Thursday, December 31, 2009

Azam


Hari ni..

Budak budak dah mula merepek nak setting azam..

Cinabeng, baru ini hari teringat nak setting.

Ahhh..

Esok lusa jahanam la tu.


Azam kepala hangguk!

ye dak?

++++++++



"Gua wakil budak budak pelarian Mogadishu nak wish lu orang
selamat ber-party dan selamat tahun baru yang entah keberapa pun gua tak tahu!,
kalau ada nasik polisterin lebih lebih tu kirim la ke kem pelarian gua.."


++++++

Wednesday, December 30, 2009

Bisnes farmasi

"Kilang pampers yang beroperasi secara haram di rumah gua"

"Berkeupayaan menampung dua kolah air kencing orang dewasa"

Dua tiga hari lepas gua ada tulis pasal bisnes pampers tajaan Ismail yang dengan takde tauliahnya telah membai'ah adik gua untuk jadi runner kawasan Tg Malim.
Rupanya dalam diam Ismail datang rumah gua semalam hantar pampers naik Rusa. Cilakak bisnes menjadi gila!

Gua ingat kalau jahit pampers tu satu satu buat baju kurung Fateem pun macam rare juga. Semalam gua dah rembat satu mamypoko buat sendal pintu jamban.Elok pula gua tengok dia melekat.

Menurut maklumat terbaru yang gua dapat melalui twitter.. tokeh pasaraya TF, Billion, Yat Fong, Grand Union yang pakai rantai besi gambar ular senduk semua dah stand by depan jalan keluar Taman Bernam.

Macam mana adik gua nak setel tak tahu la.Ejas belanja makan tomyam lepas kot.

Orait, gua nak bagi offer kesian sama lu orang..
Sapa nak menjana pendapatan sampai RM8000 seminggu, kerja dari rumah, tak payah pakai talileher, tak perlu ijazah, boleh buat duit pakai siku sambil tengok Sinetron, tak payah downline dan paling penting, tak payah angkut laptop pegi maple...

Sila hubungi adik gua melalui gua....

kawan kawan kita tak berkira sangat.

Amacam?, ada berani?

Tuesday, December 29, 2009

On the way...


Hari Sabtu baru baru, gua lari pegi KL naik kereta. Gua pegi belah pagi. Gua tak bagitau pun pada budak budak KL yang gua turun sana.

Dalam perjalanan pulang kira kira jam 1 tengahari, hadir sepesanan sms ke dalam henset gua:

"Bro lu turun KL tak?" - Meor

Entah apa hal, gua tak boleh nak buat pesanan balas, tekan tekan 4-5 kali mesej tetap tak mahu pergi. Gua cuba talipon, juga barai. Gua beranggapan bukan rezeki meor untuk menikmati balasan mesej gua masa tu. Lebih kurang setengah jam kemudian, dalam keadaan jatidiri tak berapa nak kukuh memikirkan masalah henset yang rebel, hadir lagi satu pesanan sms:

"lu turun KL tak?" - masih lagi dari Meor.

Gua rilekkan diri sekejap.Bila dah bertenang, gua tulis semula mesej:

"Gua baru balik KL la beb, on the way ni dah nak sampai Tg Malim".

...Gua tekan send..mesej berjalan perlahan mencari dimanakah Meor berada.Hah..tekanan send gua kali ni membuahkan hasil. Gua ucap Alhamdulillah dalam hati.

Tak sempat gua nak simpan henset dalam poket seluar, meor mesej lagi:

"Siott turun KL tak sound gua..lu turun ada projek apa?, gua dah on the way ni!".

Gua balas semula mesej Meor memberitahu projek yang gua lalui sebentar tadi:

"Takde projek apa apa..gua ziarah kawan gua meninggal".
"Dia meninggal tiba tiba subuh tadi, masa on the way pegi masjid"

"lu on the way pegi mana ni?".

****
****

Hampir setengah jam. Tiada balasan dari Meor. Gua hairan juga, tadi dia yang tanya gua beriya, sekarang gua tanya dia balik terus tak jawab. Gua hantar lagi sepam sms, kali ni sms gua berbunyi lebih nyaring dan garang:

"Beb, lu turun KL on the way pegi mana ni?"

