggal, dan family aku pula kebetulan pindah ke Melaka, ayah aku kena tukar kerja"

"Aku pegi la singgah rumah jiran lama aku, kami panggil dia Makngah Som".

"Sambil aku borak borak tanya hal anak anak dia semua..tiba tiba dia tanya aku"

"Hang dah habih ka belajaq kat Amerika dulu tu?"

Aku jawab; "Dah habih lama dah makngah"

"La ni hang gheja mana?"

Aku jawab lagi; "Saya kerja Petronas"

Kata makngah pula:


"Haaaihhhh...belajaq tinggi tinggi gheja Petronas jaa?"


Aku jawab lagi; "Takpa la makngah..berkhidmat untuk Negara. Masa di Amerika saya dapat juga tawaran kerja dengan syarikat lain, tapi saya tolak. Baru ni pun saya dapat tawaran kerja di Arab Saudi, tapi saya tolak juga."


Dan...kata Makngah;


"Takpala..kerja mana mana pun tak pa asaikan rezeki halai..Makngah dok tengok Petronas kat Aloq Setaq ni semua Bangla yang pulun".

Wednesday, November 9, 2011

Gemuk


Tadi, seorang rakan pejabat perempuan yang laluan mejanya kena melintas meja gua singgah menegur:


"Ehh aku tengok kau ni makin gemuk."


Gua, yang sedang menaip email, buat buat terkejut, lalu membalas:


"Nampak sangat ke?"


Maka kata rakan pejabat gua pula:


"Serius, dari jauh dah nampak perut!"


Gua cuma senyum, dalam tidak mahu tewas, gua bagi penjelasan ringkas:


"Belum berak lagi ni.."

Sunday, November 6, 2011

SEMBANG KENCANG 2 : Berdebar!



"Power betul buku ni!" - Fateem


kahkahkah!


Sesiapa yang belum membeli buku ni silalah berbuat demikian sekarang.


Thursday, November 3, 2011

LRT, sistem tiket dan pemberontakan


BERITA:
#Pada pembeli SK2 yang order 29/30th Oct - penghantaran akan dibuat Sabtu ni.
#Pada pembeli yang order lepas tarikh tu, penghantaran minggu depan.

****
Semalam hujan turun punya la lebat sampai melimpah air longkang tepi KLCC ni.
Kira kira pukul 6.30, barula hujan beransur perlahan dan titisannya semakin mengecil dan lambat lambat. Ini memberi makna yang jelas bahawa gua perlu segera balik kerana bas gua akan bergerak dari Pudu tepat pukul 7. Kepada pembaca blog yang senier, rasanya gua tak perlu jelaskan lagi peringkat perjalanan yang gua kena lalui untuk balik ke Tanjong Malim. Namun begitu, demi memberi sedikit muka pada adik adik yang baru baca blog ni minggu lepas, gua akan ringkaskan sikit, tapi bukanla sekarang, sekarang gua nak cerita benda lain.

"Sopi, pesan kat Nizam suruh berenti depan Pasar Seni, gua baru keluar pejabat ni"

Begitu bunyi sms gua pada Sopi, salah sorang rakan sepasukan berulang yang kerjayanya 2-3 jam sebagai pegawai IJN manakala balance 4-5 jam lagi sebagai pegawai di warong kopi sebelah IJN. Nizam pula ialah pemandu bas SKS.

"Ok, lu tunggu situ!" - Balas Sopi kemudiannya.

Gua melangkah padu membelah makwe makwe yang tak putus berselisih sepanjang perjalanan gua dari Pejabat KLCC ke setsen LRT KLCC. Kadang kadang datang hairan dalam hati, entah apa la yang dicari sekalian manusia senja senja macam ni di KLCC. Takde ke rasa nak tambah ibadah ke masjid ?, paling kurang pun duduk elok elok di rumah tengok tv apa salahnya.

