Sunday, May 30, 2010

Projek Jual Pasir


Lebih kurang 2 minggu lepas, gua ada post dekat fesbuk pasal projek jual pasir yang baru gua ceburi. Bisnes jual pasir ni boleh tahan juga dia punya panas. Kalau tak kena gaya, memang barai. Pasir yang gua cakap ni kawasan dia di sekitar Batu Gajah dan Taiping. Ini halal punya pasir..bukan pasir curi orang kampung punya. Ingat!, mencuri itu berdosa.

Projek jual pasir ni dikepalai oleh Ismail. (Ismail ialah orang yang sama mengepalai projek penjualan Pampers). Ismail sebenarnya bekerja sebagai seorang cikgu di sebuah sekolah cina di Menglembu, Ipoh. Rasanya dulu gua ada cerita serba sedikit pasal Ismail ni masa projek Pampers rancak berjalan. Entry yang mana satu gua tak berapa ingat, dan..gua malas nak cari balik:).

Bermula dengan Pampers, Ismail dan gua memperluaskan pula penguasaan dalam sektor perlombongan. Pasir salah satunya. Ada beberapa lagi hasil mahsul bumi yang dibisneskan oleh Ismail seperti batu besi dan batu barite.

Pernah disuatu ketika, Ismail menelepon gua macam menunaikan solat fardhu, sampai lima kali sehari semata mata nak suruh gua cari pembida pembida pasir, atau mengkontek tuan tanah tuan tanah yang memiliki kawasan melombong batu besi. Lima kali ni yang wajib, yang kontek sunat melalui sms gua tak larat nak cerita.

Semangat keusahawanan yang dimiliki Ismail sangat tinggi. Jarang gua jumpa anak melayu yang tabah meredah alam perniagaan semacam Ismail. Pernah tahun bila entah dia ajak gua masuk projek pemetaan balak di Gerik. Pehh, Bisnes semua jenis nak mengundang kontroversi.

Tapi itulah Ismail.Seorang usahawan yang berjiwa teguh.

Ada juga sekali, Ismail dengan selamber bukak bisnes supply rokok kretek seludup, hantar pada budak budak kongsi Indon yang berkampung di dalam hutan sekitar Gerik. Dia punya pukul untung bukan main banyak!. Harga sekotak kretek kalau jual pada geng kongsi paling kesian boleh lipat 30% untung. Itu kalau paling kesian, kalau paling tak kesian, rm1 sebatang pun pernah jadi kerja.

Berbalik pada cerita penjualan pasir,
Macam selalu..Ismail akan menelepon gua nak checking apa apa update dari pembida. Ada juga 2-3 pembida yang berminat, tapi biasala bila namanya pembida melayu, semua urusan perniagaan menjurus ke arah hot hot chicken shit. 3-4 kali talipon gua tanya benda yang sama...lepas tu ghuyup. Tak pernah nak serius.

Pagi tadi, gua dapat satu lagi sms tanya hal pasir.

"Lu jual pasir ke bro?"

"Yes!" - Gua balas malas. Gua dah tahu sms mana yang mengandungi kejujuran, dan sms mana pula yang mengandungi kefakingan.

Sms kali ni, adalah sms kefakingan. namun sengaja gua layan.

"Berapa setan?" - Balas beliau pula.

---

Gua reply semula tak tunggu lama:


"Woii lu la setan!!".

Gua kehkehkeh sorang sorang dalam bas yang tengah sangkut trafik jam macam celake. Sekali sekala buat kerja gampang ni sedap juga.

* Ismail, sayup lagi perjalanan projek pasir kita ni nampak gayanya..

Friday, May 28, 2010

Big Team Win!


Dangerous!


Strong!


Beautiful!



Without doubt..That's us..



Hah, macam mana?, lu orang berani ke tak berani?,

Apa?, Sepanyol?..hark ptuih!

Brasil lwn Sepanyol - Brasil menang 2-0, Kaka score sebijik, sebijik lagi Puyol own goal.

Gua letak rm800!

Ahh..lawan team lain lain tu tak payah cerita la, letak semua duit tabung haji pun gua takde hal.

Wednesday, May 26, 2010

Cerita Bergambar II


Gambar di atas adalah peta negara Singapura.

+
+

Atas ni pulak 'crooked bridge'.

+
+

yang atas ni nama dia Pulau Batu putih.

+
+

Paling terlatest, ternow...Tanah KTM Tanjong Pagar..Bye bye!


+
+

+
+
+
+
+


+
+
+

+

+

Ini pulak nama dia lori pasir.


Yes!

Saturday, May 22, 2010

Pengalaman yang bedebah


Khamis 20.05.2010

Petang pukul 3

"Balik malam ni bawak sekali laptop pejabat, nak pinjam buat soalan periksa".

***
"ok". - Gua balas manja. sms gua hantar sekali tekan.

Telefon bimbit gua simpan semula ke dalam paket belakang belah kiri. Cikgu kuala kubu nak pinjam laptop pulak dah. Tapi memang iya pun, kalau diharap laptop fesblog gua sebelah tivi tu haram tak jadi kerja satu benda. Keyboard dia punya jahanam dah ketahap yarabi. Terpaksala gua pasangkan external keyboard masuk ke dalam badan laptop, baru naik kepala huruf bila menaip, hasilnya, laptop rare ni cuma boleh hendel kerja kerja ringan di internet seperti bergurau di fesbuk dan menulis rencana merepek di blogspot. Kalau nak bagi kerja berat sikit, jangan diharap, jenis dah lama tak keluar peluh, macam mana la tak melingkup sana sini.