****
Selang beberapa ketika, henset gua meringing lagi menandakan masuknya serangkap sms dari Meor:


"Gua on the way pegi rock the world la bro..".

--------
Gua balas balik:

"Jaga diri".

Jentera berkualiti Malaysia yang gua pandu memecut padu meninggalkan lori semen terkebil kebil dilorong belakang.
--------

*Al-Fatihah untuk kawan gua, Muhammad Reza bin Zamhari yang telah pulang ke pangkuan Penciptanya.Agar roh beliau dilimpahi Rahmat dan keredhoan.InsyaAllah

Saturday, December 26, 2009

Papago


Adik gua baru rembat seketol Papago dua hari lepas di Ipoh. Entah apa jenis binatang gua tak pernah tahu sampai la dia balik rumah tunjuk depan muka gua. Rupanya Papago ni budak gps. Berlagak betol dia dengan Papago tu.

Selain Papago, beliau juga membawa pulang beberapa berkas pampers jenama bukan bukan yang di packing secara bukan bukan juga. Bab pampers ni gua tak berapa nak peduli sebab adik gua dalam diam dah masuk sindiket Pampers tiga liter tajaan seorang kawan gua,Ismail. Menurut cerita adik gua, pampers yang dibawah jagaan Ismail setiap satunya boleh menampung air kencing sampai tiga liter. Gua dengar pun goyah beb, kalau pampers Ismail boleh sorok air kencing sampai tiga liter, macam mana pula Mamy Poko nak cari rezeki?.
Selain menjadi brader Pampers, Ismail juga bekerja sebagai cikgu tetap di sekolah Cina di Ipoh. 5 tahun lepas dia cuma kerja salesman jam tangan area medan selera sekitar Kajang. Tup tup sekarang dah jadi cikgu dan menjadi hero Pampers indie peringkat Ipoh. Kagum juga gua dengan keazaman Ismail.
Tak pasal pasal juga adik gua dapat jawatan runner Pampers indie kawasan Tanjung Malim. Perghh lepas ni anak gua yang Faseeh tu bolehla buat part time jual pampers dekat kawan kawan rumah pengasuh dia sambil hisap susu jenama mahal sikit.

Gua doakan Ismail dan adik gua boleh beli BMW 5 siri sebelum gua masuk campur.

Kembali pada cerita Papago,
Gua belek dan kerobek sikit sikit, mana lah tahu kalau Papago adik gua ni boleh bertukar jadi home theather jenama Pioneer.Sedap juga dapat letak di ruang tamu.

Nak test punya hal, kelmarin gua sambar dia punya Papago sorok dalam poket seluar. Dimulai dengan bacaan Bismillah,cepat cepat gua start enjin kereta lalu gua pecut kereta ke Kampung Ulu Slim secara Initial D.Papago gua kasi setting menuju destinasi.Gua kasi on dan taip Kampung Ulu Slim. Saja gua pilih Kampung Ulu Slim supaya Papago dapat mencabar dirinya sendiri dengan mengesan tempat tempat jurassic dipedalaman bajaran Titiwangsa. Masa kereta mula bergerak, Papago eksyen tunjuk gua jalan hala ke ulu slim, Gua tahu jalan yang Papago tunjuk tu sebenarnya jalan budak luar. Unutk permulaan, gua pura pura ikut arahan Papago. Nampaknya Papago tak kenal siapa gua, dia ingat gua budak KL.

Tengah sedap Papago menunjuk arah, sampai di persimpangan Behrang Ulu, gua lencong kereta ikut jalan lama pegi ulu slim yang dah kena block. Gua tahu jalan lama ni memang tak masuk peta Tanjong Malim sejak edisi 2005. Sengaja gua nak uji jatidiri Papago. Baru lima puluh meter bergerak ikut jalan rare,Papago dah jadi huru hara mencari jalan kebenaran. Sekejap dia suruh gua ke kanan, sekejap dia 'recalculate'. Peta belagak yang dia tunjuk sebentar tadi dah jadi tak tentu hala dan berunsur khurafat. Arahan arahan yang Papago beri pada gua pula semuanya berbunyi merepek dan menjurus pada pelanggaran pokok getah yang boleh menyebabkan cedera di kepala.