Gua terus berjalan menembusi terowong. Iklan iklan yang setiap satunya sebesar pintu rumah dilekat elok pada dinding terowong kiri dan kanan. Ada iklan kompiter riba, ada iklan syarikat telekomunikasi dan ada juga iklan jam jenama mahal yang harga jamnya kalau difikir memang tak sampai ke akal.

Nombor digital henset menunjukkan pukul 6.45 petang. Ada 15 minit lagi sebelum bas gua dari Pudu bergerak. Gua mempercepatkan langkah. 2-3 kali juga gua terlanggar pelancong asing yang asyik sibuk menengok peta sampai tak tahu membezakan yang mana tempat orang berjalan dan yang mana pula tempat berdiri setempat untuk menengok peta.

Setibanya di kawasan LRT, gua menjadi terkejut kerana terlalu ramai orang berhimpun dan berhimpit himpit seperti biri biri pulang petang. Barisan beratur dah jadi kucar kacir tak boleh nak bela, manakala di bahagian pagar masuk tiket manual dan pagar touch n go orang orangnya bermuka keliru kerana tidak boleh masuk atas sebab sistem pagarnya rosak. Dalam keadaan sesak sebegitu, terdengar gema suara pegawai LRT memberitahu sistem laluan tiket sedang menghadapi masalah dan menyuruh orang ramai bersabar sementara sistem dibaik pulih.

Pada masa ini, nombor digital henset gua sudah diangka 6.50 petang. Gua lihat bahagian pagar laluan keluar tak mengalami kesesakan kerana orang yang nak keluar dari LRT KLCC lebih kecil jumlahnya berbanding orang yang masuk LRT untuk pulang.

Orang beratur semakin panjang dan mengarut, kesesakan di pagar masuk tak payah cerita, dan ruang udara di stesen luar KLCC padat dengan macam macam bau badan.

Tanpa berfikir banyak gua berjalan ke pagar laluan keluar lalu melompat melepasi pagar. Ramai mata usha slack, dan ramai juga yang usha cemburu.

"Ehh encik kena masuk ikut sana, sini bukan laluan masuk, sila keluar balik."

Sergah sorang pegawai LRT yang kerjanya tangkap pengguna rebel macam gua.

"Bas saya jalan pukul 7 ni encik, takde masa saya nak tunggu berebut macam orang gila. Kalau saya tunggu juga mahunya basi nasi bawah tudung saji di rumah tu" - balas gua panjang.

Pegawai LRT tadi pandang gua atas bawah.

"Orang lain pun nak balik juga encik, encik kena la ikut peraturan." - pegawai LRT cuba mengunakan alasan etika ke atas gua.


"Tuan pegawai, macam ni la..saya nak tanya ni, yang jadi sesak sesak ni salah siapa?, salah saya dan orang ramai tu ke atau salah pihak LRT?"


Pada ketika ini pegawai LRT cuma mampu tercengang cengang sambil gua berlari pergi mengejar masa yang semakin suntuk.


Setibanya gua di stesen Pasar Seni, gua lompat pagar sepam lagi.


MORAL
Jangan membiarkan diri kita menjadi mangsa keadaan.
Kahkahkahkah!

Tuesday, November 1, 2011

Pelancaran SKII





















Terima kasih kepada yang hadir di majlis pelancaran SEMBANG KENCANG 2 semalam.

Buku yang ada ditangan gua sekarang, ngam ngam untuk di pos kan pada pembeli online setakat hari Sabtu kelmarin.

Cetakan seterusnya akan dijalankan hujung minggu ini, jadi silalah menempah secepat mungkin supaya kalian tidak terlepas peluang memiliki SEMBANG KENCANG 2 yang keseluruhannya akan dicetak sebanyak 400 naskah sahaja.

Jadikanlah diri kalian sebagai The Only 400 yang memiliki SEMBANG KENCANG 2 dari keseluruhan 9,000,000,000 penduduk dunia yang sedang bernafas di bumi Tuhan hari ini.


Jadikanlah....