Gua pulak stail tak bawak balik laptop pejabat ke rumah. Malas. Bila galas beg rasa berat macam tanggung mesin basuh. Lagi afdhal simpan dalam laci, bawak balik kunci laci cukup, ringan pun ringan. Tapi.. sebab kesian pada cikgu, gua bersetuju jugak untuk bawak balik laptop.

Malam pukul 8

"Zreeettttt.."

Moto yang tadi laju kini berhenti mengejut tepat di hadapan pintu rumah. Brek gua tekan kasi rapat sampai tayar pun keluarkan bunyi, mungkin marah.

"Assalamualaikum!"

Salam gua talu sederhana kuat. Tak lama kemudian pintu rumah sudah ternganga. Cikgu kuala kubu muncul sambil mengumtum senyum malam Jumaat. Gua tunduk segan.

"bawak balik laptop tak?".


"Ada ni haa.."

****
Malam tu gua tidor sorang sebab cikgu menghadap laptop buat soalan periksa sampai ke subuh. Kuntuman senyum malam Jumaat tadi rupanya dummy semata mata.

Ciss!.

****
Jumaat 21.05.2010

Pagi pukul 8.30

"Zreeetttt...zreetttt..!"

Bas 626 berhenti nyaris nak hentam budak despatch belah kiri jalan. Gua terjaga. Dah sampai Masjid Jamek rupanya.

Gua turun bas mata stim. Langkah gua kemaskan sambil betul betul baju supaya tak nampak berkedut sangat. Gua berjalan laju, hampir berlari. Banyak kerja pejabat yang gua nak kena selesaikan. Banyak emel gua kena jawab. Biasala, hari jumaat selalunya hari yang sibuk. Gua perlu sampai awal.

Sampai depan kaunter tiket lrt masjid jamek, gua ubah fikiran.
Rasanya daripada gua beli tiket lrt pergi KLCC pagi pagi macam ni lebih molek kiranya gua beli tiket bas balik semula ke Tanjong Malim ambik laptop pejabat yang tertinggal.

Alaahh..,bukannya jauh sangat ye tak?,

Cuma, ada la gua terasa sedikit haramjadah dibucu hati. Itu saja.

Setahun


Blog gua dah umur setahun hari ni.

Gua bagi hadiah buku A B C.

Semoga dia menjadi seorang blog yang soleh.

Thursday, May 20, 2010

Integriti dan Professionalism



3 Pengajaran berguna yang boleh lu orang pelajari dari brader di atas;

"Integrity. Tiada Fesbuk atau blogspot samada di dalam skrin atau di belakang telefon".

"Professionalism. Masa kerja buat kerja. Jangan bukak blog sana sini baca sembunyi sembunyi".

"Fokus.Fikir dulu sebelum tulis apa apa emel. Jaga grammar jangan silap.Vocab tu kasi sedap sikit".



Pesanan ikhlas:
Tab kat bawah belakang kira.

Monday, May 17, 2010

Common sense


16/05/2010 - Hari Guru

Gua bawak cikgu kuala kubu, Fateem dan Faseeh pergi makan tengahari di luar. Hari Guru ni gua ingat nak raikan sikit cikgu kita dengan membawa dia makan di kedai. Jadi cikgu kuala kubu tak payahla penat penat nak masak makan tengahari.

Setelah bersiap siap macam nak pergi kenduri, kami anak beranak pun cari kedai makan yang beroperasi dengan menaiki Alza.

Alza gua pecut kemas. Aircond gua pulas kasi level 3.

Disebabkan semalam hari Ahad, banyak kedai makan di Tanjong Malim tutup. Mungkin pekedai makan taknak melepaskan rancangan melodi yang serba hype, atau mereka nak tengok badminton final China menentang Indonesia, gua tak berapa pasti.

Setelah berpusing pusing dan mendapat kedai makan 'usual suspects' semuanya on leave, maka gua terpaksa berpatah balik ke kawasan perumahan Taman Bernam sebab masa awal tadi gua perasan satu kedai nasi campur sebelah restoran Jarir tu macam ada orang beratur pegang pinggan. Gua tak pernah makan di kedai ni, jadi gua ambil keputusan untuk try sekali.

Kami ber 4 makan semeja. Lauk kat sini boleh tahan sedap, fikir gua dalam hati. Selesai makan, gua panggil brader pakai topi duduk di kaunter datang kira.

"Adik tolong kira!"


********

"Lu rasa budak dua orang yang umur 3 tahun dengan 10 bulan ni siapa?" - gua tanya pada brader tu lembut sambil tuding jari pada fateem dan faseeh.

"err..anak abang kot?" - brader pakai topi balas balik muka dah pucat.

"Ok..jawapan lu tu betul..makwe depan gua ni pulak siapa?" - gua desak lagi kasi satu soalan,sambil tunjuk pada cikgu kuala kubu.

Brader pakai topi terkial kial.

"err...err...isteri abang la kot" - balas beliau suara makin mengecil.

Gua hanguk sekali tanda bersetuju dengan jawapan brader berkenaan.

"Ok.,itu pun betul...hah berapa ringgit ni tadi?" - suara gua maintain lembut dan berhemah.

Brader pakai topi yang gua syak baru habis tingkatan enam terkebil kebil.

"Bayar sepuluh ringgit dah la bang".

******

Kami ber 4 makan semeja. Lauk kat sini boleh tahan sedap, fikir gua dalam hati. Selesai makan, gua panggil brader pakai topi duduk di kaunter datang kira.

"Adik tolong kira!"

Brader pakai topi datang berdiri dibucu meja dengan pen dan kertas putih besar tapak tangan.

Brader berkenaan mengeluarkan pertanyaan pada gua dengan penuh keyakinan di dada.

"Bayar sekali ke asing asing bang?"