Semakin jauh gua memandu ikut jalan lama, semakin sesat ajaran yang Papago berikan pada gua. Papago masih ingat dirinya betol dan menyalahkan gua.Kehkehkeh...licik juga gua memperdayakan Papago. Sampai di kawasan berhampiran Sungai Bil, gua pusing balik kereta. Tak sampai hati pula gua nak menganjing Papago lama lama.

Sikap Papago sedikit sebanyak memberi pelajaran dari aspek hubungan sosial. Antaranya ialah janganlah memandai kalau tak berapa tahu, respek pada pemandu senier, dan akhir sekali hidup jangan selalu bergantung pada kesenangan teknologi kerana ianya boleh menjerumuskan kita ke jalan kesesatan dan memunah minyak kereta.Sebaiknya, gunakan petunjuk arah angin atau talipon saja kawan lu orang suruh tunggu kat mana mana stesen minyak.

Sambil memandu pegang stereng dua jari, gua hantar pesanan ringkas pada adik gua:

"berapa lu beli Papago ni?"

Adik gua reply:

"Lima rat.."

Gua sengih tajam sepanjang perjalanan pulang.Papago gagal ujian memandu peringkat Tanjong Malim.

+++

"Papago...Papago..area Kolumpo boleh la lu kerek bai".

Wednesday, December 23, 2009

Astro


Lepas balik kerja tadi, gua terus melepak depan ASTRO tengok cerita ulasan bola.Ilmu bolasepak dalam diri gua ni gua rasakan semakin menipis sejak gua pandai berjinak jinak dengan sukan golf.

Fateem tak berapa nak kacau.Dua tiga minggu ni gua dapat berehat sedikit sebab adik gua yang belajar jurusan permainan Dota dekat Universiti Tronoh tengah cuti semester. Walaupun universiti bagi cuti, adik gua masih gigih belajar bermain Dota secara online di rumah. Rajin sungguh dia belajar rupanya.Sebagai kerja rumah tambahan, gua men-subkan tender bermain masak masak, lari lari dan segala jenis permainan merepek bersama Fateem kepada beliau. Jadi dapatlah gua bertenang sikit membuat kerja kerja yang lebih memberi impak kepada rakyat Malaysia, seperti menulis entry blog atau melakukan aktiviti kemasyarakatan di Fesbuk.

Sedang gua baring dengan baju kemeja masih tersusun elok masuk dalam seluar, disalut kemas oleh talipinggang hadiah pemberian tuan guru, datang Fateem menempek di sebelah bersama botol susu saiz besar dan bantal busuk kesayangan beliau.

"Mati tu pejam mata ke ayah?" - tanya Fateem sambil menyonyot botol susu. Dia garu garu kaki yang mula nak tumbuh kudis.Main pasir banyak sangat tu lah akibatnya.

"Mana Atem tahu mati tu pejam mata?" - soalan senang Fateem tadi gua balas tanpa perlu berfikir dalam dalam.Di Astro, pengulas bolasepak yang malas gua petik nama tengah rancak bercakap perkara bolasepak secara berterabur dan main hentam ikut suka.

"Ibu cakap orang mati tu pejam mata." - kata Fateem pula.

Gua hanya hangguk hangguk.Mata gua yang belum pejam melekat kukuh ke arah tivi.

"Semua orang nanti mati ye ayah?" - Fateem punya curiosity tentang hal mati belum habis.

"Haah..semua orang mati" - Ringkas jawapan gua.

"Mati tu macam mana ayah?" - Fateem masih tegar.Ahh, terganggu kosentrasi gua menonton.

Gua tengok muka Fateem. Ikhlas betul dia nak menambah ilmu pengetahuan.
Gua pun terangkan konsep mati pada Fateem. satu per satu. Mula mula gua cerita dari aspek patology, kemudian disusuli dengan penerangan anatomi,lepas tu barula gua ajar Fateem konsep mati dari perspektif kerohanian dan sedikit sedikit hal yang menyentuh kehidupan di alam barzakh. Kung kang kung kang...kung kang kung kang...dan seterusnya.

