Wednesday, March 31, 2010

Ujian Nafsu


Berperang dalam diri juga rupanya bila siap tulis entry entry tapi kena simpan tak boleh publish sebab nak masuk buku punya hal.

Jari rasa nak tekan publish, tapi hati kata jangan...Perghh dia punya perasaan tu memang susah gua nak cerita dengan cara harfiyyah.


Sunday, March 28, 2010

Buku phD

Gua ingat nak perlahankan sedikit hal hal menulis blog ni. Gua kena siapkan buku yang gua cakap hari tu. Kalau buku nak buat, blog pun sama naik kepala gua nak kena tulis, campur dengan mengadap fesbuk, itu belum kira gua punya tanggungjawab bancuh susu dengan basuh berak anak, naik bas hari hari lagi pekena sampai 4 jam, hah memang gua melingkup!.

Buat buku ni gua plan nak masuk entry entry yang gua tak pernah publish dalam blog.Tapi masalahnya sekarang, entry entry yang tak pernah publish ni belum ada lagi, gua kena tulis pulak barang tujuh lapan ketol simpan kat mana mana celah.

Gua juga kena fikir sendiri konsep buku gua, muka depan macam mana, nak letak gambar apa, berapa mukasurat, harga berapa ratus ringgit gua nak katok, nak translate pegi berapa bahasa?. Tapi rasanya perkara ni tak berat sangat, kalau gua buat sembahyang hajat dan berdoa betul betul InsyaAllah boleh selesai.

Sekarang ni (sekarang ni..maksud gua masa gua tengah menaip ni la), gua sedang ligat nak cari tajuk. Orang kata nak buat buku ni kena cari tajuk dulu, baru ada panduan bubuh isi kandungan. Macam buat karangan SPM la, kalau tak ada tajuk dulu, nak tulis apa benda?. Hal macam ni pun gua nak kena hurai.

Lu orang ada tajuk sedap?

Saturday, March 27, 2010

Pesan


Lu orang ni besar nanti, lepas sembahyang doa untuk gua dengan cikgu kuala kubu banyak banyak..

Ingat pesan gua, jadi orang baik baik...

Wednesday, March 24, 2010

Nasik Menangis


Gua baca berita yang tahun lepas kerajaan Malaysia kena kaver RM171 juta untuk budak budak penjara yang datang dari pelbagai negara macam Afrika, Jepun, Timur tengah, Artik dan Amerika latin. Semua sekali ada 81,396 orang. Perghh datang jauh jauh naik kapalterbang nak duduk dalam penjara rupanya.

Itu belum campur budak budak Indonesia, Myanmar, Laos yang sangkut dekat Depot, gua dengar dah dekat setengah juta orang. Makan sapa bagi tu?, air, api, intenet masuk bajet mana pulak?, berapa ratus juta ringgit?

Sekarang baru gua sedar, jadi pendatang cum penjahat kat Malaysia ni perut kenyang rupanya.

***

Gua teringat masa gua kecik kecik dulu, kalau makan nasik tak habis memang ada harapan kena penaboh dengan kak Boya.

"Makan nasik tak peghabih, nasik tu menangis hang tau tak?, tak BERSAMA MU langsung!!"

Macam tu la lebih kurang, gua tak berapa ingat.

Yang part BERSAMA MU tu memang sengaja gua kelentong lu orang.

Monday, March 22, 2010

Park A Ji


Gua berharap,

Satu hari di masa hadapan, ada rakyat Malaysia yang main dengan pasukan paling terkuat dan terstailo di dunia, iaitu pasukan Manchester United.

Gua juga berharap,

Brader berkenaan akan score goal bila lawan pasukan lemah macam Liverpool. (contoh je ni..banyak lagi pasukan lemah yang lain).

Amacam?, realistik tak harapan gua?,

Ehh..team Malaysia nombor berapa ranking FIFA sekarang?

Sunday, March 21, 2010

Review Buku : Memoir Gondol


Yakuza Beremosi bersama Memoir Gondol

Gua ingat nak review Memoir Gondol ni pada hari esok, tapi bila memikirkan dah dekat empat minggu hari esok gua terlepas, maka gua kena review juga pada hari ni. Gua ada masalah dengan kamera sebenarnya, gua takde kamera. Macam mana nak review buku kalau takde kamera?,

Berdasarkan ilmu review yang gua belajar dari beberapa orang kutu, benda pertama kena buat ialah menangkap gambar buku dari beberapa posisi. Kalau ada bekas tandatangan, tangkap sekali supaya nampak lagi poyo. Review tu pulak buat tipu sikit, kalau tak berapa best, cakap je best. Tapi kalau memang tak best tahap bengap, gua tak boleh tolong la.

Menangkap gambar buku yang dipegang oleh Yakuza Beremosi gua rasa lagi ngam. Tema Memoir Gondol juga kena sebab Gondol turut muncul dibelakang tabir dengan imej tengkolok macam orang kawen. Belakang tu pula ada gambar hutan, dalam hutan ni la terbitnya legenda 'Beruang Koala' dan 'Ikan Jaws' yang menjadi intipati Memoir Gondol.

Gua tak reti nak review isi dalam buku sebab entry gua pun ada masuk sama kat situ. Nanti jadi konflik of interest!.

Buku ni bebaloi untuk bacaan santai dan buat bagi hadiah kawan kawan yang baru naik pelamin.

Buku ini juga merupakan projek sulung UYA (Urban Youth Association) dengan propaganda Kini Semua Orang Boleh Tulis Buku Sendiri. Ada beberapa projek mencetak buku sedang dalam pembikinan UYA. Sapa sapa rasa nak ada buku sendiri, UYA mengalu alukan teks lu orang untuk dicetak menjadi sekeping buku yang stailo, garang namun mengekalkan ciri rendah diri dan tidak berlagak.

Pada yang jenis pemalas baca buku, gua nasihatkan cuba mula dengan Memoir Gondol. Lepas habis baca, ada harapan lu orang kekal malas macam biasa.

Sapa yang belum beli, baik pegi beli cepat.

KLIK sini untuk tempahan dan pertanyaan lanjut mengenai UYA.

Wednesday, March 17, 2010

Masa Lampau

Ryu vs Ken : Pertarungan sengit di USA

Buat aboogen - ibu jari kiri tekan anak panah kanan anak panah bawah, ibu jari kanan tekan butang atas belah kiri.

Buat Oooyugen - ibu jari kiri tekan anak panah bawah anak panah kanan, ibu jari kanan tekan butang atas belah kiri jugak.

Buat jek-jek-abooojek - ibu jari kiri tekan anak panah bawah anak panah kiri, ibu jari kanan tekan butang bawah belah kiri.

Koordinasi jari kena teratur, reflek kena laju jangan lembap, mata fokus, mulut tak payah bising. Nak jadi handal paling koman latihan intensif mesti 5 jam sehari, 3 jam belah petang, sambung lagi 2 jam belah malam lepas habis drama swasta. Konsol mesti ready depan tivi, wayar audio/video siap siap cucuk, joystick lilit pada konsol, katridge 8 in 1, 4 in 1, 2 in 1, 200 in 1 jangan bersepah jauh sangat, malam masa berlatih, siang masa bertarung, lusa melecet jari dan segala kerja sekolah sila pergi mati!.

Hasilnya?, Gua tak dapat pakai cermin mata tebal dengan rambut sikat tepi, serta gua haramjadah tak kenal langsung John Grisham tu sapa dia. Padan muka.