Fateem dengar saja.

***
***
***

Dalam khusyuk gua berceramah, satu lintasan suara bergema dari belakang sofa:

"Semayang subuh yang lu barai minggu lepas tu dah qadho ke belum?

Zasssssss....tembak curi cari belakang sofa.

Gua diam.
Pengulas bolasepak di kaca Astro turut diam.Kuat juga suara orang belakang sofa sampai boleh masuk Astro.

"Esok gua qadho la" - gua jawab dengan nada yakin.

lalu perlahan lahan gua bangun pegi capai internet dan klik laman Oh Bulan.

***
Sedang gua ralit menikmati Oh Bulan, Fateem datang tanya lagi dekat gua:

"Mati tu sakit ke ayah?"

Monday, December 21, 2009

Sibuk dan Selamat Hari Lahir


Gua sibuk betul dengan aktiviti cuti sejak beberapa hari ni. Kencing pun takde masa.Menulis blog jangan cerita lah, aci guna siku saja. Apa pun,terima kasih pada kompeni kerana bagi cuti Awal Muharram pada gua. Pukul 12 malam gua lalu juga Jalan P Ramlee, senyap sunyi, tiada acara sambutan tahun baru.Pandai budak budak sana bagi respek pada Awal Muharram.Diorang baca doa awal tahun ke tidak gua tak berapa pasti.

Gua mulakan perjalanan dengan trafik jammed peringkat gampang ber enam dekat hiway Seremban menuju ke Johor. Hampir tiga jam gua jalan kaki atas Hiway menggunakan kereta, rasa nak mengamok pada kerajaan sebab tak susunkan jadual perjalanan untuk rakyat malaysia.Patutnya kerajaan kena beritahu melalui Astro geng tanjong Malim kalau nak bermusafir ke Johor pukul berapa patut keluar.Baru la perjalanan jadi cekap bersih dan amanah.

Akibat tekanan perasaan, gua berenti di RNR Seremban basuh muka, kemudian gua teruskan balik pemanduan.Kali ni jiwa gua ada berani sikit nak main gear lima.Setelah dua puluh minit memandu sambil mengunyah keropok udang, gua berenti pula di RNR Machap untuk makan nasik. RNR Machap ni gua tengok dah macam resort peranginan atas bukit.Ada kabus dan penjual strawberi di kaki gerai.Latitud dan altitud dia berbeza dari jalan hiway yang gua lalu tadi. Selesai makan nasik lauk ikan masak pundek, gua campak kunci kereta ke muka adik gua,bagi dia memandu pulak. Sepanjang jalan gua tidor sebab bosan takde pemandangan cantik cantik.

Sampai Johor Bahru kami sesat (gua tengok banyak kereta TopGear alamat Singapore, budak budak Singapore ni kaya betol), gua berenti di stesen minyak tanya jalan, GPS suka menipu, barai dan tak boleh harap, kemudian gua berenti pula di Seven Eleven beli air , sempat gua bertengkar dengan budak Seven Eleven (saja gua nak test budak budak Johor ni). Sesat lebih kurang di Johor Bahru, akhirnya gua sampai juga di rumah kenduri di Skudai.Pergi kenduri kahwen takde hidangan makme makwe, yang terhidang cuma air sirap.

Belah malam kami makan dekat Seafood entah apa tempat dia, jauh nak mampos.Dah la jauh, harga kena katok kaw kaw punya. Gua dah agak, datang tempat tempat pelik ni mesti jadi kerbau kena sembelih. Lepas makan gua bawak kereta laju laju cari Astro yang ada siaran ESPN. Dah dapat ESPN, gua rasa nak nak baling kerusi pulak. ManU main macam haram jadah.Sambil tengok bola sambil gua maki hamun, sambil gua sms kawan kawan demi meyemarakkan semangat maki hamun.

Tidor.Apa apa hal kontek Twitter gua.

***
Pagi esoknya gua begerak pergi Labis pekena air sirap lagi,Gua ikut jalan dalam. Ya tuhan jalan punyala takde pemandangan.Kiri kanan penuh scene kelapa sawit.Nyaris kereta gua tak buat hal dekat kaki gunung Ledang. Gua lintas pakai short-cut tak bagi salam , lalu Johor Bahru - Lima Kedai - Senai - Yong Peng - Chaah -Labis - Gementah - Temu Jodoh - Tangkak. Gua bawak rilek rilek 150km sejam ikut jalan bengkang bengkok. Enam tujuh bijik juga drebar lori kelapa sawit menangis tengok kereta gua memecut pantas di selekoh sukar. Amacam orang Johor?, Gua boleh masuk klik lu orang tak?

Berenti Tangkak, gua pekena cendol sambil bercakap soal kemajuan Tangkak dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi negara pada Fateem, bini gua pula sibuk bercakap soal pembangunan ekonomi kain ela di bangunan Tekstil Seng Huat seberang jalan. Alahh kain corak macam tu Tanjong Malim punya Ekonomi pun berselerak.Saja perangai nak bagi kaya cina Tangkak.Habis cendol semangkuk, kami sambung naik kereta potong jalan hiway, singgah pula di RNR Ayer Keroh.Nak kencing di RNR Ayer Keroh kena beratur macam beli tiket bas di Puduraya. Gua berang betol dengan pengurusan Hiway. Dah tahu kapasiti pengguna Hiway ni tinggi, apa salahnya buat mangkuk jamban barang tiga puluh bijik. Ini tidak, memadai dengan tiga bijik, woiii lu pikir ini jamban pejabat ke??,takdak pemikiran strategik langsung. Hal hal kecik macam tu pun gua nak kena tegur.

Mula dari Ayer Keroh, kereta gua beroperasi pada kedudukan gear dua. Dekat dua jam layan gear dua apa cerita?, nak kena pukul?,gua pecut tak peduli keselamatan keluarga, cilok kiri, cilok kanan, langgar bumper lori asikrim sedikit sebanyak, pintas kiri tak bagi signal, cucuk kereta PlusPeronda, akhirnya gua berjaya melepasi kesusahan jam.Terer betul gua.Alhamdulillah..

Gua baru sampai rumah ni.Mata keras.Jet lagg tak habis lagi.

Begitulah secara ringkas dan padatnya gua melalui hari cuti yang sibuk. Ahh gua mengantuk.

Tidor. Apa apa hal kontek Twitter gua.

****

NOTAKAKI
Selamat Hari lahir untuk bini gua!
Macam biasa..takde hadiah hadiah.Kehkehkeh

Thursday, December 17, 2009

Disiplin


Sejak akhir akhir ni gua perhatikan budak budak yang naik bas dengan gua pergi balik Tg Malim dah semakin kurang berdisiplin.

Yang lelaki gua malas tegur. Lu orang pandai pandai la hendel diri lu orang sendiri.
Gua cuma nak tegur pada geng geng makwe saja. Ketara sangat gua tengok. Gua harap teguran terbuka gua ni tak mengguris hati lembut lu orang.

Kepada Ida,Mandy,Sharina Hulu Bernam, Dewi, Ita, Kak Mun, Auntie Kaminis, Kak Dina, Along Cah dan Makwe Public Bank.

Gua nak pesan:

“Bila naik bas..boleh tak lu orang jangan berebut rebut?”

Hari hari pagi petang lu orang berebut.
Ada kes sampai jadi berkelahi. Apa hal sampai macam tu?,Kesian Manov, pening kepala dia tengok gelagat lu orang.

Kalau susah sangat, lantik sorang kepala buat dutyroster.Kan mudah ada strategi macam tu.Tak payah nak berebut.
Lepas ni gua taknak tengok lu orang berebut dah ye.Tak manis orang luar pandang.

--
--

Ok,
Hari Isnin depan gua duduk kerusi nombor 18.
Ingat pesan gua, jangan berebut!.Kerusi nombor 19 ada satu saja.

Kita guna konsep, sape cun dia dapat.
Boleh macam tu?


NOTAKAKI
Esok gua turun Johor. Ada hal sikit.Sapa sapa geng Johor nak belanja minum bagitau gua awal awal.Gua boleh ejas timing. Lu orang jangan pukul gua pulak kat sana.